" Nanti kirim salam dekat Mommy dan Daddy ye. Asha kena jaga diri, jaga makan, jaga kesihatan dan jangan tidur lewat. Kalau rindu kitorang call tau" Aku hanya tersenyum mendengar nasihat Maksu. "Ye, Mak Su dan Pak Su pon jaga diri" ucapku sambil memeluk kedua-duanya kemudian aku menunduk dan mengusap kepala Hafiy.Aku pun memeluk Hafiy sambil berkata "Kak Sha pergi dulu ye.Jumpa lagi".
Selepas mendengar pengumuman keberangkatan, segera aku mengambil beg dan memeluk mereka buat kali terakhir sebelum bergerak masuk ke dalam pesawat. Selepas beberapa jam akhirnya aku tiba di Malaysia.
Dari jauh aku melihat seorang lelaki yang melambai ke arah ku. "ALOONGG" Laungku memanggil abang Adzril kemudian aku berlari ke arahnya dan memeluknya melepaskan rindu. Kemudian aku mendongak ke atas maklumlah tinggi abang ku 182cm sementara aku hanya 160cm. "Along, rindunya" rengekku. Along ketawa kecil melihat gelagatku. "Along pon rindukan Sha jugak. Cantik Sha bertudung sekarang" katanya sambil mengusap kepalaku.Ye la dulu aku free hair lagi tidak seperti Arisha.Aku mencuba untuk bertudung ketika berada di Australia.Aku melilau ke sekeliling mencari adikku tetapi tidak ada "Ayden tak ikut ke Along. Dia tak rindukan Sha ke" ucapku sedih. "Adik tak dapat ikut sebab dia ada kelas tambahan. Katanya exam dah nak dekat . Dah jom balik. Mommy dan Daddy dah rindu nak jumpa Sha". "JOM" kataku semangat.
Aku segera berlari keluar dari kereta selepas kereta abang ku memasuki kawasan rumah 2 tingkat itu. "Assalamualaikum" Salam diberi ketika melangkahkan kaki ke rumah itu kemudian aku berlari memeluk Mommy dan Daddy untuk melepaskan rindu. "Dah pergi naik atas mandi, solat, rehatkan diri dulu. Asha kan baru je sampai" kata Daddy
Selepas makan malam, kami sekeluarga berkumpul di ruang tamu. Kami bertukar cerita yang berlaku selama aku tiada. Kemudian aku meminta izin untuk masuk tidur. Aku masuk ke dalam bilik yang dahulunya dihuni oleh aku dan Arisha.
Aku duduk di birai katil kemudian menyambar bingkai gambar yang terletak di atas meja. Kemudian aku mengelus lembut gambar Aku dan Arisha. "Isya, Asha rindu. Daddy kata polis tak jumpa lagi suspek kes kemalangan dulu" Aku lap air mata yang mengalir ketika teringatkan cerita daddy. Ya , kemalangan 4 tahun yang lalu sudah dirancang dengan begitu baik sehingga polis tidak dapat menangkap suspek yang terlibat. Selepas penat menangis, aku berbaring di atas katil. Esok aku harus bangun awal kerana harus pergi ke restoran Mommy.Seawal 5 pagi aku sudah bangun untuk bersiap sebelum ke restoran. Hari ini aku mengenakan baju kurung moden beserta shawl dan sarung tangan yang senada dengan baju . Sebelum turun ke bawah, aku sempat mencapai sarung kaki, beg tangan dan kasut.
"mommy nak Asha tolong apa-apa tak" Aku bertanya ketika melihat mommy yang sibuk memasukkan nasi ke dalam mangkuk. Mommy menoleh ke arahku sebelum berkata " Asha tolong angkat nasi goreng ni dan letakkan di meja depan ye" aku sekadar mengangguk sahaja sebelum membawa nasi goreng dengan berhati-hati.
Tepat jam 8 pagi kami bergerak ke Restoran AA iaitu Restoran kepunyaan Mommy. Hari ini Mommy akan memperkenalkan aku sebagai pemilik baharu serta memperkenalkan staff-staff di situ. "Hai Assalamualaikum . Nama saya Aisha Medina yang akan menggantikan puan Aleeya sebagai pemilik Restoran ini. Mohon bagi kerjasama" ucapku tersenyum sambil melihat pekerja-pekerja lain yang juga tersenyum ke arahnya. Alhamdulillah satu permulaan yang baik.
YOU ARE READING
Mrs. Aisy Qusyairi [C]
Short StoryKisah ini menceritakan tentang Asha yang mengalami satu kemalangan bersama kembarnya dan menyebabkan kembarnya itu meninggal dunia. Setelah kejadian itu, dia membawa diri ke Australia untuk menghilangkan traumanya serta menyambung pelajaran di sana...