chapter 19

128 12 0
                                    

rissa's pov...

aku melangkah keluar dari keretaku. pintu keretaku ditutup perlahan dan aku menekan button lock pada kunci keretaku itu.

beg sandang berwarna hitamku pegang erat. begitu juga dengan botol airku. aku memandang sekeliling kawasan sekolah itu. still the same school, nothing change, just like how it looks like before.

aku mengeluh berat untuk seketika. angin sepoi sepoi bahasa pada petang itu betul betul membuatkan aku dejavu. keadaan ini sama seperti 2 tahun yang lalu, dimana aku masih bergelar budak sekolah disini. sekarang ni, aku hendak melangkah ke usia 20 tahun.

namun, sekolah ini tetap menjadi the safe place for me. bila mana aku rindu, aku datang. bila mana ada kawan kawan aku nak aku datang, aku datang bila free. memandangkan sekarang cuti sem, aku free dan datang kesini.

tiba tiba, aku merasakan tubuhku dipeluk dari belakang. wangiannya menusuk kedalam hidungku. aku terkedu seketika. tak mungkin tu dia, tak mungkin dia kesini.

"kak, buat apa kat sini?", soal satu suara.

ya, memang bukan dia. cuma, wangiannya sama seperti dia, gadis yang menjadi cinta pertamaku.

aku menoleh kearah budak yang memelukku itu. aku tersenyum. masih lagi aku ingat dia ni, namanya izzah. budak pengawas perpustakaan yang pernah kena marah oleh aira dulu. sebenarnya kami tak serapat seperti mana rapatnya aku dengan aireen dan fathia. namun, kenapa dia masih ingat aku eh?

"alah saya rindu sekolah, so why not?", jawabku ringkas.

izzah meleraikan pelukkannya. dia memandang kearahku dengan pandangan yang sukar untuk ditafsirkan.

"kenapa?", soalku.

"rindu sekolah ke rindu aireen?", soal izzah sambil tersenyum.

aku lupa yang dia sekelas dengan aireen. boleh dikatakan dulu, aku rapat giler dengan aireen ni. sampaikan pernah gempar satu sekolah, cakap aku dating dengan dia. tapi tak pun, aku anggap aireen ni macam adik aku sendiri.

"haah itu satu hal juga, dia ajak datang tengok dia training petang ni", balasku.

"lah, saya pun training kak. tengokla kita juga, kita satu team dengan aireen sebab kitorang sama rumah sukan", ujar izzah sambil tersengih.

aku tersenyum lalu mengangguk.

izzah mencuri pandang kearah pondok guard yang terletak tidak jauh daripada kawasan mereka berdiri itu.

"tadi akak masuk, abang guard tu tak marah ke?", soal izzah.

"tak, tanya pun tak. dia ingat saya ni student form 6 kot", balasku ringkas.

"zah, cepat ah sikit!! kau ni, nak menyangkut je keje", bebel satu suara dari belakang kami.

macam aku kenal suara tu. aku pun segera menoleh kebelakang. ya, itu aireen. shes the reason why aku datang kesini and ada semangat nak datang ke sini.

kalau takde pujukan daripada dia dan fathia, rasanya tak datang kot aku kat sini harini.

"eh kak rissa rupanya, tak sangka awak datang juga. ingatkan taknak datang dah", ujar aireen. dia mendekatiku lalu merangkul lenganku.

agak aneh untuk seketika kerana setahu aku, aireen tak suka physical touch. tapi this time, dia macam suka. maybe, perubahan seorang manusia?

"alaa, kak rissa kita punya la", ujar izzah. dia pun merangkul lengan kiriku. taknak mengalah rupanya.

"aku jumpa dia sebelum kau", ujar aireen.

"eleh, aku dulu laa. kau je taktau", balas izzah.

ah sudah, aku blur nak buat apa. aku memandang kearah mereka berdua. aku mengerling kearah jam tanganku.

Larissa Damia [gxg]Where stories live. Discover now