bahagian 1. {fitnah}

6 0 0
                                    

Ibnul Atsiir rahimahullah berkata:

الامتحان والاختبار ... وقد كثر استعمالها فيما أخرجه الاختبار من المكروه، ثم كثر حتى استعمل بمعنى الإثم والكفر والقتال والإحراق والإزالة والصرف عن الشيء

"(Secara bahasa maknanya) "Ujian... dan (kata fitnah) banyak penggunaannya dalam perkara yang tidak disukai, kemudian setelah itu banyak digunakan untuk makna-makna: dosa, kekafiran, perang, pembakaran, penghilangan dan memalingkan sesuatu" (An-Nihayah - 3/410)

"dosa fitnah lagi besar daripada bunuh, tau!"

Sudah beberapa kali kita dengar ayat itu. Tetapi, apakah benar?

dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan...

(Surah Al-Baqarah, ayat 191)

Bahasa Arab ialah bahasa yang kaya dengan makna. Satu perkataan sahaja mampu membawa banyak pengertian dalam konteks yang berbeza-beza. Sama juga penggunaannya di dalam Al-Quran, setiap perkataan 'fitnah' yang digunakan pada ayat yang berbeza membawa makna yang berbeza pula.

Dalam hal ini, fitnah boleh membawa maksud kesesatan, pembunuhan dan penawanan, perselisihan pendapat dan juga gila. Contohnya:

Fitnah bermaksud gila: بِأَيْيِكُمُ الْمَفْتُونُ

"Siapa di antara kalian yang gila" (Surah Al-Qalam: 6)

Maksud (الْمَفْتُونُ) dalam ayat ini adalah gila.

Ayat Al-Quran perlu difahami secara menyeluruh. Sejarah penyurunan serta konteks penggunaan perkataan perlu dilihat supaya maksud sebenar dapat difahami. Apakah yang dimaksudkan dengan fitnah? Kata fitnah dalam ayat ini menurut para Ulama tafsir adalah bermaksud 'kekafiran' atau 'kemusyrikan'. Iaitu bahawa mereka itu menyebarkan kekafiran.

Kita tidak dibenarkan menuduh orang itu dengan sengaja untuk memperburukkan dirinya dan dijauhi dari rakan-rakan. Menyebar fitnah adalah satu dosa besar yang diharamkan syurga. Fitnah merupakan satu bentuk komunikasi kepada satu pihak atau lebih yang bertujuan untuk memberikan stigma negatif atas sesuatu peristiwa yang dilakukan oleh pihak lain, ia berdasarkan atas fakta palsu yang dipengaruhi oleh sifat penghormatan, buruk sangka, obses, atau menjatuhkan dan/atau menaikkan nilai reputasi seseorang atau sesuatu pihak. Kata "fitnah" diserap dari bahasa Arab, dan pengertian aslinya adalah "cubaan" atau "ujian".
Imam Nawawi ketika mensyarahkan hadis ini menyatakan bahawa hukum fitnah adalah haram dan termasuk antara dosa yang besar kerana perbuatan ini boleh menyebabkan musibah yang besar dalam masyarakat.

Janganlah kamu sebarang menuduh seorang mukmin.

Hukum fitnah jelas haram dan ditegah dalam hukum syarak. Ini kerana perbuatan fitnah dikecam dengan keras oleh Baginda Rasulullah dalam hadis yang diriwayatkan Huzaifah: Tidak masuk syurga orang yang menyebarkan fitnah (mengadu domba) - [HR al-Bukhari 6056 dan Muslim 105].

Kenapa perlu melakukan fitnah? Sedangkan Allah melarang melakukan perkara yang haram seperti fitnah. Siapa yang menuduh saudaranya dengan apa yang tidak ada padanya, maka Allah akan menempatkannya dalam rodghoh al khobal (nanah dan darah penduduk neraka) sampai ia menyebutkan buktinya.

Fitnah berasal dari bahasa Arab yang membawa beberapa takrifan. Mengikut petikan yang diambil dari laman sesawang Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, fitnah menurut al-Azhari, Ibn Faris dan Ibn Manzur membawa maksud ujian. Fitnah turut digunakan dalam perbualan seharian Bahasa Arab bagi merujuk kepada kufur, pembunuhan serta kebakaran. Dalam Bahasa Melayu, fitnah mengikut Pusat Rujukan Persuratan Melayu merujuk kepada mengada-adakan sesuatu untuk memburuk-burukkan atau membencanakan sesuatu pihak.

Berdasarkan takrifan ini, perbuatan fitnah dari perspektif agama Islam hukumnya haram dan ditegah kerana ia boleh menjatuhkan maruah seseorang dan seterusnya menimbulkan perpecahan, perbalahan dan kemusnahan harta serta kehilangan nyawa. Dalam Islam, fitnah adalah salah satu dari sifat terkeji dan amat dilarang.

Islam menegah perbuatan fitnah ini bagi menjaga keharmonian masyarakat khususnya sesama Islam. Nabi SAW mengecam perbuatan fitnah ini sekeras-kerasnya sebagaimana sabda Baginda yang bermaksud: "Tidak masuk syurga orang yang menyebarkan fitnah (mengadu domba)." (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Pada asalnya fitnah ini adalah perbuatan menyampaikan sesuatu yang tidak benar melalui percakapan mulut ke mulut, namun dengan kewujudan teknologi yang semakin canggih, penyebaran fitnah berleluasa dengan cara yang lebih mudah berbanding pada masa lampau.

Perkembangan teknologi yang semakin rancak menjadikan perbuatan fitnah ini semakin mudah tersebar melalui media sosial seperti Facebook, WhatsApp, Instagram, Twitter dan lain-lain hanya menggunakan jari jemari sahaja.

Dengan platform tersebut, berita yang berlaku di pelosok pedalaman dapat diketahui seantero dunia dalam masa yang sangat singkat sehingga penafian demi penafian perlu dibuat oleh golongan yang difitnah bagi membersihkan nama yang telah tercemar.

Sabarlah HatiWhere stories live. Discover now