Bab 4

281 9 0
                                    

Handbrake ditarik, gear diletakkan di 'P'.Zarell melangkah keluar dari kereta dan beralih ke arah pintu Cecillia.Pintu kereta dibuka buat Cecillia.

"Tak nak singgah solat dekat sini ke?" Tanya Cecillia.Yelah, jam pun dah menunjukkan pukul 6.00 petang jadi ada baiknya jikalau Zarell menumpang solat dirumahnya.

"Sorry baby, tapi aku rasa aku dah berbau sikit so tak selesa sangat nak solat dengan keadaan macam ni.Kau masuk dulu lepastu aku terus gerak balik.Oh ya jangan lupa kirim salam aku dekat mama dengan papa" Kalau diikutkan memang dia nak je singgah solat disitu boleh berbual sedikit sebanyak dengan parents Babygirl dia tetapi tahap keselesaan dirinya sekarang tidak mengizinkan.

"Okeylah kalau you dah cakap macam tu.I masuk dulu.Nanti I kirim salam dekat dorang.Babai Zarell.Drive elok- elok" Tangan dilambai seketika sebelum Cecillia melangkah masuk kerumahnya.Bukannya dia tidak ingin menghantar Zarell, tetapi selagi dia tidak menjejakkan kaki ke dalam rumah selagi itulah Zarell takkan berganjak disisi keretanya.Tidak ingin melambatkan lagi solatnya, Cecillia terlebih dahulu meminta diri.

Tanpa melengahkan masa, Zarell turut mula beredar dari perkarangan rumah Cecillia.

"Assalamualaikum mama" Sapa Cecillia sebaik sahaja ternampak kelibat mamanya diruang tamu itu.Kedua- dua pipi mamanya sempat dicium sekilas.

"Waalaikumussalam.Seharian keluar, seronok?" Soal Datin Chea Nadrah.Sengaja menanyakan khabar anak tunggal perempuan kesayangannya itu.

"Hehe seronok.Habis semua tempat Lia heret Zarell.Dah habis redho dah Zarel, ma"

"Kamu ni bab- bab mengenakan Zarell memang terror.Kesian Zarell dibuatnya" Sudah hadam akan perangai anaknya yang satu itu.Suka sangat mengenakan Zarell.Nasiblah Zarell tu jenis melayan karenah Cecillia.

"Dia yang sanggup ma, Lia tolong buatkan saja.Hehe.." sempat sengihan kecil dan nakal diberikan kepada mamanya.

"..okeylah ma, Lia belum solat ni.Lia naik dulu eh nak mandi solat apa semua.Nanti dinner Lia turun balik"

"Elok sangatlah tu lewat- lewatkan solat.Dah shuh shuh pergi solat sana cepat" Kata Datin Chea dengan gaya menghalau Cecillia.

Cecillia terus berlari anak menuju ke biliknya.Anak tangga di naiki laju dan dia terus memboloskan diri kedalam bilik itu.

Tuala mandi dicapai, Cecillia mula membersihkan diri.


Hujung minggu berakhir, harini bermulalah kembali rutin harian Cecillia iaitu menjadi seorang PA kepada Mohd Zarell Kaiser.Apa ingat Zarell nak ke lepaskan Cecillia bekerja dengan orang lain? Memang taklah.

Usai menyiapkan diri, Cecillia terus bergerak ke dapur untuk bersarapan.

"Selamat pagi semua" Tegur Cecillia kepada semua ahli yang berada di ruangan makan itu.

"Pagi Lia" Sahut mereka semua.Di meja makan itu terdapat Dato' Aqram diikuti dengan Datin Chea disebelah kanannya dan juga satu- satunya abang kepada Cecillia iaitu Mohd Anaqi Ilham yang berada dikirinya.Mak Som yang merupakan orang gaji di rumah tersebut juga berada di ruangan makan itu.

"Meh sini makan dulu.By the way harini Lia pergi sendiri or Zarell datang ambil?" Soal Dato' Aqram.

Sudah menjadi kebiasaan bagi mereka jikalau setiap pagi ternampak raut wajah jejaka kacak itu untuk menumpangkan gadisnya itu bersama.

"Lia pergi sendiri.Harini Zarell ada meeting pagi dekat luar and dia cakap Lia tak payah ikut.So nak taknak Lia kena drive sendiri lah harini"

"Nak along tolong hantarkan?" tawar Anaqi.

"Takpelah along.Lagipun kita punya office tak sehaluan.Nanti jauh pulak along nak pusing balik.Lia boleh drive sendiri, don't worry" Anaqi beserta Dato' Aqram kerja bersama iaitu di syarikat milik Dato' Aqram.

