Bab 2 🧁

18 2 0
                                    

Langkah semakin dilajukan seraya mata melilau ke sekeliling. Terasa diri seakan dieekori oleh seseorang. Jantung mula mengepam darah dengan laju. Kiri kanan di toleh sebelum mula melintasi jalan raya yang semakin sibuk dengan manusia yang mahu memasuki kerja kembali kerana waktu rehat sudah hampir tamat.

Baru sahaja Queen mahu melintas jalan, tiba-tiba bahunya disentuh oleh seseorang.

"Argh!" Jeritnya lantang. Kedua belah tangah sudah pun menekup muka, takut dan terkejut mula menguasai diri.

"Hei, rileks. Ni I lah. You..." Ujarnya menenangkan.

Suara tu, Queen benar-benar kenal dengan suara itu.

Tangan diturunkan lalu wajah diangkat memandang gerangan yang menyentuh bahunya sebentar tadi.

Laju tangannya memukul lengan jejaka itu dengan beg tangannya secara bertubi-tubi.

Pap! Pap! Pap!

"Eii you ni! Tak sukalah! Benci, benci, benci! Ambil ni, rasakan. Padan muka. Benciii!!!"

"Ok stop, stop. Sorry, sakitlah you ni, adoi." Jejaka itu mengerang kesakitan. Tu beg ke besi, lain macam punya sakit ni.

"Hah! Puas hati. Kalau tak menyakitkan hati tak sah! You ke yang ikut I dari tadi." Soalnya geram.

Eruz hanya mengangguk sebagai jawapan. Lengannya digosok perlahan sambil menyeringai sakit.

"You ni takut sangat kenapa? Nah, ambil lah cupcake ni , I belanja." Plastik lut sinar yang berisi sebuah kotak cupcake dihulurkan di hadapan wajah Queen.

"Aik, kenapa bagi I pula? You kan yang beria-ria nak tadi? Ambil ajelah. I dah kenyang!"

"Mulut you ni memang macam peluru ek. Berdas-das tembakan dah I kena ni. Ambil ajelah, I boleh beli yang lain. Kesian tengok you tadi macam memerlukan sangat cupcake ni."

"Tak. Nak. You tak faham ke apa I cakap? Ke nak kena cakap mandarin?"

"Kepala you ni kan, kalau kena lempar dengan batu. Silap-silap batu tu yang pecah tau." 

Hujung lengan baju Queen ditarik lalu plastik lut sinar tersebut diletakkan di atas tapak tangannya. "Haa kan senang. Bye, I pergi dulu. See you later." Tanpa menunggu balasan daripada Queen jejaka itu terus meloloskan diri dalam lautan manusia di tengah jalan itu.

"I tak nak jumpa you dah lepasni!" Jerit Queen perlahan. Eruz hanya mengukirkan senyuman dalam diam.

🧁🧁🧁

Angin sepoi-sepoi bahasa di halaman rumah opah itu sedikit sebanyak berjaya menenangkan hati seorang gadis yang sedang lara. Nafas dihela kasar.

"Apa yang kuat sangat hembus nafas tu. Penat ya?" Sapa opah yang baru tiba dengan membawa pinggan yang berisi cekodok pisang. Masih berasap lagi, mungkin baru siap goreng. Tiba-tiba berbunyi pula perut ini selepas aroma wangi cekodok memasuki rongga hidung. Sungguh mengiurkan.

"Biasalah opah. Kerja kat ofis tu makin lama makin banyak sebab dah nak masuk pertengahan tahun. Tambah pula sekarang selalu sakit pinggang sebab lama sangat menghadap komputer."

"Yeen, kerja tu kerja juga tapi jangan lupa jaga kesihatan diri. Opah ada Yeen sorang je." Sayu sahaja kedengaran nada opah menuturkan ayat tersebut.

"Okey opah. Halah, opah ni jangan lah risau, Yeen selalu je ada dengan opah tau."

"Ha yelah. Yeen, opah nak tanya sesuatu boleh ke idok?"

