four

2 1 0
                                    

*POV IRWAN*

Aku menundukkan kepalaku dengan riak wajah sedih. "Hm takda apalah. Aku ada buat salah dengan dia je. sebab tu dia marah aku." Bohongku.

Farhan menggelengkan kepala. "Kau dah tahu Elyana tu memang macamtu. Kenapa lah yang kau buat salah dekat dia ?"

Aku mengangkat wajahku memandang Farhan. "Weh aku nak tanya kau sesuatu." Ujarku.

"Tanya apa. Tanyalah." Balas Farhan.

Aku teragak-agak untuk bertanya. "Arrr... kau kan..." Kata-kataku tertahan seolah-olah tidak boleh dikeluarkan.

Farhan menepuk bahuku perlahan. "Kau kenapa ni Wan. Cakap je lah."

Aku menarik nafas perlahan sebelum mula bertanya semula. "Kau masih suka Elyana kan weh ?" Soalku laju. Mataku memandang tepat ke dalam mata Farhan. Jantungku berdegup laju.

Farhan seolah-olah hilang kata. Dia terdiam sebentar. "Jujur ke tipu ?" Soalnya.

"Jujur." Jawabku pendek

"Suka lagi. Tapi aku dah tak kacau dia dah. sebab aku pun sedar diri aku weh lepas dia marah aku masa aku confess tu. tapi jujurnya aku suka je dia lagi. tapi lebih memilih untuk menyimpan perasaan ni. diam-diam." Jawabnya. Suaranya agak sedih dan perlahan.

Aku sebersalah. "Takpa lah weh. Dia bukan jodoh kau lah tu. Takpa weh bunga bukan sekuntum." Balasku sambil memeluk bahunya dari sisi.

"Itulah. Kalau ada jodoh, adalah kan. Nanti dah besar aku try dia lagi." Jawab Farhan sambil ketawa.

Aku turut tersenyum. Walaupun aku mempunyai perasaan yang sama. Tapi aku cuba untuk menjaga perasaan rakanku. Sekurang-kurangnya aku tahu yang Elyana dah tolak cinta dia.

Aku tertawa sendirian di dalam hati.

Aku dan Farhan berjalan memasuki kelas. Sebelum itu kami lalu di hadapan kelas Elyana. Aku berhenti sebentar dan memandang Elyana dari luar kelas.

Farhan turut menghentikan langkahnya sebelum memandangku sebelum memandang ke dalam kelas. Dia turut memandang gadis yang sama. "Kenapa kau berhenti weh ?" Soal Farhan.

"Kau masuk kelas dulu. Kejap lagi aku masuk." Jawabku dengan mataku yang masih tertancap pada Elyana yang sedang bersendirian di dalam kelas.

Farhan mengangguk faham. Matanya memandang sekilas Elyana sebelum meneruskan langkahnya masuk ke dalam kelas.

Aku perhatikan Elyana dari luar kelas lama. Mungkin tindakan ku agak melulu dan tiba-tiba. Tapi aku fikirkan hanya waktu ini saja yang ada untuk aku betul-betul rapat dan cuba dapatkan hati dia. Kerana tahun ini tahun terakhir kami di sekolah. Aku tahu aku akan hilang peluang jika tak cuba untuk mendekati gadis garang itu.

Setelah beberapa minit aku memerhatinya dari luar kelas. Elyana menoleh memandang luar kelas. Mata kami bertemu. Jantungku tiba-tiba berdegup kencang. Mata cantiknya buatkan aku berdebar. Walaupun pandangan matanya jelas menunjukkan pandangan benci terhadapku. Namun, hatiku tetap berdegup laju sama seperti semasa tingkatan 3.

Pandangan bengisnya masih sama seperti 3 tahun lepas. Pandangan yang membuatkan aku jatuh hati. Namun aku pendamkan perasaan tersebut lama kerana aku tahu gadis yang aku bertentang mata sekarang sukar didekati. Aku mengambil masa 3 tahun untuk mengumpul keberanian untuk mendekatinya iaitu tahun ini. Walaupun menerima layanan yang buruk seperti yang aku jangkakan. Namun, hatiku tetap mahukan dia

Tak lama selepas beberapa detik bertentang mata, Elyana bangun dari duduknya dan melangkah mendekatiku. Wajahnya masih bengis seperti tadi.

"Kau buat apa kat depan kelas aku ? Tak puas kena maki tadi ke ?" Ujarnya sinis.

Aku berdehem perlahan. "Arr.. Aku nak ingatkan kau petang ni aku nak panggil kau lagi untuk jumpa cikgu. Untuk ambil nametag and seragam pss kau. Nanti aku datang lepas kelas. Kita ambil sama-sama masa prep petang." Jawabku dengan jantung yang masih berdebar.

