12.

1.1K 200 55
                                        

Time Stamp.

Kali kedua Dhuha balik dari hospital dan hari ini mungkin akan jadi hari terakhir dia buat ziarah mahabbah ke situ

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Kali kedua Dhuha balik dari hospital dan hari ini mungkin akan jadi hari terakhir dia buat ziarah mahabbah ke situ. Selain sebab Nathan yang akan discharge tak lama lagi, kemunculan ibu dan ayah Nathan juga buat Dhuha yakin dengan keputusannya. Niat awal nak hantar Layla sekejap aje, tapi perancangan itu berubah saat akhir.

Nafas panjang ditarik kemudian dihembus. Lain macam betul penangan terserempak dengan bekas bakal mertua tak jadi lepas tiga tahun ini.

Malas-malas dia memanjangkan tangan mencapai pensil warna merah. Mata runcing benda silinder panjang itu kemudian dilarikan di atas kertas, memenuhi ruang kosong yang ada. Malam ini, ruang tamu itu meriah dengan watak kartun yang bercetak sebagai colouring pages.

"Kau nak masuk pertandingan mewarna ke?" Sophie yang baru muncul, menghampiri Dhuha. Dahi dikerut memerhati permukaan meja kopi yang bersepah dengan 48 batang Steadler Luna terkeluar dari kotaknya.

"Taklah. Aku bosan." Tanpa mengangkat kepala dari kertas, Dhuha menjawab perlahan.

Sophie jongket kening. Bosan? Mentang-mentang draf manuskrip Palette yang dah berubah tajuk itu berjaya lepas penilaian, member seorang ini terus tak ada kerja menaip yang lain ke apa?

Mata Sophie bergerak lagi menatap helaian kertas yang disusun tak teratur. Di atas meja ini, masih ada beberapa helai yang masih polos belum bersentuh. Di bahagian lantai pula, ada enam helai yang dah siap diwarna.

Melihat objek yang tercetak di atas kertas itu, Sophie menghela nafas. Patut pun. Patut pun sejak balik dari hospital tadi Dhuha kekal statik buat gerakan mari mewarna sampai sekarang.

"Kalau kau betul bosan, kau tak akan tiba-tiba print out gambar strawberry dengan Strawberry Shortcake banyak macam ni." Sehelai kertas yang meriah dengan warna merah dan merah jambu dicapai.

"Apa masalahnya?Aku nak bahagiakan inner child aku kut." Dhuha menjawab defensif. Ingat dia saja-saja ke beli pensil warna empat dozen?

Melihat renungan Sophie yang berubah redup, bibirnya diketap. Ada rasa sebak yang berusaha ditahan.

"Kau kenapa sebenarnya?" Lembut Sophie menyoal. Ingat dia tak tahu ke yang Dhuha ini tengah sorok isi hati? Bukan tanpa sebab lantai ruang tamu ini penuh dengan kertas bermotifkan strawberry.

"Aku rasa nak balik rumah." Tangan yang sejak tadi melorek warna hijau pada daun, terhenti. Dhuha panggung kepala, menatap Sophie dengan riak serupa orang nak menangis.

Shesh! Kau kenapa sensitif sangat ni Dhuha Inayat?

Mungkin, kalau dia tak terserempak dengan ibu dan ayah Nathan siang tadi, sekarang ini Dhuha dah tidur masuk ke alam mimpi. Bukan duduk mewarna sambil layan isi kepala dan hati yang berserabut.

Ah, jadi betullah tekaan Sophie. Dhuha rindukan keluarganya.

"Baliklah. Ada Layla dah sekarang." Sophie dah ada peneman pun kalau Dhuha balik.

Aksara Tentang RasaCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang