Bab 22 - ISTERIKU PSIKO

47 4 0
                                    

TERSENYUM lebar Hayden melihat foto random yang di kirimkan oleh Ayu melalui WhatsApp. Manis sungguh senyuman isterinya. Boleh cair Hayden dibuatnya.

TOK! TOK! TOK!

Hayden tersentak. Pantas telefon di letakkan pada hujung meja.

"Masuk."

Pintu yang tertutup rapat mula terbuka. Sebuah senyuman di hadiahkan buat Hayden. Dan Hayden balas dengan senyuman tipis.

"Yes, Vina?"

Vina meloloskan diri masuk ke dalam ruangan bilik Hayden. Dia merapati dirinya pada meja Hayden.

"Ni. Encik Hayden kena sign sekarang." Vina mengulurkan fail keras serta tebal itu kepada Hayden.

Hayden menyambut huluran dari Vina. Tangannya mula ligat menandakan tanda tangannya di setiap halaman permukaan kertas setelah di buka.

Vina yang berdiri di hadapan itu tidak lepas menilit ke setiap gerak-geri Hayden. Tergugat sungguh hatinya melihat Hayden. Ya tuhan kenapa begitu lelaki indah ciptaanmu di hadapanku ini.

"Encik Hayden...,"

"Ya?" sahut Hayden tanpa memandang wajah Vina.

Vina mengigit bibir di bawahnya kecil. Jari jemari di ramas-ramas untuk menghilangkan rasa gementar dalam diri.

Rasanya ini lah masanya.

Nafas di tarik dalam dan hembus perlahan. Wajah Hayden yang tekun tertunduk membaca ke setiap halaman kertas itu di pandang.

"Encik Hayden...,"

"Ya?" sahut Hayden tanpa memandang wajah Vina di hadapan.

"Saya tak kisah kalau saya jadi iste-"

"Encik Hayden, Tuan Hassan dah sampai. Boleh Encik Hayden gerak sekarang?" Suara asing yang mencelah itu membuatkan tutur kata Vina terjeda.

Tanpa bantahan, Hayden segera bangun dari duduk. Note book yang berada sebelahan dengannya itu di ambil.

"Saya dah siap tanda tangan semua" kata Hayden seraya menutup pennya. Fail pemberian Vina tadi di biarkan di atas meja.

Vina hanya diam. Memandang Hayden yang sudah hilang dari pandangan mata. Kaki di hentak kecil.

"Time ni la dia nak kacau!" bentak Vina geram. Dia mencapai fail keras serta tebal itu dengan kasar lalu memusingkan badannya dan berjalan keluar dari bilik Hayden.

Kesian Vina. Hampir masuk dua pagi semalam dia praktis untuk ungkapankan kata yang dia ingin menjadi isteri nombor dua Hayden. Masa yang berlalu larut dengan fikiran, ternyata hanya sia-sia saja buatnya.

Niat yang jahat, pasti Allah tidak mengizinkan.









"LEPASKAN aku lah! Kau siapa bawak aku ke tempat macam ni?!" Bentak Alias sambil meronta-ronta dalam penganggan Romeo dan Remi yang saat ini mengheretnya kasar.

"Bising la orang tua ni! Aku humban kau masuk dalam tong minyak tu nak?!" Ancam keras Remi sambil menjuih bibir ke arah tong minyak yang jarak hanya beberapa meter sahaja darinya.

Alias terdiam. Dia hanya menurut saja ke mana Romeo dan Remi mengheretnya.

Manakala Romeo di sebelah kiri itu hanya tersenyum saja. Jarang bebeno abey Remi marah besor. Tacud abey Romeo.

"Arhh!" Jerit kesakitan Alias kuat apabila dia di tolak kasar sehingga tersungkur ke hadapan. Tepat sekali ketika dia tersungkur itu dia mencium kaki berlapikkan dengan boots kasut hitam. Kepala perlahan-lahan di angkat melihat siapa gerangan tersebut.

"A..Ayu?"

Ayu mengukir senyum senget lalu menendang tubuh paruh baya itu dengan kaki cukup kuat. Kini Alias tersungkur ke belakang pula.

"Sebelum kau bertindak, biar aku bertindak terlebih dahulu" kata Ayu yang masih berdiri statik di hadapan Alias. Wajah tanpa secalit senyuman di tayangkan buat Alias.

Alias tergelak sinis. Wajah tegang Ayu di pandang benci.

"Dah semakin maju kau, ya? Mentang-mentang la aku ni dah tua.. kau tendang aku macam tu je?"

"Orang berperangai binatang macam kau memang layak di tendang. Muka dah la macam anjing kelaparan" jawab Ayu tidak berlapik. Tidak lama kemudian, dia menarik nafas dan berjalan mengeliling Alias.

"Kalau korang berdua nak tahu.. orang tua ni la buatkan aku mandul muda. Aku di perkosa dengan bapak kandung aku sendiri. Dan nasib baik la lepas kejadian bodoh dia buat dekat aku, aku makan ubat perangsang banyak-banyak biar aku tak mengandung anak binatang ni."

Romeo dan Remi memandang satu sama lain dengan anak mata terbuntag luas. Terkejut separuh mati dengan kata-kata yang keluar dari mulut Ayu itu.

Memang binatang sungguh perangai orang tua ni!

"Boss! Saya rasa panas. Jom kita mulakan seksaan?" Pinta Romeo. Diri ni dah tak tahan dah nak mulakan permainan. Ayu yang kena, dia pula yang rasa sakit hati.

"Memang aku nak mulakan pun. Tapi, aku takkan bunuh dia terburu-buru, but! Aku nak main-main dulu dengan dia. Sebab aku nak bagi kepuasan diri aku seksa dia macam mana seksanya aku dulu. Biar dia tahu rasanya macam mana derita aku dulu."

"Boss," panggil Remi.

Ayu menoleh.

"Macam mana boss teruskan hidup after kena perkosa dengan ayah kandung boss sendiri?" tanya Remi sekadar ingin tahu. Berani pula dia lontarkan soalan sebegitu kepada Ayu.

Ayu memandang Remi lama. Dia berjalan dan duduk bercangkung di hadapan Alias.

"Alias. Bapak segala iblis ni dah buat aku deepresion selama dua tahun. After dua tahun sebelum aku masuk belajar uni, baru la aku bagitahu ibu aku yang aku kena perkosa dengan suami dia. Tapi syukurlah, ibu aku percayakan aku. Tanpa buang masa ibu aku terus pergi buat report polis, tapi bodohnya lepas dia buat report polis, orang tua babi ni bunuh pula ibu aku!" Ayu bangun dengan kasar lalu melayangkan satu tendangan pada dada Alias dengan sekuat hati.

"Dan paling sialnya dia hanya di kenakan hukuman selama sepuluh tahun je. Aku harap sangat dia dikenakan hukuman gantung sampai mati. Tapi, bila di fikirkan balik mungkin ada baiknya juga dia tak kena gantung mati."

"Kenapa?" seru Romeo dan Remi serentak.

"Sebab aku nak orang tua kerepot ni mati di tangan aku."

Romeo dan Remi terdiam lalu perlahan-lahan kepalanya di angguk berkali-kali sambil tersenyum penuh makna. Ini la yang kita mahukan.

Bersambung...

Isteriku Psiko [✔︎]Where stories live. Discover now