Elyana memandangku. Matanya memerhatikanku atas bawah. Dari atas ke bawah dan dari bawah ke atas matanya merenungku. "Kenapa aku kena pergi sama-sama dengan kau. Aku boleh pergi sendiri. Masa rehat nanti pun aku boleh pergi ambil." Balasnya.

Aku menggeleng kepala laju. "Tak boleh. Kau kena ambil dengan aku." Balasku laju.

"Kenapa..." Belum sempat Elyana membalas kata-kataku, aku terlebih dahulu memotong ayatnya.

"Jangan banyak tanya. Ambil dengan aku. Petang ni. Masa prep. Tunggu aku." Jawabku satu-satu.

"Dah kenapa..." Sekali lagi belum sempat Elyana membalas kata-kataku, aku sudah memotong laju ayatnya.

"Tunggu aku. Aku masuk kelas dulu. Bye cantik." Ujarku bersama senyuman manis sebelum kakiku terus melangkah laju masuk ke kelas.

.........

Deringan loceng tanda untuk masuk kelas bagi sesi prep petang berbunyi. Aku menapak ke kelas Sains 1. Mataku meliar mencari kelibat gadis kecil yang selalu marah-marah.

Aku memandang ke depan kelas hingga belakang. Gadis tersebut tidak kelihatan. Raiha yang perasan aku menjenguk-jenguk memandang ke dalam kelas bangun dari duduknya dan mendekatiku.

"Kau cari Elyana ke ?" Soalnya.

Aku mengangguk laju. "Dia tak datang prep ke ?" Soalku lagi.

Raiha menggelengkan kepala. "Dia kata tadi dia malas nak turun prep petang. Tapi tak tahu lah. Sebab dia bukan orang macamtu." Jawabnya.

Aku mengeluh perlahan. Mesti dia taknak turun prep petang sebab kata-kata aku pagi tadi. Aku memandang Raiha. "Nanti kalau dia tiba-tiba datang ke kan. Bagitau dia aku tunggu dia dekat pondok depan library." Pesanku.

Raiha mengangguk faham sebelum kembali ke tempat duduknya di dalam kelas.

Tiba-tiba dari jauh kelihatan gadis pendek berjalan bersama begnya digalas di sebelah bahu kanan melangkah ke arah diriku. Serta-merta aku tersenyum gembira. Kakiku automatik berjalan mendekatinya.

Jelas riak wajah menyampah Elyana memandangku.

"Jom pergi library. Ambil baju sama-sama." Ujarku masih tersengih-sengih.

Elyana memberi reaksi menyampah. "Kejaplah aku nak letak beg." Balasnya malas-malas.

........

*POV ELYANA*

Aku melangkah masuk ke dalam kelas. Beg yang aku galas aku letakkan di kerusi tempat dudukku. Raiha yang nampak aku masuk ke dalam kelas laju menoleh ke arahku.

"Lyana. Irwan nak jumpa kau. Dia kata dia tunggu kau depan library." Ujar Raiha.

Aku mengerutkan dahi. "Dia pesan dekat kau ke walaupun tadi aku cakap aku malas nak turun prep." Soalku pelik.

"Aku cakap dekat dia tak pastilah kau nak turun ke tak. Tapi kalau turun dia pesan dekat aku tolong suruh kau ke library. Dia tunggu kau dekat sana." Balas Raiha.

Aku mengangguk perlahan.

Raiha mendekatiku. Wajahnya penuh dengan tanda tanya. "Kau..." Matanya dikecilkan seolah-olah sedang syak wasangka dengan diriku. "...ada apa-apa ke dengan Irwan ? Kenapa sejak-sejak ni selalu pula dia panggil nak jumpa kau ?" Soal Raiha pelik.

Aku menggelengkan kepala. "Takda apa-apa pun. Cuma hal pss." Balasku ringkas.

Raiha mencebik. "Kau ini dah taknak share dah cerita dengan aku sejak berkawan dengan Irwan tu." Raiha memeluk tubuhnya menunjukkan dia merajuk dengan diriku.

Aku memeluknya dari sisi. "Takda apalah elelelelele. Nanti aku cerita dengan kau ya."
Pujukku.

Raiha memandangku dengan bibirnya yang memuncung. "Aku tahu kau cerita eh." Jari telunjuknya ditujukan ke arah mukaku seolah memberi amaran jika aku tak ceritakan apa yang berlaku.

Aku tersenyum dan mengangguk.




Bersambung.....


You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 05, 2024 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

CINTA Where stories live. Discover now