"Bagus"
Jack tersenyum.
"Kau memang boleh aku harapkan Jack terima kasih" kata Becky.
Jack tersenyum dengan atas pujian bossnya.
"Sama² boss, kalau tak ada apa² lagi saya minta diri dulu" ucap Jack, Becky hanya mengangguk tanpa melihat kearah Jack.
Becky menggenggam erat kertas itu dengan mata yang kemerahan kerana menahan emosi.
"Aku pasti akan melindungi mu freen, aku janji"
Ceklek
Pintu bilik dibuka.
"Kau tak tidur lagi?" Tanya Becky
Freen menggeleng
"Kau baru lepas nangis?"
Freen menggeleng.
"Aku takut Bec Hiks... Hiks"
Air mata yang ditahan freen tadi kini mula menumpahkan air.
Becky duduk di sebelah freen lalu dia memeluk tubuh freen sambil mengelus lembut rambut freen.
"Aku takut kejadian tu terjadi balik bec Hiks... Hiks"
"Takkan aku benarkan sesiapa ganggu kau freen, aku akan pastikan kau selamat dengan aku, aku janji akan melindungi dari orang² yang cuba menyakiti kau" kata Becky.
"Sekarang kau tidur esok kau ikut aku, aku nak bawa kau ke suatu tempat"
Freen mengangguk lalu dia pun berbaring sambil memegang tangan Becky.
"Kau jangan tinggalkan aku bec"
"Emm aku janji freen"
Freen pun memejamkan matanya.
'Aku takkan biarkan siapa² luka kan orang yang aku sayang freen, kalau diorang berani sentuh kau aku akan pastikan riwayat hidupnya mati di dalam genggaman aku' Guman Becky.
"Ahhhh sia* rupanya dia tinggal dengan Amstrong, kalau aku biarkan dia tinggal dekat sana pasti freen akan cerita semua dekat Amstrong ahhhh sia*" amuk chankimha.
"Aku takkan lepaskan kau freen, kau akan jadi milik aku, aku akan pastikan hutang aku dekat Ah long lunas" kata chankimha dalam amukannya.
Keesokan paginya
Dua wanita sedang tidur seorang terbaring diatas katil sambil memeluk pinggang satu lagi tidur dengan keadaan duduk bersandar di kepala katil.
Becky mula sedarkan diri apabila cahaya matahari menyinari wajahnya.
Becky melihat kearah luar, Kerana hari ni adalah hari minggu Becky membuat keputusan untuk menyambung tidurnya.
Namun baru saja dia ingin melelapkan matanya ada suara khas bangun tidur mengucap selamat pagi padanya.
Becky tersenyum
"Aku baru nak sambung tidur balik, tahu² kau dah bangun" kata Becky
"Bukan ke kau cakap nak ajak aku pergi ke suatu tempat hari ni?" Tanya freen.
Becky tersenyum jahat.
"Ya ke aku tak ingatlah"
Freen memuncungkan bibirnya sambil melepaskan pelukan.
Becky tersenyum
"Tak lah aku ingat saja je, bergurau jangan merajuk"
Freen bangun dari baringnya lalu masuk ke dalam bilik mandi dengan mulut muncung seperti itik.
Becky hanya ketawa kecil.
Sementara menunggu freen selesai mandi Becky turun ke bawah untuk membuat roti bakar.
Dia sengaja tak memasak kerana dia ingin makan dekat luar.
"Pagi boss" sapa Jack.
"Pagi Jack" balas becky.
"Kau dah sarapan?" Tanya Becky
"Belum boss saya baru bangun" jawab Jack.
Jack tidur di dalam bilik yang sudah Becky sediakan, Jack dilarang masuk ke dalam bilik becky.
Sepanjang mereka tinggal berdua tidak pernah terjadi apa² kerana becky melarang Jack melakukan sesuatu jika tidak dia akan mendapat ancaman dari boss perempuannya.
Dan Jack merupakan salah satu kawan becky yang selalu bersama dari dia susah sehinggalah dia berjaya.
Becky banyak menolong Jack. Keluarga Amstrong sudah menganggap Jack seperti keluarga mereka sendiri.
Bersambung...
TQ 😊
![](https://img.wattpad.com/cover/376080846-288-k794083.jpg)
YOU ARE READING
AKU ISTERI PLAYGIRL
Romansabecky terkenal dengan sikapnya yang playgirl namun dengan kehadiran freen telah merubah dirinya.