Bab 36 - ISTERIKU PSIKO

62 2 0
                                    

"WOFT! Woft! Woft!" Suara pekikkan dari anjing terdengar kuat di luar rumah. Ayu yang sedang pulas tidur dengan tangannya melingkar di perut Hayden terganggu. Dia membuka kelopak mata dan menatap tajam pada satu arah.

"Apa yang bising sangat tu...?" tanya Hayden dengan mata samar-samar terbuka.

"Abang tidur la.. Ayu pergi tengok" kata Ayu dan Hayden hanya mengangguk sebelum dia kembali memejamkan mata.

Ayu bangun dari baringan seraya merengus kasar. Dia kemudiannya melangkah ke arah tingkap. Langsir di selak sedikit.

"Kau ni memang anjing la.. malam-malam buta menyalak tak tentu masa" omel Ayu mengetap rahangnya geram. Badan di pusing menuju ke pintu bilik untuk keluar. Sempat Ayu mencapai pengepit rambut yang elok terletak di atas meja solek. Rambut lurus separuh pinggangnya itu di pulas lalu di kepit kemas. Dia berjalan keluar dari bilik tidur dan menuju ke ruangan bilik peribadinya.

"Kau dah ganggu tidur aku.. kau dapatlah padahnya." Pintu almari di buka. Sepucuk pistol tanpa suara di ambil lalu berjalan ke arah tingkap.

Terdapat anjing menyalak tadi masih tetap berada di sana. Tanpa membuang waktu lagi, Ayu menyelak langsir dengan luas lalu membuka tingkap. Dia mengacukan pistol dan...

SHUP!

Sasaran Ayu tepat. Bibir merah semula jadi mula terukir sinis.

"Well done, Ayu." Beberapa helai rambut yang jatuh menutupi mata di selak ke tepi. Pandangan mata masih tertuju ke arah anjing yang sudah terlantar tidak bernyawa di atas simen luar pagar rumah.

Sekarang jarum jam sudah menunjukkan lapan setengah pagi. Hayden keluar dari rumah apabila dia telah siap menyediakan sarapan buat Ayu.

Memandangkan hari ni dia cuti yang kedua, segala kerja rumah dia akan selesaikan nanti. Sedangkan Ayu terpaksa pergi ke butik atas urusan tertentu.

Hayden menarik nafas menikmati udara segar pagi. Dia berjalan ke arah paip dan mengambil wayar getah. Pili air dibuka. Selepas itu, tanaman bunga di pinggir pagar dari dalam di langkah menghampiri.

Ketika Hayden sedang menyiram bunga sambil menyanyi kecil, secara tidak sengaja dia terbau bangkai binatang. Hayden mengerut dahi dengan bola matanya tidak tentu arah mencari di mana bau bangkai tersebut.

"Allahuakhbar!...., astagfirullahhalazim..." Mata Hayden membulat luas. Terdapat di luar pagar rumah adanya seekor anjing di penuhi dengan darah kering. Aliran darah kering itu juga melekat pada simen. Segala semut serta lalat hijau mengurung anjing tersebut.

Begitu menggelikan.

Dada Hayden berdetak laju. Matanya tidak berkelip melihat anjing yang tidak bernyawa di luar sana. Air liur di telan sukar.

"Abang!" Sergah Ayu yang dari belakang.

Lantas Hayden menoleh dengan raut wajah bertambah terkejut.

Ayu yang ingin tertawa itu terbantut apabila dia melihat air muka Hayden pucat semacam seperti mayat hidup.

"Abang dah kenapa? Macam nampak hantu je?" tanya Ayu pelik. Beg sandang yang ingin jatuh dari bahu di betulkan.

"A..Ayu dah nak gerak dah?" Hayden tidak menjawab pertanyaan Ayu, di sebaliknya dia menanyakan Ayu semula. Secara gugup.

Ayu menggangguk ragu.

"D..dah breakfast?"

Ayu mengganguk ragu sekali lagi.

"Okey.."

Tingkah laku Hayden memang cukup membuat Ayu tertanya. Lain macam betul Hayden pagi ni? Macam betul-betul nampak hantu.

Isteriku Psiko [✔︎]Where stories live. Discover now