chapter 12

156 11 0
                                    

rissa turun kebawah blocknya dan berlari anak menuju kearah fatin. petang itu, mereka hendak ke dewan untuk menghadiri program annual general meeting untuk fakultinya.

"mana vallerie?", soal rissa.

fatin tersenyum. "macam biasa".

ya, macam biasa. dia memang lambat and last minute orangnya.

"fatin!!! larissaaa!!!", panggil vallerie dari kejauhan. dia berlari anak kearah kedua rakannya itu.

"panjang umur, baru nak call tadi", ujar fatin.

vallerie tersengih sengih. "sorry, terlajak tidur".

"awak memang macamtu, nasib baik awak sedar tau, kalau tak? takde lah geng mengusik rissa harini", ujar fatin.

rissa mencebik. dia memandang kearah vallerie dan fatin silih berganti.

"cane keadaan awak harini rissa? okay tak?", soal vallerie yang berjalan beriringan bersama fatin dan rissa.

rissa mengangguk perlahan lalu tersenyum.

"saya okay dah. saya kan kuat", ujar rissa.

"kuat sebab ada crush kan?", usik fatin sambil tertawa kecil.

rissa memukul manja bahu fatin.

"ada ada je la korang ni", ujar rissa. dia berjalan dengan laju meninggalkan fatin dan vallerie di belakang. memang itu lah perangainya.

"ooo patutlah dia tak chat kita sejak dia halau kita pergi kelas hari jumaat tu", usik vallerie lagi.

"itula, siapa jela kita ni kan?", sambung fatin.

"tu dia laju laju tu sebab nak jumpa amni la tu", usik vallerie.

amboi, dorang berdua ni part nak menganjing, mengusik, memang no 1 lah dorang.

rissa hanya berpura pura tidak mendengar usikkan daripada kedua orang rakannya itu.








AMNI memegang buku nota kecilnya untuk menulis transaksi pembelian bagi booth jualan fakulti mereka. dia berjalan kesana dan kesini untuk memastikan semuanya dalam keadaan terkawal.

irfa pulak, jadi tukang sambut para pelajar. maklumla, member friendly. tak macam amni, ambivert. riuh bila dengan kawan je.

"ala korang janganla masuk dulu, grab la snacks kat sini. mur mur jerr", ujar irfa sambil tersenyum.

amni memandang sekelilingnya. agak ramai pelajar pada petang ini, namun matanya hanya tertumpu kearah rissa yang baru sahaja sampai di depan dewan itu. seperti biasa, gadis itu bersama sama dengan rakannya yang dua orang tu.

"amni, kau tolong aku jap. ramai sangat student, tak larat nak buat air ni sorang sorang", ujar farah.

niat amni untuk menegur rissa telahpun terbatal. dia segera berjalan kearah farah yang menjaga booth minuman itu.

"uish ada snack", ujar vallerie sambil memandang kearah rissa dan fatin.

dia ni kalau pasal makan memang no 1 jugak. kalau dah tengok macamtu confirm dia nak memborong lah tu.

"nak apa apa tak? saya belanja", tambah vallerie.

"saya okay je", balas fatin.

"nak, nak air je", ujar rissa.

"alright, jomlah rissa. teman saya kat depan. fatin, awak cop tempat tau", ujar vallerie.

fatin pasrah. dia hanya akur dengan arahan vallerie. kalau tak cop tempat, risau duduk belakang habis. nanti tak dapat tengok performance daripada fakulti punya band.

Larissa Damia [gxg]Where stories live. Discover now