*POV ELYANA*
Aku menunduk sebelum menggelengkan kepala. Rakan sekelasku mula berasa pelik dan bertanya soalan-soalan. Aku faham mereka pasti tertanya.
"Kenapa dia nak jumpa kau weh?"
"Bukan pagi tadi dia dah jumpa kau ke?"
"Dia nak jumpa sebab apa tu lyana?"
Aku memandang rakan perempuanku yang masing-masingnya muka tertanya. Aku tersenyum sebelum menjawab. "Takda apa pun. Ada hal sikit aku dengan dia."
Aku bangkit dari tempat dudukku dan keluar dari kelas. Aku mengajak Irwan pergi ke tempat jauh sikit supaya tiada pandangam aneh pada kami.
Aku menghembus nafas perlahan sebelum memandang Irwan yang sejak dari tadi lahgi sudah memandangku dengan senyuman. "Kan aku dah cakap, aku taknak jadi pengawas pss. Aku bukan taknak sebab apa. Tapi Hanani tu kawan aku juga. Dia dah lama nakkan jawatan tu. Aku sebagai kawan dia takkan lah nak tiba-tiba terima tawaran kau tu hanya sebab alasan kau, kau taknak bekerjasama dengan dia. Aku nak jawab apa dengan Hanani nanti?" Ujarku satu nafas. Suaraku perlahan dan sedikit berbisik. Aku taknak ada yang dengar perbualan kami.
Irwan memandangku lama. "Aku nak kau yang jadi, Elyana. Aku memang nak kau yang jadi. Aku nak kau yang pegang jawatan tu. Aku taknak Hanani. Aku taknak orang lain. Dari hari first aku terima jawatan Ketua pengawas Pss lagi aku dah cakap dekat cikgu, saya nak Elyana Iman jadi penolong ketua pss." Irwan melepaskan keluhan. "Aku memang nak kau yang jadi pasangan aku untuk jawatan ni. Aku taknak orang lain. Ye, Cikgu ada tanya andai aku boleh terima Hanani sebab selama ni dia yang banyak beria dekat pss tu. tapi aku jawab jujur. Aku taknak." Irwan sekali lagi merenung mataku. "Aku nak kau."
Aku terdiam seketika. Jeda sebentar. Aku terkaku dengan pandangan matanya yang betul ii menusuk.
Aku berdehem perlahan. Aku larikan anak mataku ke tempat lain. "Okay, aku jadi. Tapi aku tak janji aku akan buat kerja sebaik Hanani. Tapi aku akan try yang terbaik." Jawabku.
Irwan tersenyum riang. Matanya turut tersenyum sekali. "Esok aku bagitau cikgu tau. Kau tak payah buat kerja apa sangat pun. kau teman aku je." Ujarnya ceria.
Aku mengerutkan dahi. "Aku bukan nak teman kau."
Irwan tersengih. "Okay. Jumpa kau esok." Irwan tersenyum sebelum mengambil langkah untuk beredar.
"Aku nak tanya."
Irwan memberhentikan langkahnya dan memusingkan kembali badannya memandangku. "Tanya apa tu?"
Aku memandang Irwan lama. "Kenapa aku?"
Irwan melangkah mendekatiku semula. badannya direndahkan sama paras dengan wajahku. Lama dia merenung mataku. "sebab aku nak kau."
Terbeliak mataku melihat jarak kami yang sangat dekat. Tanpa sengaja kaki ku melangkah ke belakang sedikit. "Ta...tapi aku dengan kau tak rapat pun. Aku kenal kau pun tau muka je. Taktau nama." tergagap-gagap aku membalas.
"Kau tu yang tak ambil tahu hal orang. Selalu sangat sorang-sorang pastu kawan kau pun Raiha tu je. Jalan pun menonong tak pandang orang. Macam mana kau nak kenal orang? sebabtu nama aku pun kau tak tahu. Aku dah lama kenal kau. Dari form 3 lagi. And aku memang nak kau yang jadi partner aku andai kata aku dapat naik jadi ketua pss." balas Irwan. "Jelas tak sekarang ?" Dia merenung kedua-dua anak mataku lama.
Aku menggangguk faham.
Irwan tersenyum melihat diriku. Tangannya mengusap kepalaku lembut sebelum beredar.
Bunyi derapan tapak kasut berlari ke arahku kedengaran. Aku menoleh laju memandang ke arah itu. Jelas kelihatan Raiha yang skodeng perbualan kami. Aku memandang rakan baikku itu.
Jelas raut wajah mengusik terukir dia wajahnya. "Kau ada apa-apa ke dengan dia?" Soal Raiha mengusik.
Aku menggeleng laju. "Takda apa-apa pun. Dia tanya aku lagi sekali nak tak jadi penolong pss. And aku terima." Balasku senada.
"Aku dengar lain tadi. Dia cakap dia nak kau. Dia suka kau ke? Macam tiba-tiba je." Ujar Raiha.
Aku memandang Raiha. Raiha memandangku. Kami saling bertentang mata. Aku mengangkat bahu tanda tidak tahu.
"Dia cakap aku ni hidup tak ambil tahu hal orang. sebabtu aku tak kenal dia. Jadi sebabtu dia nak aku jadi partner jawatan dia." Ujarku lagi.
"Tapi betul je sebenarnya kau tak ambil tahu hal orang lain. Irwan tu famous kot. Dia nakal-nakal handsome kot. Siapa tak kenal ? Lagi pula selalu skor exam." Balas Raiha. Sempat pula dia ni promot mamat tu.
"Handsome tak bawa ke mana pun. Aku bukan taknak ambil tahu. tapi aku dapat apa kalau ambil tahu hal orang? Dahlah, jom masuk kelas." Balasku sebelum melangkah masuk ke kelas semula.
........
Deringan loceng jam berbunyi memecahkan kesunyian bilikku. Tanganku perlahan menutup jam loceng tersebut. Mata aku terkebil-kebil melihat jam. Sudah jam 5.30 pagi.
Perlahan-lahan aku turun dari katil lalu mencapai tuala mandi sebelum menyarungkan selipar dan berjalan ke tandas.
Bersama wajah mamai aku mengambil ubat gigi dan memicitnya sedikit ke atas berus gigi. Aku menggosok gigi sambil menutup mata kerana terlampau mengantuk. Semalam aku tidur lewat sikit sebab siapkan beberapa kerja addmath yang cikgu Diana beri.
Seusai mandi aku mencapai seragam baju kurung sebelum memakainya. Tudung putih bersih aku sarung di kepala sebelum melihat cermin dan membetulkan sedikit awning yang tak jadi.
Kasut sekolah hitamku yang semakin hari semakin berubah berwarna kelabu coklat aku sarungkan. Beg yang berada di tepi pintu aku galas sebelum kakiku melangkah laju ke surau untuk solat subuh.
Seusai solat subuh dan bacaan mathurat, aku bergegas ke dewan makan untuk sarapan. Aku bermain-main dengan hujung tudungku sambil beratur menunggu giliran untuk mengambil makanan.
"Elyana.."
Terdengar satu suara menyapa di belakangku. Kepalaku laju menoleh ke belakang. Jelas kelihatan seorang gadis tersenyum kepadaku. Dialah Hanani.
Hanani tersenyum ke arahku.
Aku tersenyum kelat kerana tiba-tiba memikirkan tentang jawatan pengawas yang Irwan tawarkan padaku.
"Ye Hanani. Kenapa ?" Soalku.
"Kau dapat jadi pengawas pss tu eh? Kau naik jadi penolong pss kan?" Soal Hanani.
Aku terdiam sebentar. Wajah Hanani aku pandang lama.
Bersambung.....
YOU ARE READING
CINTA
RomanceCinta yang bermula dia bangku sekolah. 2 hati menjadi saksi percintaan. 5 tahun perkenalan yang berakhir dengan perpisahan menyakitkan. Elyana Iman, seorang gadis naif yang pertama kali ingin memberi hatinya pada seorang jejaka. Trauma akan perkahwi...