Bab 01 - ISTERIKU PSIKO

300 8 0
                                    

PAGI yang indah membuatkan seorang lelaki berumur 27 tahun bangun terlebih awal untuk menyiapkan sarapan buat isteri tercinta. Di mana lelaki bernama Hayden Hafizi sedang berperang di dapur.

"Good morning, suamiku Hayden" sapa Ayu mesra dengan nada suara meleret manja.

Pinggang Hayden di peluk dari belakang dan menyengetkan sedikit kepalanya untuk melihat wajah suaminya itu.

"Abang masak apa tu? Macam sedap je baunya?" Ayu menghidu aroma bau masakan suaminya sambil memejamkan mata. Wangi sekali guys!

"Bihun goreng untuk awak sayang" balas Hayden seraya memandang sekilas wajah Ayu di sampingnya itu bersama segaris senyuman tipis.

"Again? Huh..." Ayu merengus kesal lalu melepaskan tangannya dari terus memeluk pinggang Hayden. Meja kabinet di sandarkan badannya dan menyilang tangan pada dada. Kesal.

"Kenapa sayang? Ada yang salah ke?" tanya Hayden dengan gelabahnya.

"Haah. Ada. Every morning abang buat bihun goreng untuk Ayu.. cuba menu lain pulak? Bosan lah." Ayu melemparkan pandangan ke arah lain dengan wajah cemberut.

"Ye la. Nanti abang tukar menu lain, okey? Tapi hari ni kita makan ni dulu? Tak elok la membazir sebab abang dah nak siap masak dah ni, okey?" Pujuk Hayden lembut.

"Hmm. Okey." Tiada cara lain lagi selain menurut. Lagi pun bihun goreang buatan Hayden memang sedap. Ayu kembali memandang Hayden dan bola matanya beralih pada jari milik suaminya lalu hujung bibirnya itu perlahan-lahan mengukir senyuman sinis.

"Still sakit?" tanya Ayu tiba-tiba dengan ekor mata tidak lepas melihat jari telunjuk suaminya itu.

Hayden yang mahu mengangkat mangkuk berisikan bihun goreng itu terbantut. Dia menoleh memandang wajah Ayu lalu beralih ke arah jarinya. Senyuman kecil terukir pada bibir lalu menggeleng kepala.

"Tak dah" jawab Hayden yakin.

"Bagus la kalau macam tu.. lain kali tangan tu jangan nak menggatal sangat tolong barang perempuan lain jatuh.. biar dia ambil sendiri.. baik sangat diri tu nak tolong orang" perli Ayu dengan wajah mendatar. Tidak lepas matanya melihat wajah suaminya yang kelihatan kecewa dengan perbuatan sendiri pada petang semalam.

Hayden menghela nafas perlahan.

"Okey. Abang minta maaf, okey? Lain kali abang tak buat lagi. Hm?" Hayden berjanji.

"Okey. Tapi kalau abang terbuat lagi.. kelima-lima jari abang tu.. Ayu tak teragak-agak nak potong" ugut Ayu lalu melangkah pergi meninggalkan Hayden.

"Ayu! Makan?" Suara Hayden sedikit lantang tatkala Ayu sudah mendaki tangga menuju ke lantai atas.

"Abang makan je la dulu! Ayu nak mandi!"

Mendengar balasan dari sang isteri, Hayden merengus kasar. Bola matanya bergerak memandang jari telunjuk yang sudah di balut dengan plaster.

"Aku kena lebih berhati-hati lepas ni" gumam Hayden.










SELEPAS sarapan bersama Hayden, Ayu memutuskan diri untuk mengambil angin di luar rumah. Dia menarik nafas mendalam lalu hembus panjang. Udara pagi ini sangat menemyegarkan.

Sedang matanya meliar-liar di kawasan rumahnya itu, secara tidak sengaja dia terpandang burung merpati putih yang elok berada dalam sangkar tergantung di pondok santai.

Ayu berjalan ke arah pondok santai itu, usai sampai dia mendongak ke atas dengan dahi berkerut.

"Sejak bila ada burung dalam kawasan rumah aku? Siap berada dalam sangkar lagi ni?" ujar Ayu penuh kebingungan.

"Tak boleh jadi.. aku kena bunuh burung ni." Ayu melepaskan sandal miliknya dan melangkah naik atas pondok. Dia mengambil sangkar itu dan letak di bawah. Dia kemudiannya membuka pintu pagar sangkar tersebut lalu memegang kuat pada leher burung merpati.

Ayu mengukir senyuman jahat sambil membelek-belek burung merpati itu. Tidak lama kemudian, burung merpati berteriak kesakitan apabila Ayu mencekik leher burung itu sehingga burung itu tidak lagi bernyawa.

"Ayu!"

Lantas Ayu menoleh ke arah suara jeritan lantang di belakangnya. Terlihat Hayden bergegas berlari ke arahnya dengan wajah panik.

"Ayu buat apa ni sayang? Kenapa cekik burung merpati abang?" tanya Hayden dengan nafas tercungap-cungap.

"Oh? Jadi abang la yang bela burung ni? Sangkut dekat pondok ni? Ha?" soal Ayu tegas dengan tangannya masih memegang leher burung merpati tidak bernyawa itu.

"Iya sayang. Kenapa?" Hayden cuba mengawal emosi. Suara juga di kawal agar kedengaran lembut.

"Haih! Kan Ayu aku dah cakap dekat abang? Ayu tak suka kalau abang bela apa jenis haiwan dalam kawasan rumah kita. Ayu juga bagitahu abang yang Ayu dan abang je dalam rumah ni. Just you and me." Bola mata Ayu tajam saja menikam wajah kesal Hayden. Burung merpati yang masih berada dalam genggamannya itu di campak keluar dari pagar rumah.

"Ayu!" teriak Hayden.

"Apa?!"

"Ke.. kenapa Ayu buang?" Suara Hayden kembali normal.

"Dah mampus? Buat apa lagi nak simpan? Abang hanya boleh ada Ayu je di samping abang.. tak perlua nak bela apa-apa. Cukup bela Ayu je, faham?"

Hayden melepas nafas perlahan. Apa salah haiwan sampaikan tak boleh bela bagai? Ayu sangat memelikkan.

"Faham, Ayu." Hayden hanya akur. Sayang isteri punya pasal, apa yang diperintahkan harus kena ikuti.

Ayu memutarkan bola matanya ke atas lalu melompat turun dari pondok itu. Sandal kaki di saut.

"Ingat eh abang, Ayu tak nak abang bela apa-apa jenis haiwan.. tak kira la kucing ke, burung ke, ayam ke apa.. kalau abang bela juga.. Ayu akan bunuh haiwan tu" ugut Ayu lalu merempuh badan Hayden membuatkan suaminya itu terdorong ke belakang.

Helaan nafas Hayden di hembus perlahan. Dia menoleh ke belakang sekilas melihat Ayu yang sudah pun melolos masuk ke dalam rumah.

"Sampai bila Ayu nak jadi macam ni, sayang.." cetus hati Hayden sambil enatap lesu pada pintu rumah yang sudah tertutup rapat.

Bersambung...

Isteriku Psiko [✔︎]Where stories live. Discover now