-ᑕᕼᗩᑭTᗴᖇ 2-

26 4 0
                                    

Enjoy!

-----------------------------------------------------------
-
-
-
-
-
-
-

Di sebuah kawasan terpencil yang hanya mempunyai beberapa buah rumah, terdapat sebuah mansion besar di antara rumah-rumah itu.

Walaupun mansion itu satu-satunya rumah mewah, penghuni di dalamnya sangat ramah dan baik.

𝘒𝘭𝘪𝘬-

"Kitorang dah balik! " Kelihatan dua orang remaja memasuki mansion tersebut.

"Blaze, Solar! Korang dari mana?" Gempa yang berada di dapur bergegas ke ruang tamu.

"Aku ambil Solar dari sekolah dia." Remaja yang bernama Blaze menjawab.

Gempa memandang Solar yang menyengir padanya.

𝘗𝘢𝘬𝘬

"Adehh!"

"Aku dah cakap kan kurangkan habit tertidur dalam makmal! Degil kau ni!" Kepala Solar diketuk sekali lagi.

"Ampun Abang Gem! Tak buat lagi!" Solar menggosok kepalanya yang sakit akibat diketuk oleh Gempa menggunakan kuali miliknya.

Huhu boleh benjol woi. Tak pepasal nanti dah tak pandai.

"Sudahlah, Gem. Kau kan tau yang Solar punya habit memang susah nak hilang. Kalau bukan sebab Thorn, mungkin tiap-tiap hari Solar tertidur dalam makmal tuh." Seorang remaja yang duduk di sofa ruang tamu berkata. Iris mata merah rubynya yang dingin masih setia menatap telefon di tangan.

Gempa mendengus. "Gem tau Abang Hali tapi..." Perkataan Gempa terhenti.

Suasana tiba-tiba menjadi suram.

Solar punya habit memang tidak dinafikan susah untuk berhenti. Tapi, Thorn akan selalu tolong Solar. Setiap hari dia akan mencari Solar di makmal dan kejutkan Solar sekiranya dia tertidur lama di makmal.

Yang lain bukan tak boleh nak bantu, hanya saja masing-masing sibuk dengan aktiviti mereka. Sekali sekala mereka akan memeriksa Solar jika ada masa.

Cuma Thorn sahaja yang selalu bersama dengan Solar kecuali waktu pelajaran memandangkan kelas mereka berdua berbeza.

Tetapi beberapa hari yang lepas berlaku 𝘪𝘯𝘤𝘪𝘥𝘦𝘯𝘵 yang tak diingini.

"Ahem..." Blaze berdehem.

"Macam mana dengan Thorn?"

Gempa menatap Blaze.

"Doktor kata dia dah stabil. Tiada masalah dengan kepala dia."

"Bila dia akan sedar, Abang Gem?"

"Sekurang-kurangnya esok atau lusa."

Solar menghela nafas. Gempa yang perasan menepuk pelan bahu dia.

"Kenapa?"

"Tak adalah. Cuma tak 𝘣𝘦𝘴𝘵 tak ada Thorn."

"Tak pelik kalau kau rasa macam tuh. Korang kan macam belangkas. Macam nilah, esok kau nak jaga Thorn tak?"

Solar tersentak. Dia menatap Gempa tak percaya.

"Boleh ke?" Mata Solar berbinar. Bukan senang Gempa nak bagi kebenaran.

Gempa tersenyum lalu satu tangan diangkat. Diusap kepala solar.

"Iya".

"Ish Abang Gem nih. Hilang swag Solar nanti!" Solar mencebik.

Eleh padahal dia malu tuh.

"Kau ada swag ke, budak narsis? " Hali memandang Solar sambil tersenyum sinis.

Kamu telah mencapai bab terakhir yang dipublikasikan.

⏰ Terakhir diperbarui: Sep 11 ⏰

Tambahkan cerita ini ke Perpustakaan untuk mendapatkan notifikasi saat ada bab baru!

𝘐𝘭 𝘕𝘰𝘴𝘵𝘳𝘰 𝘈𝘮𝘪𝘤𝘰 𝘔𝘢𝘧𝘪𝘰𝘴𝘰 (🄾🄽 🄶🄾🄸🄽🄶/🅂🄻🄾🅆 🅄🄿)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang