Prologue

13 1 3
                                    

*POV ELYANA*

Matahari terik di waktu tengahari,aku mengeluarkan botol air dari dalam beg galasku. Air sejuk yang baru aku isi di coway aras satu bangunan akademik tadi aku minum. Kelas harini sangat panas dengan kedudukanku yang terletak di hujung kelas, jauh dari kipas. Aku tak mampu fokus dengan ajaran Cikgu Diana kerana kepanasan.

Tok...tok...tok..

Bunyi ketukan pintu kelas hadapan. Aku memandang ke luar pintu untuk melihat siapa yang berada di hadapan pintu kelasku.

Jelas kelihatan seorang lelaki berseragam hijau bersama spek bulat memandang ke arahku. Seragam hijau ni biasanya dipanggil pengawas pusat sumber sekolah.

"Assalamualaikum,cikgu. Maaf ganggu. Saya nak minta izin jumpa dengan Elyana Iman sekejap dekat luar boleh?" Ujarnya dengan nada suara yang lembut.

Aku memandang pelik. Kenapa pula nak jumpa aku? Aku ada buat salah ke ?

"Silakan. Jangan lama-lama sangat Wan. Cikgu nak ajar Janjang ni." Jawab Cikgu Diana tegas.

Cikgu Diana ini cikgu addmath aku dari tahun lepas. Dia tak garang tapi tegas. Kalau masa dia marah, ketar lutut juga.

Selepas mendengar jawapan Cikgu Diana, aku terus bangun dari tempat dudukku dan bergegas keluar dari kelas untuk berjumpa pengawas yang memanggilku sebentar tadi.

"kenapa panggil aku?" soalku laju.

"kau nak jadi pengawas pusat sumber tak?" dia membalas soalanku dengan soalan semula.

Aku mengerutkan dahi. "Kenapa random sangat ?" soalku kembali.

"Aku tengok kau selalu pergi library. Rajin pinjam buku and buat nilam. sebab tu aku tanya kau nak tak jadi pengawas pusat sumber ?" balasnya. Kali ini dia memandangku dengan wajah serius.

"Bukan ke haritu cikgu dah pilih Hanani jadi pengawas?" soalku pelik. Sebab sebelum ni ada jumpa tawaran pengisian borang bagi sesiapa yang nak jadi pengawas pusat sumber.

"Ye ada. Tapi cikgu minta pendapat aku sebab aku ketua pengawas PSS. so cikgu nak tau aku okay tak kalau nak bekerjasama dengan Hanani. Dan aku cakap aku kalau boleh nak kau yang jadi. Taknak Hanani." Balasnya dalam satu nafas. Matanya tajam menikam ke dalam anak mataku.

Aku mengerutkan dahi sekali lagi. " Kenapa nak aku pula tiba-tiba? Kenapa taknak Hanani. Dia lebih ramah and pandai cakap dengan cikgu. Aku ni pendiam je. Aku kenal kau pun tak. Hanani tu sekurangnya dia tahu lah tentang pusat sumber and dia kenal kau." Balasku seakan-akan menolak pelawaannya.

Dia menggelengkan kepala sambil mengembus nafas panjang. "Nama aku Ahmad Irwan. Panggil Irwan or Wan. Aku ni ketua pengawas pusat sumber. Aku kelas 5 Sains 2."

Tiba-tiba dia memperkenalkan diri. Bertambah berkerut dahi aku. "Hmm okay. Aku taknak jadi pengawas tu. Kau terima jelah Hanani. Aku masuk dulu" Jawabku dan terus kembali masuk ke kelas.

Irwan memandangku lama dari luar kelas sebelum dia mengedarkan diri apabila dipanggil rakannya.

Fikiranku mula melayang. Banyak persoalan yang timbul. Kenapa dia taknak Hanani walhal selamani Hanani yang banyak berurusan dengan dia.

........

Aku tersedar dari tidurku selepas bunyi loceng memecahkan gegendang telingaku. Dah habis waktu prep petang rupanya. Meleleh airliur basi dengan tudung terkelepet sebelah. Baju kurung dah kedut seribu. Badan berpeluh kepanasan.

Terlihat dari meja sebelah, Raiha rakan baikku sedang mengemas barang dan memasukkan buku-buku untuk ke surau untuk solat asar. Tapi aku cuti, jadi aku nak naik ke bilik terus.

"Cepat weh kemas barang kau. Aku nak pergi surau ni. Semua dah balik awal tadi. Aku teman kau sebab kau kata kau ngantuk sangat." Ucap Raiha.

"Aku period weh. Kalau kau nak balik dulu baliklah. Aku nak naik bilik je ni terus kejap lagi." Balasku mamai.

"Kau okay eh balik sorang ? Aku nak kejar toilet ni. Kalau lambat, ramai nanti." Ujarnya kelam kabut sambil mengangkat beg galasnya untuk digalas.

Aku mengangguk tanda ya.

Raiha mengangguk tanda faham dan berlalu pergi. Sebelum meninggalkan aku, dia sempat melambai tangan dan senyum

Dengan wajah mamai dan busuk. Aku mengemas buku ii yang bersepah di atas meja. Aku menyarung kasut hitamku dan membongkokkan diri untuk mengikat tali kasut.

"Elyana..." kedengaran suara garau memanggilku dari luar. Laju kepalaku menoleh dan memandang ke arah pintu.

Dush !!

Terhentak kepalaku di meja.

Terdengar bunyi kasut berlari ke arah ku. "Eh kau okay tak?" Soalnya. Tangannya mengusap kepalaku yang terhantuk.

Aku memandang lama jejaka tersebut....



Bersambung......











CINTA Where stories live. Discover now