"Apa tu opah? tanya je lah. Macam tak biasa opah ni."

"Bila kamu ni nak kawin? Bukan apa yeen, opah ni pun tak tahu lama mana lagi hidup. Sekarang mungkin kamu ada opah tapi nanti kalau opah ni dah tiada, siapa nak nengok kan kamu? Kalau kamu ada laki, opah tak de lah risau sangat, dia boleh jaga kamu nanti. Lagipun, opah nak juga tengok hari bahagia kamu sebelum opah pergi.." Bahu Queen diusap lembut. Redup sahaja pandangan mata opah.

Suasana menjadi sepi seketika.

"Insha-Allah opah. Opah doa-doakan lah untuk Yeen semoga dipertemukan dengan jodoh yang baik, yang bertanggungjawab,  yang menyayangi Yeen sepenuh jiwa raga dan setia sehingga akhir hayat."

"Opah sentiasa doakan cucu opah yang seorang ni." Pipi gebu Queen dicubit lembut oleh opah.

"Terima kasih, opah! Yeen sayang sangat sangat sangat dekat opah! Janji dengan yeen, opah akan selalu kuat demi yeen tau!" Opah hanya mengukirkan senyuman manis.

Ya Allah, berilah kebahagiaan sepanjang hayat kepada cucu ku ini, Aamiin.

🧁🧁🧁

Sejak dari tadi dirinya berjalan ke hulu dan ke hilir. Entah apa yang dirungingkan sangat pun tidak tahu. Dari tadi hatinya berdegup kencang. Apa yang berdebar sangat ni , Ya Tuhanku.

"Kenapa dengan aku ni?" Omelnya sendirian.

Lepas sahaja balik dari berjumpa dengan gadis itu terus tempo hatinya tidak dapat berdegup dengan normal. Dup dap, dup dap. Puas dia menenangkan diri sendiri tetapi entah mengapa semakin kuat pula jantungnya mengepam darah.

"Aku jatuh cinta pandang pertama ke apa? Aku sukakan dia ke?"

"Eh , no no. Tak kot tak. Mustahil lah." Nafinya.

"Wahai diri , kenapa engkau jadi macam ni? Tolonglah."

"Dia ni memang tak nak chat aku ke? Nombor pun aku dah bagi dalam maybank tu." Rungutnya.

Eruz berfikir sejenak. "Memang tak lah kan dia nak chat. Dia kan tak suka aku? Eh Ya Allah makin kuat pula getaran di dada ni. Kenapa ni, setiap kali teringat atau sebut tentang si dia, hati aku berdegup kuat sangat ni. Kenapa, kenapa?"

Nur Queen Roses

"Betul ke tak eh tu nama sebenar dia? Hm.. beautiful name with gorgeous person." Tipulah kalau dia cakap dia tak terkejut selepas mengetahui nama gadis itu buat pertama kalinya. Itu pun tahu sewaktu nak buat pemindahan wang kepada gadis itu. Kalau nak tunggu dia bagitau? Huh, memang lambat lagi lah jawabnya.

Ting !

Skrin menyala memaparkan notifikasi yang baru sahaja masuk. Tangan terus mencapai telefon yang berada di atas meja kecil bersebelahan televisyen.

0129XXXXX
Hi! Is it Mr menyakitkan hati? Sorry interfering but you please bagi no acc you. I nak transfer back sebab terlampau banyak duit yang you bagi ni.

Bibir sudah mengukirkan senyuman. Cara tulis pun dah tahu siapa yang mesej, ingatkan dah tak nak mesej tadi.

You
Nah, it's okay. Keep it. I ikhlas.

Punat send ditekan.

Ting !

Mrs.Cupcake
I tak nak. I ada duit sendiri. Bagi ajelah , you ni.

Eruz hanya membaca dan tiada niat pun untuk membalas. Gadis ni memang benar-benar keras kepala eh? Ni kalau melayan, 3 hari tak habis lagi berdebat antara satu sama lain.

MR vs MRS CUPPY CAKE Where stories live. Discover now