three

4 1 0
                                    

*POV ELYANA*

Aku memandang lama Hanani.

"Aku tak tahu nak bagitau kau macam mana." Ujarku teragak-agak.

Hanani mula mengerutkan dahi. "Apa yang kau tak tahu? Kau tahu sendiri aku dah lama nak kan jawatan tu." Balas Hanani semakin kasar.

Aku terkedu sebentar. Suaranya agak kasar dari yang awal tadi. Wajahnya berubah menjadi agak marah.

"Aku dah tolak pelawaan Irwan. Tapi dia cakap macam-macam yang membuatkan aku terima jawatan tu." Balasku masih berlembut.

"Tapi kau tahu aku nak kan jawatan tu. Kenapa kau masih terima ? Aku tunggu dari form 3 kot. Aku yang beria-beria tolong dekat pss tu. Ambil hati cikgu-cikgu kat dalam tu semua. Kenapa kau yang dapat pula? Tak adil kau tahu tak?" Balas Hanani kasar. suaranya semakin kasar dan kuat.

Aku memandang sekeliling kerana rata-rata pelajar sudah menoleh memandang ke arag kami dan mula berbisik-bisik dan berkata-kata.

Aku memandang Hanani kembali. "Aku dah tolak. Aku dah tolak jawatan tu. Aku dah cakap dekat Irwan aku taknak jawatan tu sebab aku tahu kau nak jawatan tu. Tapi Irwan pujuk aku, dia kata dia taknak bekerjasama dengan kau. Dia nak aku yang jadi. Aku dah tolak. Aku cakap dengan kau eh. Aku dah tolak. Kenapa kau nak salahkan aku seolah-olah aku yang mengemis jawatan tu? Kalau kau nak marah, kau patut marag Irwan. Kenapa dia taknak bekerjasama dengan kau? Kenapa dia taknak partner dengan kau. Kenapa aku pula yang jadi mangsa?" Balasku kasar.

Aku memandang wajah Hanani yang semakin menunjukkan riak bengis.

Aku menarik nafas sebelum menghembus nafas perlahan. "Aku minta maaf kalau aku terima jawatan tu. Aku jujur dengan kau aku memang dah tolak beberapa kali tawaran tu sebelum aku terima. Aku pun fikirkan kau jugak sebelym terima tawaran tu. Aku minta maaf kalau aku buat kau terasa hati." Ucapku lembut.

Hanani menundukkan pandangannya sebelum berlalu pergi dari satu. Rakan-rakan baik Hanani mula berkerumun di sekeliling Hanani dan memujuknya. Sekumpulan pelajar kelas akaun menjelingku beramai-ramai. Hanani berada di kelas akaun. Jadi rakan-rakan kelas akaunnya turut sama memarahi ku hanya kerana aku menerima jawatan tersebut.

Aku keluar dari barisan sebelum melangkah ke surau untuk mengambil beg dan terus bergegas ke sekolah. Hilang selera aku pagi-pagi bergaduh dengan orang macamni.
Bukan aku yang betul-betul nak tapi aku dapat tawaran tu. Itu pun aku tolak tawaran tersebut beberapa kali sebelum aku terima. Aku fikirkan juga perasaan dia, lepastu dia terus nak marah-marah aku di depan khalayak ramai dah kenapa ? Kalau ye pun marah, ajak bincang berdua baik-baik kan boleh. Aku boleh je toleransi. Sebab kau marah aku depan orang ramai lah aku marah kau balik.

..........

Aku menundukkan pandanganku sepanjang perjalanan ke kelas sebelum seseorang menghalang jalanku. Aku mengangkat wajahku memandang insan yang berada di hadapanku.

Riak wajahku berubah melihat jejaka di hadapanku. Wajahnya tersenyum manis memandangku.

"Hai elyana." Ucapnya.

Aku menjegilkan mata sebelum meneruskan langkahku ke kelas.

Irwan mengejar langkahku dan mula berjalan di sebelah. "Kenapa kau takda mood pagi-pagi ni ? Pagi-pagi lah kena ceria. macam aku." Ujarnya dengan nada suara ceria.

