-13-

376 9 0
                                    

Hari ini aku berasa tidak sedap badan. Sudah tiga kali aku keluar masuk ke dalam tandas tetapi aku kuatkan semangat juga untuk mengemas rumah. Selepas selesai, aku mengambil beg tanganku kemudian menuju ke garaj. Rasanya harini aku lewat ke restoran kerana aku mahu ke klinik berdekatan. Dari tadi tengkuk aku gatal dan perut aku rasa macam nak memuntahkan sesuatu. Rasanya kelmarin aku tidak salah makan .

Selepas keluar dari bilik doktor, aku tak dapat menahan senyumku lagi. Senyumku semakin lebar sehingga menampakkan lekukan di kedua pipiku apabila teringat kata-kata doktor tadi "Tahniah. Puan disahkan mengandung 2 minggu" . Aku tak sabar nak bagitahu berita gembira ni kepada Aisy. Agak-agak dia gembira tak.

Ting!

Aku melihat mesej yang masuk. Dari Damia. Dia mengajakku berjumpa di restoran aku. Aku terus menerima ajakannya. Tak sabar nak share berita gembira ni dengan Mia. Mesti dia tak sangka yang dia akan jadi Aunty tak lama lagi.

Setelah masuk ke dalam restoran, aku terus memeluk Damia sebelum mengambil tempat di hadapannya. "Kenapa aku tengok kau macam happy semacam je ni. Ada apa-apa ke yang kau nak share" tanya Damia. Aku ketawa kecil sebelum menjawab "Aku gembira sangat hari ni Mia. Kau orang pertama yang aku bagitahu berita ni tau" kataku gembira sambil mengambil nafas sebelum menyambung "Nanti kau akan jadi Aunty Mia"

"Haa?" Damia tayang muka blur . Aku memutar mata ke atas. Haih Damia ni. Tak habis-habis dengan loading dia tu. Kataku dalam hati. "I'm pregnant Mia. Tak lama lagi kau akan jadi Aunty" kataku dengan senyuman lebar.

Aku dapat melihat mata Damia membola terkejut "Betul ke ni Asha?. Alhamdulillah". Aku terus mengangguk laju. "Jadi bila kau nak bagitahu suami kau?" pertanyaan Damia membuat senyumku luntur. "Kau rasa dia terima ke baby ni. Bukannya apa Aisy kan tak suka aku" balasku murung.

" Kau ni pun cubalah fikir positif sikit. Ni asyik negatif je. Mestilah Aisy akan terima baby ni. Ni kan anak dia. Silap-silap hubungan korang akan membaik dengan adanya baby ni" kata Damia. "Dah tak payah sedih-sedih lagi nanti baby ikut sedih"sambungnya. " Okey, nanti aku bagitahu Aisy" balasku sambil tersenyum kecil.

"Kau pula Mia bila nak kahwin. Takkan kau tak da minat kat siapa-siapa?" Tanyaku pula. Damia tersenyum malu mendengar pertanyaan aku. "Ada tapi aku tak pasti dia ada perasaan sama macam aku ataupun tak" jawabnya malu. "Siapa? Aku kenal ke?" tanyaku . Takut-takut la Damia berkenan dengan orang lain. Kasihan pula dengan Aqil.

"Kau kenal. Alaa takkan kau tak ingat kawan baik Aisy dulu. Aqil namanya" aku sembunyi senyum mendengar nama Aqil disebut. Maknanya kedua-duanya tak bertepuk sebelah tangan la ni. "Ooo Aqil rupanya. Kalau Aqil kau jangan risau nanti dia akan lamar kau sebab dia pon cintakan kau" balasku. Aku dapat melihat kegembiraan yang terpancar di mata Damia. Setelah selesai berbual, Damia minta diri untuk pulang.

Petang itu aku dikejutkan dengan kereta Aisy yang sudah terpacak di garaj. Aku melihat ke arah jam tangan. Baru pukul 5 petang, awalnya Aisy balik .Perlahan-lahan aku melangkah ke dalam rumah. Raut wajah Aisy yang sedang marah dan menatap tajam ke arahku membuatkan aku tidak senang duduk. "Awal awak balik hari ni" ucapku mencuba untuk menghilangkan suasana mencengkam itu.

Aisy mengabaikan perkataan aku, sebaliknya dia mencapai sesuatu di belakangnya dan melemparkan ke atas meja. Aku turunkan pandangan perlahan-lahan ke arah meja untuk melihat apa yang dilemparkan Aisy, ternyata sebuah buku yang cukup aku kenal. Beberapa saat kemudian mataku membulat, itu buku diari aku. Macamana Aisy boleh jumpa padahal aku sudah simpan buku itu di tempat yang tidak akan dijumpai.

"Ma-macam mana awak jumpa?" tanya ku gagap kemudian aku mendongak memandang wajah Aisy. "Kenapa. Kau terkejut? Kau terkejut aku tahu semua rahsia kau" jawab Aisy sambil memutarkan bebola matanya. "Jadinya betul la Iffah cakap yang kau ni dah lama sukakan aku. Kau dengki dengan Arisha kan? . Kemalangan 4 tahun lepas pon kau yang rancang kan?" sambung Aisy.

Aku cepat-cepat gelengkan kepala menidakkan. Memang betul aku sukakan Aisy dari kecil tapi aku tak pernah dengki dengan Arisha sampai berniat membunuhnya. Tapi sekejap, Aisy sebut nama Iffah tadi? . Macam mana Iffah boleh tahu yang aku sukakan Aisy.

"Sumpah awak, bukan saya yang rancang . Orang lain dan pelakunya masih bebas sekarang. Polis masih lagi menyiasat kes itu. Tolong la percaya. Saya tak tipu" rayu aku agar Aisy percaya. "Kau tak payahlah nak putar-belit kan cerita. Kau ingat aku percaya ke. Kalau dulu perangai tak baik, sekarang pon sama la" cantas Aisy sambil meninggikan suaranya. Aku menunduk kerana aku tahu, aku yang dulu memang tidak bertudung dan sedikit kasar, tapi sekarang aku dah berubah. Susah sangatkah Aisy nak percaya kepadaku.

" Dan kes dekat rumah tokma hari tu pon rancangan kau juga kan. Kau tuduh mama masukkan sesuatu ke dalam air aku tapi tu semua muslihat kau kan supaya aku tidur dengan kau" tuduhan itu aku balas dengan gelengan. "Bukan awak, Kalau awak tak percaya, awak tanya mama" perkataan aku diabaikan oleh Aisy.

" Dah kau tak payah cakap apa-apa lagi. Sekarang aku nak kamu ambil barang-barang kau dan keluar dari rumah ini. Aku dah tak nak tengok muka kau lagi dan jangan sesekali kau muncul di depan aku lagi. " katanya sebelum naik ke tingkat atas.Aku termenung memikirkan perkataan Aisy. Sesekali aku usap air mata yang mengalir.

Mrs. Aisy Qusyairi [C]Where stories live. Discover now