Selepas beberapa tahun, mereka dipertemukan semula dan kali ini dengan cerita yang berbeza.
Palette (n.)
a thin board or slab on which an artist lays and mixes colours.
-Kalau kata Dhuha, Palette itu wadah yang menampung warna-warni hidup.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Pandangannya masih belum beralih dari balang kaca yang dah berubah fungsi menjadi pasu bunga di atas meja itu. Rasa nak tergelak pun ada. Mana pernah seorang Dhuha Inayat letak bunga sejambak dalam bilik sebagai dekorasi? Nasib baik bunga mawar putih tu bukan bunga hidup, jenuh nak mencari tutorial cara merawat bunga di internet.
Tapi fungsi internet itu memang tak diguna untuk cari tutorial merawat pun. Semalam, sebaik selesai video berdurasi 35 minit yang dimuatnaik oleh Anas itu menemui penamat, kursor laptop Dhuha berlari lagi menaip sesuatu di kolum carian.
'Meaning of 88 Roses: To apologise from the bottom of your heart for a mistake you made.'
Dhuha tak rajin mengira pun sebenarnya keseluruhan bunga mawar itu ada berapa, tapi sekeping kad yang bertuliskan ucapan maha singkat daripada Nathan menjelaskan jumlah bilangan tangkai yang ada.
'Cukup 88 tangkai and i'm sorry.'
Kemudian, hujung telunjuk Dhuha bergerak lagi menaip ayat. Psikologi warna dan dinyatakan di situ, warna putih ada banyak maksud, salah satunya simpati.
Simpati yang membuat seseorang faham emosi seseorang yang lain kemudian mendorong mereka untuk meminta maaf dengan cara yang sebaiknya.
Sekurang-kurangnya itu apa yang Dhuha dapat tangkap.
Jadi sekarang macam mana?
Nathan dah mengaku salah. Bonus, Anas pun sama. Bunga mawar putih yang berjibun itu pun dah selamat diamankan dalam pasu.
"Kau renung bunga atau bayangkan si pengirim bunga?"
Dhuha menoleh sekilas ke arah pintu bilik, tempat Sophie bersandar dengan senyuman sengetnya terukir. Hari ini dia lewat sikit masuk ke studio.
"Bayangkan apa aku nak buat dengan jambangan besar ni." Kepala digeleng.
Nathan tahu yang Dhuha alergi bunga, sebab itu bunga plastik yang dihantar. Tapi, selain alergi yang boleh buat muka Dhuha gatal, agaknya Nathan lupa kut yang dia memang bukan peminat bunga. Apa jenis sekali pun.
"Draf manuskrip kau dah siap ke?" Sophie menapak ke arah meja kerja Dhuha. Mata disepetkan cuba melihat layar.
"Dah. Baru je." Aplikasi Gmail di layar itu pun masih belum dipangkah.
"Agak-agak jadual terbit cerita ni, bila?"
"Entah. Kalau ikut Kak Umai tahun depan." Kepala digeleng. Hal yang satu ini, dah keluar dari skop kerja Dhuha.
"Kau nak datang studio tak?" Sophie pandang Dhuha dengan riak mengharap.
"Nak buat apa?" Dahi dikerut. Selama ini, khidmat Dhuha sebagai content writer memang sebatas atas talian atau virtual aje. Itu pun bukan selalu sebab masih ada dua orang lagi staf RBK dengan skop kerja yang sama.