Ketika dalam perjalanan menuju ke kereta, aku dihalang oleh sekumpulan remaja lelaki. "Adik nak pergi mana ni. Jom la kita borak-borak dulu" ajak salah satu daripada mereka. "No, takpa. Saya datang dengan suami. Dia sudah tunggu dalam kereta" aku segera pergi ke arah kereta tetapi genggaman seseorang di tanganku membuat aku terhenti.
"Tunggu la sekejap" Aku cuba untuk melepaskan genggaman tetapi tidak berjaya. Tiba-tiba aku merasakan seseorang melilitkan tangannya di pinggang ku dan sebelah lagi melepaskan genggaman lelaki tadi di tanganku. Aku menoleh kemudian aku melepaskan nafas lega apabila melihat Aisy yang membantu."Kau pergi masuk kereta sekarang" bisik Aisy dengan suara tertahan. Aku segera mengangguk kemudian berlari ke arah kereta Aisy.
" Chill la bro. Kenapa kau lepaskan dia. Kitorang tak hab.." BUK . Aisy menghadiahkan tumbukan padu ke rahang lelaki tadi. "Perempuan tadi tu isteri aku la setan. Kalau aku nampak korang semua kacau isteri aku lagi, habis korang aku kerjakan" selepas berkata demikian, Aisy terus menuju ke kereta.
"Kau ni kan , menyusahkan aku je kerja. Kenapa kau tak lawan je tadi. Suka orang kacau macam tu " aku hanya menggeleng kepala laju menafikan tuduhan Aisy. Kemudian aku menundukkan kepala sambil menenangkan diri yang masih lagi gementar takut. "Sorry" itu je yang mampu aku balas sebab aku tahu aku tak akan menang kalau aku terangkan kepada Aisy. Setelah itu tiada lagi perbualan antara kami.
Setelah menempuh perjalanan yang panjang, akhirnya kami sampai ke kampung Aisy. Aku melihat sekeliling rumah nenek yang sudah dipenuhi kereta yang berbeza jenama. Aku menolong Aisy mengeluarkan beg pakaian kami . Kemudian Aisy memberi salam sebelum menapak masuk ke dalam rumah setingkat yang boleh dikatakan agak luas.
" Sampai dah Aisy, Asha . Jemput la masuk. Asha jom ikut mama . Nanti boleh kenal-kenal dengan tokma" ajak mama . Aku hanya menurut sahaja. Sesampainya di sana aku terus menunduk mencium tangan tokma, mama serta mak saudara Aisy yang lain. Aku juga perasan jelingan dari seorang perempuan, kalau tak silap aku namanya Iffah, anak mak lang Aisy.
" Aisy, mu gi la masuk bilik nuh , bowok bini mu sekali. Rehat-rehat dulu dalam bilik maklumlah jauh jugok nok boleh ko sapa sini. " kata tokma. Kemudian aku dan Aisy minta izin untuk masuk ke bilik.
Aku tercari-cari alas untuk dijadikan tempat tidur. Dekat sini tak ada sofa maklumlah rumah kampung. "Kau tidur je la dekat atas tu. Aku beri keizinan untuk kau tidur dekat atas tu. Tapi kau kena ingat dekat kampung ni je" berbinar mataku mendengar keizinan Aisy. Akhirnya dapat juga aku tidur atas katil walaupun untuk sementara. "Betul ke ni?" aku meminta kepastiannya. "Hmm" jawab Aisy sambil memutarkan kedua bola matanya.
Aku menuju ke arah dapur selepas selesai solat Isyak. Aku melihat semua orang perempuan kecuali keluarga mak lang duduk bersila di atas tikar sambil memotong bawang untuk majlis esok. Orang-orang lelaki di luar rumah menyiapkan peralatan-peralatan untuk memasak keesokkan pagi. Keluarga mak lang tidak duduk sekali kerana mereka telah menyewa homestay berdekatan. Katanya rumah kampung ni banyak nyamuk jadi mereka berinisiatif untuk menyewa homestay.
Aku mengambil tempat di antara tokma dan mama. "Ada apa-apa yang boleh Asya tolong tak?" aku bertanya. "Boleh jugok. Asha tolong siye aye daley sink tu boleh dok." Kata tokma sambil menunjukkan ke arah sink kepada aku. Aku mengangguk sebelum berjalan ke arah sinki.
Setelah siap, kami semua bergerak ke bilik masing-masing untuk tidur kerana esok kami perlu bangun seawal 5 pagi untuk memasak. Aku mengambil tempat di atas katil lalu aku baringkan tubuhku sebelum masuk ke alam mimpi. Aisy belum masuk lagi, mungkin sedang berbual-bual dengan saudara-maranya. Dengan keadaan separa sedar, aku merasakan seseorang memelukku dari belakang sambil mengusap kepalaku. Aku abaikan saja dan menganggapnya sebagai mimpi semata-mata.
Keesokannya, kami disibukkan dengan kerja masing-masing. Orang lelaki di luar rumah memasak gulai daging manakala orang perempuan berpecah. Sebahagian menanak nasi, sebahagian menggoreng ikan, sebahagian menggoreng ayam dan sebahagian lagi membuat minuman. Tugas aku hari ini, menggoreng ayam berempah. Setelah selesai, kami semua menyusun lauk pauk di atas hamparan tikar.
Semua orang sudah berkumpul di ruang tamu dan bersedia untuk makan. Majlis makan ni hanya kepada ahli keluarga sahaja. Kami dahului acara menjamu selera dengan lafaz bismillah dan doa makan. Setelah semua selesai, beberapa orang cucu perempuan tokma termasuk aku , mengumpulkan pinggan mangkuk yang telah digunakan sebelum dibawa ke belakang untuk dibasuh.
Dari kejauhan aku melihat Aisy sedang berbual mesra dengan Iffah. Tipulah kalau aku tidak cemburu sebab dari dahulu perasaan sayang aku kepadanya tidak pernah berubah. Kerana malas melihat mereka bergurau senda, aku segera melangkah masuk ke dalam rumah tokma.
YOU ARE READING
Mrs. Aisy Qusyairi [C]
Short StoryKisah ini menceritakan tentang Asha yang mengalami satu kemalangan bersama kembarnya dan menyebabkan kembarnya itu meninggal dunia. Setelah kejadian itu, dia membawa diri ke Australia untuk menghilangkan traumanya serta menyambung pelajaran di sana...