Dato' Aqram sebenarnya turut ingin Cecillia bekerja bersamanya kerana hanya Anaqi serta Cecillia lah yang bakal mewarisi hartanya nanti tetapi apabila Zarell sendiri datang memujuk rayu supaya Cecillia berkerja dengannya terpaksalah dia menyetujui perkara itu.Tidak sampai hati ingin mengecewakan jejaka itu disebabkan Dato' Aqram sendiri tahu akan perasaan Zarell kepada Cecillia.

"Okeylah kalau Lia dah cakap macam tu" Balas Anaqi pendek.Lagipun Cecillia sendiri sudah expert membawa kereta jadi dia tidaklah bimbang sangat akan keselamatan adiknya itu.

Mereka sekeluarga mula bersantapan.Sempat mereka bergurau senda dengan mengusik sesama sendiri.

Pin Pin

Bunyi hon kereta menhentikan ketawa mereka.

"Mak Som tolong tengokkan siapa yang datang tu" Arah Datin Chea.

"Baik Datin" Mak Som terus mengorak langkah ke pintu utama rumah agam tersebut.

"Siapa yang datang tu Hamid?" Soal Mak Som kepada Pak Hamid yang merupakan penjaga keselamatan rumah agam Dato' Aqram.

"Tuan Zarell ni Som.Katanya datang nak jemput Cik Lia" Sebuah kereta Mercedes Benz Cla45 milik Zarell menyapa pandangan.

"Lah ye ke.Kalau macamtu Som pergi bagitahu Cik Lia dululah" Ujar Mak Som dan terus berlalu.

Kelibat Mak Som di ruangan makan itu menjadi tatapan semua.

"Siapa datang tu Mak Som?" Soal Lia.Dia baru saja selesai membersihkan pinggan makannya.

"Ouh Tuan Zarell, Cik Lia.Katanya datang sebab nak jemput Cik Lia"

Cecellia yang mendengarkan itu terus mencapai telefon pintar yang berada diatas meja makan itu.

"Aik takde message apa- apa pun" Kata Cecillia perlahan.

"Yeke.Kalau macamtu Lia pergi dululah.Ma, Pa, Along, Lia gerak dulu eh.Jumpa lagi nanti petang" Kata Cecillia.Tangan semua ahli keluarga serta Mak Som disalam olehnya.

"Pesan dekat Rell bawak kereta elok- elok.Kirim salam dekat dia sekali" Pesan Dato' Aqram.

"Alright pa.Lia gerak dulu" Handbeg yang berada di meja hiasan dicapai lalu Cecillia terus bergerak menuju ke pintu utama.

Badan dimasukkan ke dalam kereta Zarell.Wajah Zarell dipandang.

"Kenapa datang pickup I? Semalam cakap you ada meeting pastu sekarang tiba- tiba depan rumah I.You ponteng meeting ae..?"

"Kau ingat aku ni bos yang tak bertanggungjawab ke? Aku postpone meeting tu ke lunch hour nanti and nanti kau kena follow aku.No excuses.Lagipun kau lupa ke yang kereta kau still dekat rumah aku?" Yelah semalam akibat Zarell yang terlajak tidur, Cecillia terpaksa drive ke rumahnya.

"Eh haahlah.Ya Allah sumpah I lupa.Hehe thank you Rell datang jemput kalau tak terpaksalah I susahkan Along untuk hantarkan" Kata Cecillia.Sempat pipi Zarell dicubit geram.

"Sakitlah baby.And tak payah nak thank you sangat, kau pun tahu yang I would do anything for you, kan" Ujar Zarell.Kata bukan sekadar kata tapi Zarell benar- benar memaksudkan itu.

"Ouh by the way papa kirim salam.Nanti kalau you free datanglah rumah lepak dengan papa mama.Semalam pun tak sempat sebab rushing nak solat" Ketika dinner semalam sempat Dato' Akram menanyakan khabar Zarell kepadanya.Tahulah dia bahawa Dato' Aqram merindui sosok tubuh orang disebelahnya itu.

"Waalaikumussalam.InshaAllah, nanti free aku datang" Balas Zarell.

Pemanduan diteruskan dengan celoteh Cecillia yang dari tadi asyik bercakap tidak henti sehinggalah kelibat bangunan gah milik Zarell kelihatan, barulah Cecillia menghabiskan bicaranya.



•••••

BELONGS TO : ZARELL KAISERWhere stories live. Discover now