Pelukan seseorang di pinggang ku menyebabkan lamunanku terhenti. Aku segera mengalihkan tanganku yang berada di rambutnya.
"sayang" panggil Aisy dengan mata berkaca-kaca. Kemudian dia menarikku untuk baring di sebelahnya. Aku terdiam kaku. "Mana sayang pergi selama ni. Abang rindu. Sayang tak balas pun mesej-mesej abang. Abang call pun sayang tak angkat" adu Aisy sambil memelukku. Melihat aku diam tanpa kata, dia terus menenggelamkan mukanya di celah tengkuk ku sambil terisak perlahan.
"A-aisy, lepaskan saya please. Saya tak boleh bernafas ni" ujarku perlahan agar dia melepaskan pelukan. " Tak, abang takkan lepaskan sayang. Abang takut sayang pergi jauh tinggalkan abang lagi." Balasnya sambil melonggarkan pelukan kami.
"Sayang nak tahu tak. Lepas sayang pergi, abang rasa bersalah sangat. Abang nak minta maaf atas kesalahan yang abang dah lakukan dulu Hiks. Abang tahu abang salah" ceritanya sambil terisak. Aku mengangkat kepalanya perlahan dan terkejut aku bila melihat air mata yang mengalir laju di pipi Aisy. Aku kembali memeluknya lalu menggosok belakang badan Aisy. "Dah , abang jangan sedih-sedih lagi. Aisha dah lama maafkan abang Sekarang, Asha dah ada dekat sini. Asha janji lepas ni Asha takkan pergi jauh-jauh dari abang lagi" ujarku sambil mengelap air matanya. "Betul ni?" aku mengangguk sahaja. Selepas itu, kami sama-sama terdiam sambil melepaskan rindu masing-masing.
" Kenapa sayang tak pernah bagitahu abang yang sayang mengandung dulu " tanya Aisy setelah lama diam. " Asha tak sempat bagitahu sebab abang dah halau Asha". "Sorry" balas Aisy sedih. Aisy terus memelukku sebagai tanda maaf atas kesilapannya yang lalu. Selepas itu, kesunyian melanda kami berdua sehingga kami terlelap dengan sendirinya.
Setelah selesai mandi, aku menuju ke meja solek untuk keringkan rambut serta memakai scincare. Tiba-tiba badanku dipeluk Aisy sebelum dia letakkan kepalanya di bahuku lalu menghidu bau rambut ku. "Asha tak nak balik ke rumah kita ke sayang?" tanya Aisy. Aku buntu. Macam mana ni, aku kena jawab apa. Aku terus memikirkan jawapan yang sesuai. Walaubagaimanapun Aisy masih suami aku, dan aku harus selalu dengannya. "Erkk...Asha ikut abang je la" jawabku . "Kalau macam tu esok kita balik. Sayang setuju tak?" balas Aisy. Aku menimbangkan permintaannya. "Okey. Tapi katil dan stroller baby macam mana? Pekerja kedai kata barang tu akan sampai besok " aku tanyakan pendapat Aisy. "Apa kata yang tu kita tinggalkan dekat sini je. Nanti senang kalau nak bawa Haris dekat sini. Untuk barang Haris dekat rumah kita pula, nanti kita carikan yang baru. Okey tak?" jawab Aisy. Aku hanya mengangguk setuju.
Keesokan harinya, aku meminta izin mommy dan daddy untuk pulang ke rumah Aisy. "kita nak pergi mana ni abang?" tanya ku setelah merasakan jalan yang kami lalui ini bukan jalan untuk ke rumah Aisy. "Kita akan ke mall untuk barang-barang Haris. Sambil-sambil tu bolehlah kita carikan mainan untuk Haris sekali. Lagipun abang tengok mainan Haris ada dua je". Aku hanya mengangguk setuju. "Haah, sayang sempat bawa 2 je mainan ke Malaysia. Yang lain tinggal dekat rumah maksu. Semalam pun saya tak sempat nak beli yang baru" balasku.Setelah sampai, kami semua keluar dari kereta. Aisy awal-awal lagi sudah mengambil Haris dari gendongan aku. Katanya dia tidak mahu aku keletihan mengendong Haris. Kemudian kami berjalan ke arah pintu masuk mall. Tiba-tiba aku rasakan tangan Aisy melingkari pinggangku. Aku menoleh ke arahnya. "Kenapa?" tanya ku pelik. " Tu , sayang tak nampak ke laki-laki dekat sana tu pandang sayang macam nak makan je" kata Aisy sambil memuncungkan bibirnya ke arah lelaki yang dimaksudkan tadi.
"Selalunya memang macam ni ke kalau sayang pergi mana-mana?" tanya Aisy lagi. Aku mengangguk. Ya, memang betul pun. Ketika aku ke luar, sesetengah lelaki akan memandangku dengan pandangan seperti tadi tetapi aku hanya abaikan mereka asalkan mereka tidak mengganggu ku berlebihan. Melihat anggukan aku, cengkaman Aisy di pinggang ku semakin kuat .
"Auch" suaraku mengaduh menyedarkan Aisy dari tindakannya itu. "Sorry sayang, abang tak sengaja" kata Aisy sambil menggosok-gosok tempat dia cengkam tadi. "Abang jangan risaulah. Asha tak layan pon diorang semua. Asalkan mereka tak kacau Asha, Asha okey je." Balasku sambil menenangkan Aisy. Kemudian aku menariknya masuk ke dalam kedai mainan.
" Nah...Nah " Haris menepuk bahuku sebelum menunjuk ke arah robot mainan. Aku pun terus mengambilnya sebelum diletakkan di dalam bakul. Aisy sudah pesan padaku untuk ambil saja apa yang Haris nak sebab dia yang akan bayarkan. "Sayang dengan Haris pergi la duduk di atas kerusi dekat luar tu. Abang nak bayar semua ni dulu" aku hanya mengangguk setuju. Lama juga tu nak tunggu giliran Aisy bayar sebab ramai orang dekat sana.
Beberapa minit kemudian seorang remaja lelaki mendekatiku. "Hai awak , Awak dah berpunya ke belum. Saya nak minta nombor telefon boleh?" katanya. "Er. Tak, sa...." Sebelum aku selesai menjawab, ada satu suara yang laju memotong ucapan aku. "Kau tak nampak ke ada budak dekat atas riba dia tu. Sah-sah lah dia sudah berpunya" jawab Aisy sebelum melilitkan tangannya di pinggang aku. Kemudian Aisy dekatkan bibirnya ke dahiku sebelum dicium lembut. "So-sorry bro . Aku tak tahu" balas lelaki tadi sebelum pergi meninggalkan kami.
YOU ARE READING
Mrs. Aisy Qusyairi [C]
Short StoryKisah ini menceritakan tentang Asha yang mengalami satu kemalangan bersama kembarnya dan menyebabkan kembarnya itu meninggal dunia. Setelah kejadian itu, dia membawa diri ke Australia untuk menghilangkan traumanya serta menyambung pelajaran di sana...