Kepala dibaringkan atas bantal yang empuk. Tangan Harraz diletakkan di bawah kepala.
Entah apa yang dia fikirkan.
"Apa trauma kau ni Amanda..."
Auch! Pening kepala macam ni.
"Abang... abang... boleh Nara masuk?"
"Masuklah."
Kedudukan Harraz yang tadi baring sekarang duduk.
Adik bongsunya duduk di birai katil.
"Abang, please bawa Nara jumpa Kak Amanda dalam masa yang terdekat ni.. Nara ada soalan perlu tanya dia." soal Nara sambil memuncungkan bibir.
"Eiii Inara Amelia! Tak perlu buat bibir macam tu. Tak comel langsung!"
Tak comel pun sambil itu tangannya mencubit lembut pipi Inara.
"Yes, of course can. But, not this week. Maybe next week."
Senyuman Inara makin melebar. Harraz melayan saja adik bongsunya yang baru tingkatan 3 itu.
Apabila kaki Inara melangkah keluar dari bilik, telefon berbunyi.
Nama yang dipamerkan di skrin ialah Reza.
"Hello brader!"
"Waalaikumsalam, ada apa Reza?" perli Harraz. Bukannya nak mulakan panggilan dengan salam.
"Okay! I have good news. So, al kisahnya macam ni. Aku dah jumpa perempuan yang kau cari bertahun-tahun tu."
"Then?"
"Eh! Kau tanya then? Kau boleh la bayar aku. Ke kau nak aku heret betina tu datang dekat kau dulu baru kau bayar aku?"
Harraz mengangkat bahu disebalik panggilan tersebut.
"Yeah, kalau kau boleh buat. Try it."
Pup! Panggilan dimatikan oleh Harraz.
"Oh! Kau nak cabar aku ke Harraz Zayden? Wait and see."
^_____________________________________________^
"Sampai sini sahaja meeting kita pada hari ini, semua boleh bersurai." kata Harraz sambil membetulkan blazer hitamnya.
Harraz bergegas keluar dari bilik meeting dan menuju ke bilik Amanda.
Mereka berdua bekerja di tempat yang sama, cuma jawatan sahaja berbeza.
Harraz merupakan CEO di Syarikat HZq.
Tok!
Tok!Harraz membuka pintu bilik Amanda dan menarik kerusi dihadapan Amanda.
"Hey, are you okay?"
Amanda yang dari tadi sedang memegang kepalanya terhenti.
"No..no. Yeah, I'm sorry boss. Saya lupa buat coffee tadi, lupa pula boss ada meeting pagi."
Harraz menggelengkan kepala perlahan.
"Tak, tu takpa. Sekarang ni, kenapa tak masuk bilik saya sebelum saya meeting tadi?"
Amanda menampar perlahan dahi sendiri.
"Again boss, I'm so sorry. Saya pening kepala harini."
Harraz mengangkat kening sebelah.
"Dah tu, kenapa datang kerja?"
Ruang itu menjadi sunyi.
"Ok lah, pukul 11 awak ready dekat bawah. Tunggu saya dekat kereta saya. Kalau saya tengok awak takda kat kereta saya pukul 11, saya heret awak turun."
Habis berkata, dia bangun dari kerusi dan meninggalkan Amanda.
"What?! Pukul 11? Sekarang dah 10.50. Apa dia nak buat nii.."
Tanpa berfikir panjang, Amanda juga bangun dari duduk. Lebih baik dia bertolak dari sekarang kerana masa pun berbaki 10 minit saja.
Kaki laju menurun tangga. Sebab apa guna tangga sedangkan ada lif? Sebab nak exercise lah konon Amanda ni.
Hatinya senang apabila melihat di level G. Dengan pantas, dia menuju ke Audi R8 berwarna hitam itu milik Harraz.
"Huh.. Alhamdulillah.." tercungap-cungap dia.
"Alhamdulillah sampai jugak walaupun lambat 2 saat."
Kedengaran suara garau itu, Amanda beralih. No! Harraz di belakangnya.
"Ishh! Halal je la 2 saat tu."
Tanpa membuang masa, kedua-dua orang itu menaiki kereta Audi R8. Harraz membawa terus ke klinik.
___
"Kli.. klinik Haura?" Amanda membaca di signboard yang besar terpapar di depan mata.
"Yes, nak bawa kau ambil mc."
Harraz pernah berpesan, yang di dalam ofis sahaja Amanda perlu memanggilnya boss. Dan diluar panggilan diteruskan seperti orang biasa iaitu aku, kau, Manda, Harraz.
"Harraz! Kau ni..."
"Jom. Aku teman. Kalau doktor lelaki aku tak kasi. Janji!"
Harraz menolak pintu kaca klinik tersebut untuk masuk.
"Hello, Dr Haura ada?"
Penjaga kaunter di hadapan melihat wajah Harraz.
"Maaf tuan, Dr Haura tiada harini."
"Huh.. Habis tu harini Dr apa yang available untuk check patient?"
"Dr Hakimi, Dr Zainal, Dr Taqim, Dr.."
"Eh stop! Takda sorang pun ke doktor perempuan?"
"Ada tuan, tapi kena tunggu lagi 2 jam." balas penjaga kaunter itu.
"Pst.. pst..." panggil Amanda.
"Yes, why?" wajah Amanda dipandang dengan lembut.
Amanda menggelengkan kepala perlahan. Itu bermakna dia memberi amaran awal supaya Harraz tidak bertindak selebihnya.
"On je la doktor lelaki pun Raz.. Nanti kepala aku lagi sakit.. Aku tak marah kau la."
"Fine."
YOU ARE READING
My Hubby Love
RomanceKisah cinta Harraz Zayden dan Mikayla Amanda, berkembang daripada persahabatan sekolah yang tulus hingga menjadi ikatan yang mendalam. Sewaktu di sekolah, Harraz menolak perasaan cinta sahabatnya, Sofea, dengan alasan persahabatan mereka lebih berma...