TTU - BAB 32

2K 81 0
                                    

"Take a deep breath, sayang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Take a deep breath, sayang. Slowly and push!"

Diya akur apabila mendengar suara Adha di tepi telinganya. Nafas ditarik perlahan dan erghhh! Diteran sekuat hati. Tangannya digenggam erat.

"You can do it, sayang. I love you so much!"

Terasa dahinya dikucup lembut. Peluh kian membasahi wajah. Sudah beberapa kali dia cuba meneran anaknya keluar, namun masih tidak keluar lagi.

"Hasbunallahi wani'mal waqeel. Ni'man maula wa ni'man naseer."

Alunan kalimah suci terdengar di tepi telinganya. Mulutnya ikut sama membaca kalimah-kalimah suci yang pernah diajarkan oleh arwah suaminya dahulu.

"Puan, tarik nafas dan teran. Kita cuba lagi sekali ya!" Doktor yang bernama Zalina berkata.

Diya akur. Nafas ditarik panjang dan dihembus keluar seraya meneran anaknya untuk keluar daripada rahimnya.

"Arrrgggghhhhh!"

Dia menjerit panjang. Kudratnya semakin menipis. Dia sudah tidak berdaya. Mata separuh terbuka. Wajah sang suami menerpa pandangan mata yang berbalam.

"Abang..." lemah suaranya.

"Abang ada dengan sayang. Sayang kuat. Abang teman sayang."

"Diya tak kuat, abang. Diya minta ampun semua dosa-dosa Diya pada abang," ujar Diya antara dengar dan tidak.

"Oxygen drop!" Seorang jururawat berkata kuat.

"Oxygen!" Doktor Zalina pula berkata.

Suasana di dalam bilik bersalin itu agak kelam kabut sedikit namun masih terkawal.

"Puan, tengok saya! Tarik nafas dan teran. Kalau tak, anak puan akan lemas." Seorang jururawat menepuk pipi Diya.

"Hasbunallahi wani'mal waqeel. Ni'man maula wa ni'man naseer."

"Abang ada teman sayang. Sayang kuat."

"Bismillahirrahmanirrahim..."

Dia terdengar suara suaminya mengalunkan bacaan ayat suci al-Quran. Dia membuka mata luas. Nafas ditarik dalam-dalam. Dengan lafaz basmallah, dia meneran sekuat hati untuk beberapa kali dan...

Uwekk! Uwekk!

Suara tangisan bayi bergema di dalam bilik itu. Air matanya mengalir di hujung sudut saat mendengar tangisan anaknya.

"You did great, sayang! You did it! I'm so proud of you! Terima kasih sayang dah lahirkan permata cinta kita!"

Mata terpejam. Terasa dahinya dikucup lembut. Dia tidak mendengar apa-apa lagi selepas itu.

Senyap.

Sunyi.

*********

𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤𝐤𝐮 (𝐂)Where stories live. Discover now