BAB 19

494 17 0
                                        

Hatinya sakit bila harus merelakan orang yang dia cintai menikah dengan kawannya sendiri.

'Aku tahu Jack ni pasti menyakitkan untuk kau apalagi aku Jack kalau mereka tahu yang anak dikandung oleh Heidi tu anak kau bukan anak aku pasti aku akan batalkan perkahwinan ni, aku pun tak nak hancurkan persahabatan kita, niat aku ingin menyatukan kau dengan Heidi tapi sebaliknya yang terjadi aku harap kau tak benci kan aku jack' guman becky.

"Jack"

"Ya bec"

"Lepas ni kau boleh tolong aku tak?" Tanya Becky.

"Tolong apa?"

"Sepatutnya hari ni aku kena ambil baju tapi disebabkan aku tak sihat aku nak minta tolong kau pergi ambil kan baju dekat butik"

Jack tersenyum paksa.

"Baiklah cik Becky"

'Aku harap dengan cara ni kau boleh dekat dengan Heidi walaupun aku tahu ini hanya sementara' Guman Becky.

'Ya tuhan kau kuatkanlah hati aku untuk menerima kenyataan yang sangat menyakitkan aku mohon pada mu kau berikanlah ketabahan untuk aku' Guman Jack.

Di Banglo becky

Becky baru saja ingin berbaring diatas katil namun telefonnya berbunyi.

Drttt

Heidi

"Ya Heidi ada apa?"

"Kau dekat mana, kau tak lupa kan hari ni kita kena ambil baju kita dekat butik?"

"Ya aku ingat, kau pergi dengan jelah, aku tak sihat"

"La kau dah pergi klinik?"

"Dah baru je balik doktor cakap demam biasa je kau tak payah risau"

"Kau pergi dengan Jack ya, aku dah suruh dia pergi dengan kau"

"Okaylah"

Heidi pun meletakkan panggilan telefon.

"Kalau papa aku tak paksa aku aku takkan kahwin dengan Heidi, aku takkan bahagia tanpa freen dalam hidup aku" bisik becky perlahan.

"I miss you so much freen and i still love you" air mata Becky jatuh.

Dia amat merindui freen.

Di kediaman Amstrong.

"I miss you bec, really² miss you"

"Kalau rahsia awak tak terbongkar mungkin kita bahagia bersama anak kita" ucap freen sambil mengusap perutnya.

FLASHBACK

Setelah terbongkar rahsia becky, freen pergi ke hospital kerana mengalami sakit kepala dan mual.

"Tahniah atas kehamilan puan yang berusia 4 minggu"

FLASHBACK END

Di kediaman Heidi

Sebuah kereta BMW warna putih berada di parkir di depan kediaman yang mewah milik Heidi.

"Hai Heidi dah lama tunggu?" Tanya Jack.

"Tak lama juga"

Jack tersenyum.

"Cantik kau hari ni" puji Jack

"Selama ni aku tak cantik ke?" Tanya Heidi

"Tak selama ni pun kau cantik tapi hari ni kau terlihat sungguh cantik" puji Jack membuatkan pipi Heidi menjadi merah kerana malu.

"Kau selalu macam tu jumpa aku je pasti puji"

Jack terkekeh lalu dia pun membuka pintu.

"Silakan masuk puan puteri"

"Terima kasih Jack" ucap Heidi.

Heidi pun masuk dengan senyuman.

'Andai kan orang tu adalah kau Jack mungkin aku akan sebahagia sekarang, kau tak pernah berubah aku sama seperti dulu. Aku tak tahu kenapa aku boleh mencintai becky walaupun aku tahu dia tak pernah ada perasaan dekat aku'

"Kita boleh gerak sekarang?" Tanya Jack.

Heidi mengangguk.

Di butik

Jack menunggu Heidi mencuba pakaiannya di sofa sambil bermain telefon agar menghilangkan rasa bosan.

"Jack" panggil Heidi

Jack mendongak seketika dia terpesona dengan kecantikan yang dimiliki Heidi.

Setelah selesai mereka keluar dari butik itu sebelum mereka pulang mereka mengisi perut mereka disebuah restoran.

Bersambung...
TQ 😊

AKU ISTERI PLAYGIRL Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang