13.

1K 193 59
                                        

Time Stamp.

Kedatangan Dhuha petang itu disambut dengan bau masakan mak yang sedang menggoreng cucur udang di dalam kuali

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Kedatangan Dhuha petang itu disambut dengan bau masakan mak yang sedang menggoreng cucur udang di dalam kuali. Semerbak sampai ke luar rumah dan berjaya buat perut Dhuha berkeroncong lapar.

Seperti yang dirancang semalam, sebaik mendapat izin daripada Kak Umai selaku big boss Nota Fiksi, Dhuha akhirnya memandu pulang ke rumah mak dan abah. Dia sempat singgah ke ofis dan dua jam sebelum waktu kerja berakhir, dia terus meminta diri.

"Ini yang sayang lebih ni." Dhuha menapak ke dapur. Lehernya dipanjangkan, mengintai isi kuali yang menggelegak dengan minyak panas.

"Memang, kalau ada perlu aje baru nak sayang, baru nak ingat mak dekat rumah." Wajah Dhuha dijeling. "Cucur yang dah masak ni, angkat bawa pergi meja sana. Lepas tu tolong bancuh minuman." Arahan mandatori tak terbantahkan itu memenuhi ruang dapur kemudian.

"Mak ni, apa cakap macam tu. Kan adik dah cakap adik sibuk kejar dateline kerja." Dhuha tarik muncung.

Mak punya guilt trip jaranglah tak buat Dhuha rasa macam anak derhaka. Bagi ayat serupa itu, macamlah Dhuha tak pernah menghubungi mak langsung. Hampir setiap hari kut dia bagi khabar, termasuklah niat nak balik ke sini hari ini.

"Abang yang lawyer tu pun boleh aje jenguk mak hujung minggu. Anak dara mak seorang ni mengalahkan orang yang tinggal dekat luar negara dia punya payah nak balik." Bebelan mak masih belum jumpa noktah.

"Tapi adik sekarang dah balik. Adik duduk sini seminggu, cukuplah buat ghaso-ghaso untuk mak lepas rindu." Dhuha sungguh malas nak panjangkan sesi debat diraja dengan mak sebagai pihak pembangkang ini.

"Pandailah dia menjawab." Mak kemudian menutup api pada dapur gas sebelum menyertai Dhuha di meja makan. Teh yang berasap nipis dalam teko, dituang ke dalam cawan masing-masing.

Dhuha hanya tayang sengih. Cucur udang yang berada di dalam pinggan dicapai lalu disuap ke mulut. Sedap! Bila kali terakhir dia merasa air tangan mak? Dia pun tak ingat.

"Mak dengar Nathan masuk hospital."

Uh?

Mata Dhuha bulat. Dengan pipi yang kembung penuh cucur, wajah tak berperasaan mak ditatap seolah mak baru buat pengumuman penting.

Siapa yang jadi radio rosak ni?!

"Teruk ke cederanya?" Mak menyoal lagi. Dahinya dikerut membalas pandangan Dhuha. Apa yang tak senonoh sangat perangai makan macam tu?

"Siapa bagi tahu mak?" Udang yang ditelan terasa keras menggores kerongkong.

"Nathan." Pendek mak menjawab.

"Bila dia bagi tahu?" Dhuha terlepas apa sebenarnya? Sejak bila mak dan Nathan buat MoU di belakang dia? Paling penting, sejak bila mak dan Nathan mula berhubung balik? Selepas apa yang dah jadi sebelum ini?

Aksara Tentang RasaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang