"Aunty, pujuklah Yed tu supaya buka hati dan kahwin dengan Shima. Berapa lama lagi yang Shima perlu tunggu?" Soal gadis berpakaian dress sendat paras lutut yang dihiasi dengan kilauan shimmer.
"Shima, listen okay. Hal macam ini, aunty tak boleh masuk campur sangat. Ini semua bergantung dengan keputusan Yed. Hati ni tak boleh dipaksa, darling."
"Ish, aunty ni. Yed kan sayang aunty sangat-sangat, Aunty gertak la dia sikit mesti dia akan akur dengan aunty kan? Shima tak kira , apa yang jadi Yed akan tetap kahwin dengan Shima." Tangan sudah digenggam menandakan dia cukup yakin dengan pendiriannya.
Muka menyampah mula dipamerkan. Eh, budak ini memang tak faham bahasa ke buat-buat tak faham? Dah lah baju yang dipakai menyakitkan mata aku aje. Celoteh hati Puan Amanda ibu kepada Wan Eruz Zayed.
"Takpelah aunty, Shima pergi dulu. Take care." Pipi di laga sebanyak 3 kali sebelum gadis itu melangkah keluar dari Restoran mewah milik Puan Amanda.
Baru sahaja bayang Shima menghilang, tidak lama kemudian muncul pula bayang Eruz. Tercungap-cungap dirinya mencari nafas. Raut wajah kelihatan pucat lesi seperti baru sahaja habis dikejar anjing.
"Heh, yang kamu ni macam baru lepas kena kejar anjing ni kenapa?" Soal Puan Amanda risau.
"Huh huh huh.. ni bukan baru lepas kena kejar anjing ibu, ni baru lepas terserempak dengan perempuan bimbo tu." Dada diurut perlahan bagi meredakan debaran.
"Perempuan bimbo?" Soal Puan Amanda ingin tahu.
"Alah si Shima Jasmeena tak cukup kain itu lah siapa lagi?" Memek muka tidak suka ditayangkan.
"Oh , dia ke ingatkan siapa lah tadi. Kamu ni suka hati aje panggil macam tu. Ya, tadi dia jumpa ibu minta ibu paksa kamu kahwin dengan dia." Tutur Puan Amanda berterus-terang.
"Uhuk, uhuk..." terbatuk Eruz mendengar ayat terakhir Puan Amanda.
"Lepastu ibu jawab apa?" Perasaan ingin tahu membuak-buak dalam diri.
"Ibu cakaplah kat dia, Eruz dah lama setuju nak jadikan dia isteri. Ibu dah susunkan majlis korang dan bulan depan korang akan bertunang. Gembira la si Shima tu tadi." Tipu Puan Amanda. Memang hobinya suka menyakat anak terunanya yang seorang itu. Suka melihat wajah itu bertukar merah padam akibat menahan geram dan kemarahan.
"What ibu?! Seriuslah ibu cakap macamtu kat dia? Jangan bergurau boleh tak? Tak lawak lah, ibu." Cuak dia dibuatnya. No way, seumur hidup dia tak akan dan tak nak berkahwin dengan perempuan bimbo tu. Tolonglah !
You're not my level ! Ceh.
Gelak sakan Puan Amanda mendengar balasan satu-satunya anak lelaki nya itu. Tahu takut , padan muka!
"Hahaha, takdelah ibu gurau aje. Kan ibu pernah cakap bab cari pasangan hidup anak-anak ibu, ibu memang serahkan dekat korang 100% kecuali kalau ada bahagian yang ibu rasa tak suka baru ibu akan tegur."
"Ibu nak tahu tak hari ni sahaja Yed dah dapat 4 kejutan tau. Apalah nasib harini , Ya Allah." Luahnya.
"Aik, apa lagi 2 kejutan tu?"
"Adalah..." sengihan kambing di ukirkan. Baik dia rahsiakan dulu. Ni kalau beritahu ibu mesti 2 hari 1 malam tak habis lagi bebelan merdu ibunya.
🧁🧁🧁
"Bah!" Sergah Saiful Rezman sambil menepuk kuat meja kerja Queen.
"Oh mak kau lampir! Pocot pocot." Latah Queen spontan. Dasar betul siapa yang terkejutkan aku ni. Aku ni dahlah lemah bab-bab kena sergah tanpa salam ni. Kalau ada periuk dessini paling besar kat sini memang aku lempar dah dekat orang tu, biar kena sumbat masuk ICU !
YOU ARE READING
MR vs MRS CUPPY CAKE
HumorSiapa sangka hanya disebabkan berebut sebiji cupcake limited edition telah menjerat satu hati ke dalam lembah cinta. Namun, apakan daya cinta hanya bertepuk sebelah tangan. Si gadis terlalu menjual mahal membuatkan si jejaka terus dan terus berusaha...