chapter 2

239 9 0
                                    

"awak nak makan mana vall?", soal fatin.

vallerie tersenyum lalu menggelengkan kepalanya. "tengah jimat sikit, so kita memasak je".

pandangan fatin beralih pada rissa. "rissa makan tempat biasa ke?".

rissa tersenyum lalu menganggukkan kepalanya.

"saya craving nasi goreng ayam akak tu", ujar rissa dengan riangnya.

mereka pun segera menuju ke stall makanan 116 foodie itu.

"hi rissa, nak makan apa harini?", soal akak cashier yang sudah mengenali rissa. yelahkan, tiap hari muka si rissa ni membeli disitu, memang dia tau dah.

"nak nasi goreng ayam satu", ujar rissa sambil tersenyum. dia memandang kearah fatin. totebagnya dibuka lalu di mencari walletnya.

"fatin nak order apa?", soal akak cashier itu pula.

"kuey tiaw goreng basah satuuu", balas fatin lalu scan qr code yang dilekatkan pada meja cashier tersebut.

vallerie perasan akan rissa yang sedang dalam kegelisahan itu segera mendekati tubuh kecil gadis tersebut.

"kenapa tu? awak lupa bawa wallet ke?", soal vallerie.

rissa mengangguk perlahan lalu mengeluarkan phonenya. terpaksa dia membayar dengan menggunakan qr code yang agak lembab baginya itu.

"bayarkan sekali untuk dia", ujar satu suara yang amat rissa kenali.

rissa segera menoleh kebelakang lalu memandang kearah gadis berkaca mata itu. tak lain tak bukan, amni.

gadis itu meletakkan cermin matanya diatas kepala lalu berjalan kearah rissa. vallerie mula menyiku rissa. nak mengusik la tu.

"botol saya, awak ada bawa?", soal amni.

rissa sekadar mengangguk lalu mengambil botol milik amni didalam totebagnya. dia segera menyerahkan semula botol tersebut kepada empunya badan.

"bayaran tadi tu, sebagai tanda terima kasih okay?", ujar amni lalu beredar dari situ. rissa hanya memandang kearah susuk tubuh amni yang berjalan menuju ke stall minuman.

rissa terpinga pinga seketika. dia menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

'bukan ke patutnya aku yang kena berterima kasih dekat dia?', desis hatinya.

vallerie dan fatin saling berpandangan antara satu sama lain. tanpa berbasa basi, mereka berjalan mendekati tubuh rissa yang berdiri ditengah dunia itu.

fatin berdehem.

"kak amni cakap apa je?", soal fatin yang ingin tahu. vallerie sekadar memasang telinga. soalan daripada fatin itu cukup mewakili dirinya.

rissa mengetap bibirnya. wajah fatin dan vallerie dipandang secara selang seli.





RISSA mundar mandir didalam biliknya. memandangkan roommatenya ke kelas, inilah masanya untuk dia mundar mandir dalam bilik.

gila. ya, memang gila. isi kepalanya penuh tentang amni sejak kejadian pagi semalam.

screen phonenya ditatap lama. ruangan chat yang memaparkan nama amni itu ditenung sehingga tembus.

"argh dari semalam lagi kau nak chat dia rissa", marah rissa sendirian.

tubuhnya dihempas diatas katil. phonenya diletakkan ketepi. dia mengeluh perlahan.

"patut ke tak aku chat dia?", soal rissa sendirian. siling bilik asramanya itu ditenung lama.

tapi, dia memang wajib chat amni atas kejadian semalam. sepatutnya dia yang berterima kasih kepada amni kerana membayar makanan tengaharinya itu.

Larissa Damia [gxg]Where stories live. Discover now