chapter 9

158 8 0
                                    

katherine melantunkan bolanya itu. dia berlari menuju kearah adriana dan pass bola tersebut pada adriana.

adriana dengan pantasnya menjaringkan bola didalam jaringan yang agak tinggi itu. team katherine segera bersorak riang.

"fuhh padu juga kak adriana", ujar aisyah sambil memandang kearah rissa.

"katherine lebih padu", balas rissa. matanya tidak lekang memandang katherine yang sedang bermain basketball itu.

"tu aku tau laa", balas aisyah. setiap hari, nama katherine saja yang menjadi bualan.

rissa ni memang dah ada pada tahap yang angau dah. kalau boleh, semua benda kena ada katherine. ni baru fasa crush, belum lagi bercinta. agaknya macam mana la kalau sahabatnya itu bercinta?

"cantik juga dia macamni, walaupun agak serabut tapi shes still perfect", ujar rissa. dia tersengih sengih.

"ha mula dah tu haa, eeee dia niii angauu je memanjang".

aisyah mencubit cubit lengan rissa sehingga dia mengaduh kesakitan.

"sakitla aisyahh", ujar rissa sambil mengusap lengannya. bibirnya dimuncungkan.

"jangan nak angau dulu, dia taktau pun perasaan sebenar kau kat dia. cane kalau dia tak terima kau?", soal aisyah.

"tapi semalam tu? kenapa dia kiss aku kalau dia tak suka aku kan?", ujar rissa.

aisyah mengeluh. dia tak mahu sahabatnya itu disakiti. cukuplah, dia tahu tentang latar belakang rissa. amat perit baginya untuk melalui semuanya, maka dia tak mahu sahabatnya itu merasai kesakitan yang sama seperti apa yang telah keluarganya lakukan kepadanya.

"lek lek la syah, aku tak berharap lebih pun", ujar rissa lagi.

"rupa gaya kau ni macam berharap lebih tau, aku taknak kau sakit dikemudian hari", ujar aisyah.

rissa menyepak batu yang ada didepan matanya. ranting kayu yang berada dekat dengannya itu segera dipegang dan ditoreh toreh pada lantai simen tersebut.

"katherine tu ramai peminat, that means kau banyak saingan. cuba kau bayangkan one day kau couple dengan dia, and saingan kau semua attack kau sebab jealous kau dapat katherine", jelas aisyah. wajah rissa dipandang lama.

rissa hanya mendiamkan dirinya.

"aku nak kau happy je rissa. aku taknak tengok kau sedih sedih lagi macam dulu, aku tau semua benda pasal kau. takde satu rahsia pun antara kita. aku taknak, disebabkan katherine nanti, kau sakit. sebab letakkan harapan terlalu tinggi terhadapnya", sambung aisyah. batu yang ada didepan kasutnya itu diambil lalu dilemparkan kearah lain.

"tapi tak salah kan aku buat first move bila dah tiba masanya nanti?", soal rissa. dia mendongak memandang kearah aisyah.

"tak salah pun, but remember, once katherine terima kau punya confession and korang offcially bercinta, dia akan jadi first love kau. kau tau tak apa effect first love dekat hidup kau?", soal aisyah.

rissa sekadar menggelengkan kepalanya.

"first love ni, agak susah untuk dilupakan. effect dia kadang lama and ada juga permanent. katakanlah one day korang breakup, you might take a long time to moveon or maybe kau tak moveon sampai bila bila", jelas aisyah. dia sangat pakar dalam hal ini kerana dia pernah melalui perkara sebegitu.

rissa mendiamkan dirinya lagi. sesungguhnya dia taktau nak response apa dekat aisyah.

"aku bukan nak halang kau daripada bercinta ke apa, cuma sekadar nasihat untuk kau. aku taknak kau menyesal dikemudian hari", ujar aisyah.

Larissa Damia [gxg]Where stories live. Discover now