BAB 4

139 9 0
                                    

"Korang nak apa dari dia?" Tanya Becky

"Boss kami nak dia ikut kami jadi lebih baik serahkan dia sebelum kami berlaku kasar dekat kau" jawab lelaki itu.

Becky memandang perempuan itu, perempuan itu menggeleng kepalanya.

"Kau nak sangat dia nah"

Becky melepaskan perempuan itu.
Jack dan perempuan itu terkejut.

"Jangan harap" Becky menendang perut lelaki yang cuba menghampiri perempuan itu dari belakang.

Akhh ringis lelaki yang terjatuh di atas rumput.

Becky kembali menarik tangan perempuan itu dan menyembunyikan di belakangnya.

Mereka menyerang Becky dan Jack, Becky terus memukul lelaki² itu dengan tangan yang sebelah dimana tangan sebelahnya lagi menggengam tangan perempuan itu.

Namun disebabkan terasa susah untuk dia menyerang dia melepaskan tangan perempuan itu dan dia memukul lelaki itu sehingga berdarah di bahagian muka.

"Aaaaa tolong" jerit perempuan itu.

Becky yang melihat perempuan itu ditarik paksa salah satu dari mereka terus berlari dan menendang di bahagian belakang lutut sehingga lelaki itu meringis kesakitan dan jatuh di situ.

Becky terus memukul lelaki itu sehingga tidak menyedarkan diri.

"Jack call polis"

Jack mengangguk lalu dia mengeluarkan telefonnya untuk menghubungi polis.

Tidak lama kemudian polis datang dan membawa ketiga² lelaki itu masuk ke dalam kereta.

"Nanti puan dan tuan sila ikut kami ke balai polis untuk memberi keterangan selanjutnya" kata polis lelaki itu, becky mengangguk lalu dia melihat kearah perempuan yang masih memegang lengannya.

"Jom kita pergi ke balai" ajak Becky, Jack dan perempuan itu mengangguk.

Sepanjang dalam perjalanan ke balai polis Becky menenangkan perempuan yang tidak melepaskan tangannya dari memegang lengan Becky.

Becky hanya membiarkan saja perempuan itu memegang lengannya.

Di balai polis

Perempuan itu terlebih dulu masuk untuk memberi keterangan kepada pihak polis.

"Jack nanti lepas balik dari balai aku nak kau cari tahu siapa diorang dan siapa dalang sebalik kejadian tadi" arah Becky

"Baik cik Becky"

Clark pintu bilik dibuka.

Setelah selesai urusan mereka pun balik ke banglo. Perempuan itu sudah tertidur di bahu becky.

Becky menyelitkan anak rambut perempuan itu yang sedang menutupi wajahnya.

Jack yang melihat itu tersenyum

"Saya tengok cik Becky sangat perhatian pada perempuan ni" kata Jack.

"Aku tak tahu Jack, malam ni kau tak payah cari mangsa lagi aku akan menemani dia sehingga luka dia pulih sepenuhnya" kata Becky, Jack mengangguk.

'Aku akan cuba untuk lindungi mu aku tak tahu kenapa hati aku terus memberontak untuk selalu ada bersamamu' Guman Becky.

Di banglo becky

Jack membuka pintu untuk Becky saat dia ingin mengangkat perempuan itu lantas di tahan oleh becky.

"Biar aku bawa dia" kata Becky, Jack mengangguk lalu dia pun mengangkat tubuh perempuan itu dan membawanya ke dalam rumah.

Becky meletakkan perempuan itu keatas katil.

Di sisi lain

"Akhh sia*"

Amuk lelaki itu apabila mendapat tahu anak buahnya kini berada di dalam lokap.

"Korang buat kerja tak pernah clear nampaknya aku sendiri yang kena turun tangan" kata lelaki itu.

"Jack aku nak kau cari orang untuk menjaga keamanan perempuan ni, aku yakin pasti orang tu takkan menyerah untuk dapat dia" kata Becky

Jack mengangguk.

"Kalau macam tu saya minta diri dulu" Becky mengangguk.

Becky tersenyum sambil mengusap lembut pipi perempuan itu.

Bersambung...
TQ 😊

AKU ISTERI PLAYGIRL Where stories live. Discover now