19.

1.3K 187 50
                                        

Cerita dah nak habis, silent reader sila munculkan diri anda 🙈

Time Stamp.

Brek tangan ditarik ke atas selepas Nathan memarkirkan keretanya di depan pagar rumah yang dihuni oleh Dhuha dan Layla

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Brek tangan ditarik ke atas selepas Nathan memarkirkan keretanya di depan pagar rumah yang dihuni oleh Dhuha dan Layla. Agenda tak berapa terancang mereka hari ini dah sampai ke penghujung. Esok kena masuk kerja jadi tak boleh me-lagha sangat.

"Masuk rumah terus rehat." Pesanan penaja diberi untuk Layla yang tayang riak bosan.

"Tahulah. Abang ingat Layla ni budak sekolah lagi ke?" Budak sekolah pun ada yang tidur lewat sebab berjaga buat ulangkaji. Selepas itu, Layla terus beredar. Malas nak tadah telinga mendengar suara Nathan.

"Kau pun sama, jangan buka laptop sampai lupa jam." Seolah pekak dengan rungutan Layla, Nathan beralih menatap Dhuha.

"Kau nak gaduh ke?" Dhuha yang baru membuka pintu kereta menoleh menatap Nathan dengan pandangan datar. Dah kenapa dia pun terseret jadi mangsa perang mulut dua bersaudara ini?

"Mana ada. Aku-"

"Nathan!"

Tumpuan Nathan dan Dhuha beralih ke arah Sophie yang mengangkat tangan di muka pintu, seolah memberi isyarat supaya Nathan menunggu. Hanya lima saat sebelum gadis itu masuk semula ke dalam rumah.

"Bukan ke Sophie sepatutnya balik esok?" Nathan mengerut dahi. Baru dia perasan dengan kereta Sophie yang terpakir di bawah pokok selang sebuah kereta dari kedudukan keretanya.

"Majlis kenduri keluarga dia habis awal kut." Dhuha menurunkan kakinya menjejak tar sebelum berdiri dengan beg kertas berisi hasil perbelanjaannya.

"Elok-elok drive." Sejurus itu, pintu kereta Nathan ditutup. Dhuha terus melangkah masuk ke halaman rumah. Sempat dia berselisih dengan Sophie yang keluar dengan tangannya memegang plastik berisi bekas Tupperware.

"Aku nak bagi ni dekat Nathan." Laporan pendek diberi sebelum Sophie menghampiri Nathan yang menunggu. Pintu kereta lelaki itu dibuka dan dia terus mengambil tempat.

"Apa ni?" Kening Nathan nyaris bercantum saat bekas Tupperware bertukar tangan.

"Dessert lebih masa kenduri. Lauk semua dah habis, tinggal yang itu je. Mak aku suruh bungkus bawa balik sini." Sophie memerhati pergerakan Nathan yang membuka penutup bekas.

Senyuman Nathan terukir nipis. Ada tiga jenis potongan kek yang memenuhi bekas besar itu. Tiramisu, Chocolate Indulgence dan Strawberry Shortcake. Pandangan Nathan terangkat menatap wajah Sophie.

"Banyaknya?" Ini lebihan kenduri atau Sophie baru lepas buat grand opening bakeri?

"Handmade. Strawberry je yang banyak lebihan, sebab tu aku bagi banyak. Makan sekali dengan Anas. Dalam peti ais ada lagi untuk kita orang dalam rumah tu. Tapi, aku baru tahu Layla lagi minat Tiramisu. Dhuha pula..." Sophie garu kening tak menghabiskan ayat.

Aksara Tentang RasaCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang