*POV IRWAN*
Aku memandang gadis di hadapanku dengan pandangan risau. Tanganku masih mengusap kepalanya yang terhantuk.
"Kau okay tak ?" Soalku lembut.
Elyana mengerutkan dahi sebelum menolak tanganku. "Kau buat apa kat sini ? Kenapa tak balik lagi ?" Soal gadis comel tu.
Dengan muka mamai. Ada kesan airliur basi kat hujung bibirnya. Aku tersengih sedikit.
Elyana mengerutkan lagi dahinya. Semakin berkerut.
"Jangan kerutkan dahi tu selalu sangat. lama-lama berkedut nanti." Ujarku dengan senyuman mengusik.
"Aku nak balik ni. Kalau kau nak cakap pasal pusat sumber tu aku taknak." Balasnya tegas. Matanya menjegilku sebelum mengemas alat tulisnya.
"Kalau kau jadi pengawas pusat sumber tu aku janji aku layan kau baik-baik. Aku janji aku tak bagi kau kerja apa-apa. Kau just jadi je pengawas tu. Tak payah buat apa-apa." Pujukku lagi.
Elyana diam sebelum memandangku dengan jegilan matanya. " So what's the purpose of aku jadi pengawas tu ?"
Aku menggigit bibirku mencari idea. "Aku selesa dengan kau. So, aku rasa lagi okay kalau aku jadikan kau penolong pss" Balasku.
Elyana tidak melayanku. Dia bingkas mengemas barangnya. Menutup beg galasnya dan zipkan. Dia bangun dari duduknya dan terus keluar dari kelas.
Aku mengejar langkah kecilnya. Aku menarik beg galasnya yang berada di paras bawah dadaku. Maklumlah, gadis di depan aku ni tinggi manja-manja je.
Elyana mendengus kasar. "Ish apa lagi kau nak ni ??!!!" Jeritnya kasar.
Aku memandangnya tajam. Sengaja aku dekatkan wajahku bersama wajahnya. "Jadi lah pengawas PSS. Aku nak kau yang jadi."
"TAKNAK LAHH!!!" Elyana menjerit kuat sebelum menolakku kasar. Laju kakinya melarikan diri dari diriku.
Aku tersenyum melihat kaki pendeknya melarikan diri. Comel.
.........
"Allahuakbar."
"Assalamualaikum warahmatullah..." aku menolehkan wajah ke kanan.
"Assalamualaikum warahmatullah...." aku menolehkan wajah ke kiri.
Selesai solat asar berjemaah. Aku mulakan wirid sebelum menadah tangan membacakan doa.
"Aamin ya rabbal alamin."
Aku bangun dari tempat duduk imam dan memandang ke saf wanita belakang. Mencari kelibat yang melarikan diri sebentar tadi. Mataku melilau mencari namun tiada.
Aku melangkah keluar dari surau dan menukar pakaian sebelum melakukan aktivitu riadah seperti biasa.
...........
*POV ELYANA*
Aku mencampakkan diri ke atas katil. Fuh penat betul harini. Dahlah panas. Ada pula lelaki gila tiba-tiba kena sampuk hari ini ganggu hidup aku.
"assalamualaikum"
Aku mengangkat wajahku memandang pintu bilik. Raiha dengan masih bertelekung berlari ke arahku dan menghenyakkan badannya dengan selamba ke atas katilku.
HIYAKKK !!
"Tadi aku nampak kau lari dari Irwan. Kenapa ? Dia buat apa weh ?" Ujar Raiha.
Aku mengerutkan dahi. "Aik ? bukan ke kau dah naik pergi surau tadi ? " Soalku.
Raiha tersengih. "Aku pergi toilet sekolah je tadi sebab aku takut tak tahan kalau pergi toilet surau. keluar-keluar nampak Irwan tarik beg kau. Dia buli kau ke weh? Sejak bila kau rapat dengan dia? Macam aneh pula tiba-tiba je." Bertubi-tubi Raiha menembakku dengan soalan.
Aku mengeluh berat. "Aku tak tahu lah weh. Dia nak aku yang jadi penolong PSS. tapi aku mestilah taknak." balasku malas-malas.
Raiha mengerutkan dahi sebelum memegang dagunya tertanya-tanya. "Aik, bukan ke Hanani yang patutnya jadi?" Soal Raiha lagi.
