‧₊˚ ⋅ 19⭑๋࣭ ⭑

24 2 0
                                    

PENING!

Runsing Aaira dibuatnya sampai tak boleh tidur malam. Tak tahulah sama ada keputusan yang dibuat ini adalah perkara yang baik atau tidak.

Akhirnya, Aaira mengambil keputusan untuk bangun dari perbaringan dan menuju ke dapur untuk minum air. Memang kalau dah runsing macam ni, tak boleh nak buat apa. Kena minum air sejuk dulu baru boleh tidur! Huh!

Gelas kaca diambil lalu dibilas sebelum diisikan dengan air sejuk Cooway.

"Ahh..." Sedap betul rasa bila air sejuk itu lalu kerongkongnya. Memang betul-betul rasa sedap sekali.

"Kenapa kau tak kejutkan aku?" Ternaik bahu Aaira tatkala disapa oleh seseorang. Matanya memerhati saja wajah Ayyish yang tampak penat itu. Dahinya berkerut.

"Kenapa tak tidur je?"

"Aku tanya... kenapa kau tak kejut aku?" bidas Ayyish. Agak kasar sedikit nada suaranya. Mungkin sebab tengah mamai, lepas tu soalan pula dibiarkan sepi tiada jawapan. Jadi, mungkin dia rasa agak annoying.

"Sebab saya turun nak minum air je. Lagipun awak kerja, jadi saya tak naklah susahkan," balas Aaira lembut. Buat masa sekarang, Aaira tiada mood mahu ajak gaduh dan dia tahu Ayyish juga tiada mood.

Memang hari pertama mereka sampai ke rumah, mereka sudah membuat keputusan untuk tidur satu katil saja. Sebab apa? Takut ada apa-apa perkara yang terjadi nanti. Lagipun, bukan boleh percaya Kash tu. Tiba-tiba saja datang terjah rumah orang. Mahunya kena kantoi!

"Hmm." Hanya itu saja Ayyish balas sebelum dia melabuhkan punggung di atas kerusi dapur. Terkebil-kebil Aaira dibuatnya.

"Kenapa ni?" Pelik.

"Cepatlah minum. Aku tunggu kau." Aaira terdiam. Entah apalah yang merasuki Ayyish tiba-tiba. Entah waras ataupun tak pun tak tahulah.

"Suka hati awaklah, Ayyish Rafael."

Asalkan awak bahagia.











TUDUNG shawl satin hitam dibetulkan sedikit. Pin yang berada di atas meja diambil sebelum dipinkan pada tudung. Ayyish hanya diam memerhati. Kepala digelengkan lalu dia bergerak ke dedaun pintu.

"Cepat sikit siap." Cis! Aaira mencebik. Orang nak siap lama sikit pun salah. Nanti buruk sangat pun salah.

"Cepat sikit siap." Aaira kembali mengajuk semula kata-kata itu sambil buat muka.

Okey... last touch.

Lip gloss diambil sebelum dioleskan pada bibir.

Mwah!

Ayy, pretty!

"Hoi, dah siap ke belum?!"

Tak jadi Aaira nak memuji diri disebabkan ada suara yang memotong. Memang potong mood betullah mamat ni!

"Yalah! Sabar!" ujar Aaira. Beg tangan diambil kelam-kabut. Tangan pula lekas menutup air-cond dan menutup lampu bilik.

Aaira turun dari tangga dengan wajah yang masam. Berkerut dahi Ayyish dibuatnya. Dengan bibir yang memuncung tu dah kenapa?

"Dah kenapa kau ni?" tanya Ayyish. Tangan yang tadi menyeluk poket itu dikeluarkan lalu bertindak mengambil kunci kereta.

"Hisy, orang nak bersiap dia pergi kacau pula. Sabarlah dulu!" Nak ketawa bengang Ayyish dibuatnya. Matanya tajam menikam wajah Aaira yang masih lagi masam itu.

"Dah tu, kita dahlah lambat. Boleh pula nak tunggu kau bersolek depan cermin. Kepala otak kaulah kalau ingat aku nak layan." Lagilah pula hati Aaira panas membahang mendengar jawapan yang sungguh membakar hati itu.

AAIRA CRESSIDAWhere stories live. Discover now