[ 3 ]

15 3 16
                                    

Tinasha perlahan-lahan membuka mata dan menoleh ke sebelah sisi katil dan hanya beriak biasa apabila Aaron tiada disebelah. Expected.

Iphone 13 nya diambil dan dibuka untuk memeriksa jam tetapi ke arah lain pula Tinasha pergi. Dia membuka aplikasi berwarna ungu itu dan agak terkejut apabila melihat pemberitahuan sebanyak 99+ yang kebiasaannya hanya akan berlaku jikalau dia mengpost gambar sahaja.

Tetapi sudah sekian lama dia tidak melakukan itu kerana terlalu sibuk. Dia pula tiada team marketing yang boleh diandalkan untuk memegang akaunnya. Butang pemberitahuan ditekan dan alangkah terkejut apabila dia melihat bahawa Aaron menge-tagnya di sebuah gambar bercaptionkan..

"Mi amore." dan gambar itu ialah gambar di majlis perkahwinan mereka semalam tetapi tidak memperlihatkan wajah mereka. Hanya busana kahwin yang dipostnya tetapi dia tidak rasa ingin marah, malah dia langsung tidak kisah.

Mungkin lebih bagus begini? Tak ada lagi para pempengaruh gatal mahu menghantar mesej untuk mengorat semata. Padahal niat sebenar hanya untuk menumpang populariti semata. Tinasha menutup aplikasi itu selepas mengrepost gambar itu di akaunnya sendiri.

"What a day." Tinasha memandang pintu lut sinar yang betul-betul berada disebelah katilnya. Cahaya sang surya yang menerpa pada wajah itu dibiarkan. Dia telah penat menangis semalaman sehingga tertidur di dalam pelukan Aaron Kyle yang dibencinya. ..eugh!

Pandangan dikalihkan pada pintu apabila dia terdengar bunyi derapan kaki seseorang dan apabila pintu dibuka terlihatlah Aaron yang kelihatan berpeluh seperti baru lepas bersenam dan memakai compression shirt yang agak ketat serta menampakkan otot Aaron yang kekar

Oh, wow what a sight. God decided to bless my eyes this early in the morning. He is attractive though? Like look at those abs. Laki aku ke ni?

"Eiya ?" panggil Aaron dengan lebih kuat apabila Tinasha seolah tidak mendengarnya. Aku tau aku handsome. Jangan renung macam tu, Eiya. Malu la

"What?" balas Tinasha secara malas dan bersandar pada katil. Nak cover malu je.

"Teman aku sarapan, Eiya," ajak Aaron lalu membuka bajunya secara selamba didepan Tinasha dan reaksi Tinasha?

Hanya biasa. Ouch, runtuh harga dirinya.

"Malas,"kata Tinasha sambil Aaron menyarungkan baju t-shirt biasa berwarna hitam. Mukanya dipalingkan ke arah pintu, melarikan pandangan daripada terus merenung badan Aaron. Internally, Tinasha is screaming.

"Take a bath first, Kyle. Busuk la," kata Tinasha berbaur arahan tetapi hanya mengeluh apabila Aaron hanya tersengih macam kerang busuk dekat situ.

"I'll do it later. We should eat first. Aku lapar ni lepas bersenam. Sanggup ke tengok husband sehari kau ni mati kebuluran." Aaron menayangkan muka acah comel kepada Tinasha.

"Malas." Dengan itu, Tinasha baring semula ke atas katil dan hanya memandang kosong kearah Aaron. Aaron hanya mengeluh perlahan.

"Kalau aku mandi, kau breakfast dengan aku?" soal Aaron. Tinasha berfikir sejenak sebelum mengangguk.

"Whatever.'" Jawapan itu bermaksud iya dalam kamus seorang Tinasha Aleiya.

Dengar sahaja jawapan daripada Tinasha, Aaron terus memboloskan diri dia ke dalam bilik mandi dan tidak lama kemudian terdengar bunyi air menandakan dia sedang mandi.

Tinasha pun tunggu dan tunggu dan tunggu. Lama pulak manusia kromosom XY ni bersiap. Setelah beberapa minit, Aaron keluar dari bilik mandi menggunakan t-shirt hitam yang sama. Bezanya, kini tubuh Aaron lebih harum dengan bau parfum Gentleman Society keluaran jenama Givenchy.

MRS KYLE : THE UNCALLED LOVEWhere stories live. Discover now