Aku mengeluh sekali lagi. "Itulah aku dah cakap dekat dia. Dia kata cikgu minta pendapat dia sama ada nak Hanani jadi penolong Pss atau nak dia sendiri pilih. sebab nanti dia yang kena bekerjasama dengan pasangan dia. lepastu dia cakaplah dia nak aku yang jadi sebab aku selalu pergi pss selalu buat nilam, selalu pinjam buku. dia kata macam sesuai lah aku jadi. lepas tu dia cakap juga yang dia lebih selesa kalau aku yang jadi penolong pss berbanding Hanani." jawabku panjang.
Raiha mengangguk sebentar sebelum kembali mengerutkan dahi. Berkerut-kerut wajahnya tertanya-tanya. Kalau dia pun tertanya, aku ni apetah lagi.
"Kejap. Kenapa dia selesa dengan kau pula ?" Raiha memandangku pelik. "Sejak bila kau rapat dengan Irwan ni? Hanani tu dari dulu lagi selalu kerja kat pss. kenapa tiba-tiba kata lagi selesa dengan kau?" Soal Raiha.
Aku memandang Raiha. "okay macamni. aku tak rapat tak kenal pun dengan dia. Dia tiba-tiba je cakap macamtu. aku pun tak pasti kenapa. Tapi yang pastinya aku tolak pelawaan dia." Aku menepuk bantalku. "Okay dah aku malas nak cakap pasal mamat tu. Aku nak sambung tidur." Aku menamatkan perbualan dan merehatkan kepalaku elok dia atas bantal gebu kepunyaanku.
Raiha menurut dan berlalu pergi.
Aku meletakkan telapak tangan di belakang kepala. Mataku memandang siling bilik tidur. Pandanganku kosong. Aku melalui beberapa hal yang melelahkan hari ini. Fikiranku melayang hingga teringat tentang ibuku yang berada di rumah. Laju aku bangkit dari baringku dan mengambil duit syiling di dalam loker baju dan turun ke telefon awam di aras bawah.
Duit syiling 50 sen aku masukkan ke dalam. Nombor telefon umi aku dail perlahan.
Beberapa saat kemudian, terdengar suara wanita menjawab di hujung talian. "Hello."
Aku tersenyum. "Hello umi. Umi tengah buat apa ?" Soalku.
"Tak buat apa pun. Baru balik kerja ni. Nak lelap mata kejap." Balas umi.
Aku berborak dengan umi selama beberapa minit. Aku ceritakan hal yang terjadi di sekolah. Dengan umi lah aku bercerita, aku menangis, aku gelak ketawa. Jadi penat atau tak, kalau aku perlukan umi, aku akan terus ke sini untuk telefon umi.
"Okaylah umi rehatlah dulu. Lyaa nak naik tidur juga ni. okay bye assalamualaikum." Ujarku lembut.
"Waalaikumsalam."
Aku menggantung semula ganggang telefon dan naik ke bilik semula.
........
Dingg....Dong....Dingg....Donggg
"Perhatian kepada pelajar yang masih berada di atas, diminta untuk turun ke bawah sekarang juga. Ulang suara. pelajar yang masih berada di bilik, di bilik iron, di tandas dan di aras. Diminta untuk turun ke bawah sekarang juga."
Ding..Dongg..Dingg....Dongg
Pengumuman harian asrama. Aku mempercepatkan langkahku untuk turun ke prep malam pula. Raiha yang sudah berada di bawah memandangku bersama senyuman.
"Sorry lambat. aku berak kejap tadi." Ucapku dengan nafas sekerat-sekerat. Penat berlari turun tangga.
"Takda lah lambat mana. Dah jom."
.........
tok....tok...tok....
Bunyi ketukan pintu bilik darjah memecahkan kesunyian kelas sains 1. Aku memandang ke arah pintu belakang kelas. Jelas kelihatan Irwan berdiri bersama senyuman di depan pintu.
"Nak jumpa Elyana kejap." Ujarnya perlahan bersama senyuman.
BERSAMBUNG......
![](https://img.wattpad.com/cover/376032446-288-k311766.jpg)
YOU ARE READING
CINTA
RomanceCinta yang bermula dia bangku sekolah. 2 hati menjadi saksi percintaan. 5 tahun perkenalan yang berakhir dengan perpisahan menyakitkan. Elyana Iman, seorang gadis naif yang pertama kali ingin memberi hatinya pada seorang jejaka. Trauma akan perkahwi...