Bab 06 - ISTERIKU PSIKO

56 4 0
                                    

            SELEPAS makan siang bersama encik suami, Ayu terus menuju kembali ke butik miliknya.

Sedang sorotan anak mata Ayu tidak lepas melihat stock bulanan dalam skrin komputer itu terganggu apabila pintu biliknya di ketuk.

"Masuk!" sahut Ayu tanpa menggerling ke arah pintu.

Pintu di buka. Wajah lemah lembut seorang gadis bertudung selendang kelabu berdiri di permukaan pintu.

"Cik Ayu, ada orang nak jumpa dekat luar" beritahunya.

Tatapan Ayu pada skrin komputer beralih ke arah pekerjanya.

"Siapa?"

"Entah. Saya pun tak kenal, Cik Ayu."

Ayu merengus perlahan. Time kerja start la nak jumpa bagai, masa rehat tak ada pula. Rimas betul!

Dengan malas Ayu bangun dari tempat duduknya dan berjalan keluar dari bilik.

"Pergi sambung kerja awak" arah Ayu kepada pekerjanya tadi.

"Baik Cik Ayu" akurnya sebelum kaki di langkah ke arah stor.

Ayu pula berjalan ke arah ruangan sofa berhadapan dengan kaunter. Dari jauh dia sudah tahu siapa wanita itu. Tidak lain, tidak bukan. Ibu mertuanya.

Hembusan nafas di hela berat.

"Mama datang butik Ayu kenapa?" tanya Ayu tanpa memandang Puan Nita. Tangan di silang pada dada. Malas sungguh nak menatap muka acah muda mak mertuanya itu.

"Heh! Sombongnyaaaaa kau eh?" Puan Nita bangun berdiri.

"Kalau mama datang sini tak ada benda penting nak cakap.. baik mama balik je la.. Ayu banyak kerja lagi nak buat dekat dalam" kata Ayu tidak minat.

"Penting. Penting bagi aku."

"Apa yang penting sangat tu?"

Puan Nita diam seketika. Dia berjalan mendekati Ayu dan berdiri betul-betul di hadapan menantunya. Tatapan wajah Ayu di pandang benci. Walaupun air muka Ayu lembut tapi perangai tak sama dengan rupa.

Angkuh! Kurang hajar!

"Aku nak kau minta cerai dengan Hayden" kata Puan Nita. Itu la tujuannya kemari menemui Ayu ke butik.

Mungkin bagi Puan Nita permintaan itu akan buatkan Ayu terkejut dan berfikir menantunya itu lemah, malah sangkaannya tidak. Ayu bahkan tersenyum sumbing mendengar ujaran busuk dari mertuanya itu. Tidak kalah dengan itu, dia juga turut majukan langkah ke hadapan.

"Cerai? Heh! Ayu tak kisah. Tapi tu la.. abang Hayden tu nak ke ceraikan Ayu? Ye la.. sebab anak kesayangan mamakan dah cinta mati dah dengan Ayu? Kalau Ayu ungkapkan perkataan tu pun mana mungkin dia dengan senangnya nak lepaskan Ayu, kan?" tutur Ayu penuh kesombongan.

Puan Nita berdecit ketawa sinis. Tangannya juga di silang pada dada manatap remeh pada menantunya.

"Huh! Perasan! Mungkin salah aku juga sebab tak hasut Hayden untuk tak kahwin dengan kau.. ye la.. mak mertua mana je nak menantu mandul" sindir Puan Nita dengan tarikan naik pada hujung bibir.

Mendengar perkataan mandul membuatkan api kemarahan Ayu mendidih naik. Pantang sungguh perkataan mandul keluar dari mulut-mulut orang kepadanya. Walaupun hakikatnya adalah benar.

Tapi, wanita bernama Siti Roshayu tidak akan menunjukkan sisi lemahnya kepada mak mertuanya yang berdiri di hadapan ketika ini. Dia mengangkat muka sambil tersenyum lebar.

"Mandul-mandul pun.. abang Hayden tetap sayang.. tapi Ayu pelik la.. abang Hayden terima je Ayu sebagai isteri dia walaupun dia tahu Ayu mandul.. tapi kenapa mama pula yang macam tak boleh terima? Ayu kahwin dengan abang Hayden, bukan dengan mama."

Isteriku Psiko [✔︎]Where stories live. Discover now