Dress berwarna navy blue bersama shawl baby blue bersulam bunga kecil-kecil menjadi pilihan untuk dipakai pada malam ini. Ikutkan hati dia memang langsung tidak berminat untuk menyertai majlis sebegini, buang masa sahaja, lebih baik dia tidur.
Tapi nak tak nak, dia terpaksa juga menyertai majlis yang langsung dia tak tahu apa kaitan dengan dirinya. Kata Eruz, mereka berdua akan pergi ke event Syarikat sahabat baiknya. Selagi dia tidak bersetuju untuk pergi, selagi itulah mamat poyo tu tidak henti-henti menganggu ketenteramannya. Hesy, menyakitkan hati betul!
Kunci sahaja pintu pagar utama, kereta Mercedes-Benz AMG sudah menghiasi pandangan. Pintu di bahagian penumpang sudah pun dibuka oleh Eruz.
"Senyum sikit, kenapa masam sangat muka ni." Tegurnya sewaktu Queen hendak meloloskan diri ke dalam perut kereta. Hanya jelingan tajam yang diberikan sebagai jawapan.
Sepanjang perjalanan, masing-masing hanya menguncikan mulut mengamati permandangan yang indah pada waktu malam. Sedikit demi sedikit mampu memberi ketenangan kepada jiwa disulami lagu yang berkumandang di corong radio. Tanpa sedar, Queen sudah dibuai mimpi.
"You.."
"You, bangun lah dah sampai ni." Kejutnya lembut.
Queen masih tidak menunjukkan tanda-tanda yang dia akan terjaga. Eruz mengeluh perlahan. "Kesian you, penat sangat ya? Sorry lah i terpaksa bawa you." Ujarnya perlahan.
"You, bangun you ." Kejut Eruz lagi. Queen bergerak sedikit seraya muka berkerut geram kerana tidurnya terganggu.
"Hm.." gumam Queen.
Ya Allah susahnya budak kecil ni nak bangun! Kening digaru sedikit memikirkan cara bagaimana lagi untuk mengejut gadis dihadapannya ini agar terjaga dari lena.
Ok, ni last way yang ada. Kalau tak terjaga juga dia tak tahulah.
"API BANGUN ADA API! TOLONG TOLONG!" Jeritnya lantang.
Gelabah biawak Queen setelah mendengar jeritan tersebut, pantas segala kantuknya hilang. Segar bugar matanya. Pandangan dihala ke arah jejaka di sebelah yang sedang tersengih kerang busuk. Tak sangka lakonan murahannya berjaya.
"Mana api, mana?" Soalnya panik.
"Api takde, saya je ada." Guraunya.
Membuak-buak kemarahan di dalam diri Queen mendengar ujaran jejaka itu. Dia fikir lawak ke? Nak luruh jantung dia dengar orang menjerit ada api tadi tahu!
"Ish you ni! Suka main-main kan." Marahnya lalu beg tangan miliknya diangkat tinggi, baru sahaja hendak memukul , tangan Eruz lebih pantas mengapai beg tangan tersebut.
"Ok,ok sorry sorry. You tu ha susah sangat nak bangun tidur. Penat I kejut , so tu je lah cara terakhir nak bagi you bangun. Kita dah sampai ni." Jelasnya.
Merona merah muka Queen, hilang terus segala kemarahannya sebentar tadi. Kini, digantikan pula dengan malu apabila Eruz berkata sedemikian. Bagaimanalah rupanya sewaktu tidur tadi, ya? Tangan digosok-gosok pada muka, mana lah tahu ada air liur basi ke kan? Tak memasal malu lagi sekali.
🧁🧁🧁
Meriah sungguh keadaan di dalam dewan yang serba mewah itu. Tidak pernah dirasainya datang ke tempat sebegini. Variasi juadah makanan dan pencuci mulut yang kelihatan sungguh mengiurkan terhidang di belah kanan dan kiri dewan. Queen masih setia mengekori setiap jejak langkah Eruz. Kalau sosok tubuh Eruz hilang dari pandangan, pasti dia akan menjadi gelabah seperti anak yang kehilangan bapanya.
"You, pergilah ambil makanan dulu. I tunggu you kat sini." Punggung Eruz sudah dilabuhkan pada meja yang bernombor 28 itu.
"Ala, kita ambil makanan sekali lah. Ramai sangat orang, I tak biasa," ujarnya separa berbisik.
YOU ARE READING
MR vs MRS CUPPY CAKE
HumorSiapa sangka hanya disebabkan berebut sebiji cupcake limited edition telah menjerat satu hati ke dalam lembah cinta. Namun, apakan daya cinta hanya bertepuk sebelah tangan. Si gadis terlalu menjual mahal membuatkan si jejaka terus dan terus berusaha...