Aku menjegilkan mata sekali lagi. Hanya dalam masa sehari aku hilang keamanan hidup aku sebab lelaki di sebelahku ini tiba-tiba decide untuk jadikan aku penolong pengawas pss dan tiba-tiba ganggu hidup aku ke mana-mana pun aku pergi. selama ni tak pernah pula kacau ke apa. Kenapa tiba-tiba nak ganggu hidup aku sekarang ?

Aku bermonolog sendirian lagi. Aku masih berdiam diri. Irwan pula masih bergurau senda dengan diriku namun tidak sikit pun aku dengar dan layankan.

Irwan menahan langkahku sekali lagi. Kali ini dia membongkokkan diri sedikit. "Kau dengar tak apa yang aku cakap dengan kau dari tadi ?" Soalnya. Matanya masih seperti biasa. Merenung tepat ke dalam mataku.

Aku merenungnya kembali. Wajahku sengaja aku dekatkan dengan wajahnya. Kali ini Irwan yang membelakangkan dan menjarakkan dirinya dariku. Wajahnya berubah menunjukkan riak terkejut.

"Kau dari semalam tiba-tiba kacau hidup aku. Hari ini aku dah kena serang dengan Hanani and kawan-kawan dia. Kau boleh datang depan muka aku lagi buat lawak bodoh kau tu. Sikit pun tak kelakar lah,bodoh. Kau kalau takda benda baik nak buat, kau boleh berambus. Aku serabutlah tengok kau. Semak !" Bentakku keras. Suaraku dari perlahan berubah menjadi semakin kasar.

Irwan seperti terkejut dengan kata-kataku. Dia terdiam dan masih memandangku. Mulutnya terkunci tanpa kata. Aku menjelingnya sekali lagi sebelum aku melangkah laju ke kelas.

.........

*POV IRWAN*

Kata-kata Elyana sedikit sebanyak menusuk ke dalam hatiku. Terkaku aku di situ selepas mendengar kata-katanya. Kasar dan sakit.

Jujur aku katakan mungkin caraku salah kerana tiba-tiba datang dan mengusik dia ke mana saja dia pergi. Tapi tak pula aku terfikir dia akan membentakku sekeras itu. Gadis itu sudah lama aku perhatikan. Yang aku nampak dia seorang gadis pendiam yang berwajah bengis sepanjang masa.

Tapi tak tahu kenapa dengan diriku. Wajah bengisnya dan perwatakannya yang garang tu membuatkan aku tertarik dengan dirinya sejak dari tingkatan tiga lagi semasa kami berada di dalam satu kelas.

Ramai juga lelaki yang pernah cuba berborak dan bergurau senda dengannya tapi layanannya begitu kasar dan garang membuatkan tiada lelaki yang berani mendekatinya.

Aku sengaja cuba untuk dekati dia pula selepas 3 tahun hanya memerhatinya dari jauh. Aku ingatkan dengan wajahku yang agak kacak, mungkin dia tidak akan terlalu garang dan bengis. Ternyata aku silap selepas mendengar kata-katanya sebentar tadi.

Dia masih seorang gadis kasar dan garang yang sama yang aku perhatikan dari 3 tahun lepas. Masih pendiam dan masih garang. Masih dengan perwatakannya yang sukar didekati dan masih dengan personaliti nya yang membuatkan aku tertanya bagaimana rasanya jika aku dapat menarik perhatiannya.

"Kau kenapa berdiri sini sorang-sorang ?" Soal Farhan yang baru keluar dari asrama dan mempunyai hala tuju yang sama untuk ke kelas.

Farhan adalah salah seorang rakan sekelasku yang dulu pernah juga mencuba untuk meluahkan perasaan pada Elyana namun ditolak kasar. Sejak dari itu, niat aku untuk mendekati Elyana terbatas. Namun, bila aku beranikan diri untuk mendekatinya, aku pula yang kena hadap personaliti garang dan kasar dia tu.

"Aku termenung kejap tadi." Balasku ragu-ragu.

Farhan mengerutkan dahinya. "Kau dah kenapa nak termenung tengah jalan." Soalnya pelik.

Aku memandang Farhan. "Tadi aku kena marah dengan Elyana." Ujarku dengan nada suara agak sedih.

Farhan mengerutkan dahinya sekali lagi. "Aik ? Kenapa pula dia nak marah kau ? Kau buat apa ?" Soal Farhan lagi.



Bersambung......



CINTA Where stories live. Discover now