bahagian 2. {zina}

6 0 0
                                    

وَلَا تَقْرَبُوا۟ ٱلزِّنَىٰٓ ۖ إِنَّهُۥ كَانَ فٰحِشَةً وَسَآءَ سَبِيلًا

Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).

(Surah Al-Isra, ayat 32)

          Didalam al-Quran juga sudah menyatakan bahawa zina itu satu perkara yang keji dan satu jalan yang jahat. Zina tiada manfaatnya. Kamu tidak akan dapat keberkatan daripada Allah SWT. Banyak sekali perkara yang boleh menjadikan benda itu zina. Seperti berpandangan. Lelaki dan perempuan saling berpandangan sahaja sudah dikenakan Zina mata. Kamu juga tahu bahawa hukum Zina adalah haram dan berdosa. Orang yang melakukan zina yang belum pernah berkahwin disebat 100 kali sebatan sedangkan bagi yang sudah berkahwin, direjam sehingga mati.

          Jauhilah kamu dengan melakukan perbuatan yang keji (zina) kerana perkara itu tidaklah wajib. Apabila kamu sengaja memegang tangan lawan jenis, itu juga dikira sebagai Zina.

          Zina termasuk dalam jenis Al-Laman, dan berdasarkan definisinya yaitu zina yang dilakukan dengan sengaja memegang bagian tubuh lawan jenis, lalu diikuti dengan perasaan senang dan bahagian terhadapnya.

Sesungguhnya Allah SWT sangat melarang perbuatan zina, maka dari itu ia mengajurkan umatnya untuk menahan syahwat mereka apabila belum menikah. Perihal zina tangan, Rasulullah SAW pernah bersabda dalam hadis riwayat Bukhari bahwa:

          Tercatat atas anak Adam nasibnya dari perzinaan dan dia pasti mengalaminya. Kedua mata zinanya melihat, kedua teling zinanya mendengar, lidah zinanya bicara, tangan zinanya memaksa (memegang dengan keras), kaki zinanya melangkah (berjalan) dan hati yang berhazrat dan berharap. Semua itu dibenarkan (direalisasi) oleh kelamin atau digagalkannya," (HR. Bukhari)

وَٱللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

Dan Allah melihat apa yang kamu lakukan

(Surah Al-Hadid, ayat 4)

          Jelas sekali bahawa Alllah melihat apa yang kamu melakukan di dunia. Hukuman bagi seseorang yang melakukan Zina sangatlah berat. Orang yang melakukan Zina akan mendapat hukuman 100 kali cabuk, dipermalukan di hadapan banyak orang, dan Terasing selama 1 tahun. Itu baru sahaja hukuma di dunia. Bagaimana pula kalau hukuman di akhirat kelak? Allah SWT tidak akan berkata-kata dengan orang tua yang berzina pada hari kiamat, tidak mahu melihatnya dan tidak menyucikannya daripada dosa dan baginya azab yang pedih.

          Apakah maksud Zina? Zina adalah bila dua orang yang bukan suami isteri, melakukan hubungan seks (berjimak) yang dihalalkan khusus untuk pasangan suami isteri. Logo of zina haram. Di dalam Islam, pelaku perzinaan dibezakan menjadi dua, iaitu pezina muhshan dan ghayru muhshan.

          Apakah maksud muhshan? zina muhsan adalah zina yang dilakukan oleh seseorang yang sudah menikah atau telah memiliki suami atau istri. Maksudnya, seseorang yang sudah menikah namun tidak menjaga dirinya dari orang lain yang bukan mahramnya. Apa pula yang dimaksudkan dengan ghayru muhshan? Zina ghairu muhsan adalah perbuatan zina yang dilakukan oleh seseorang yang belum sah atau belum pernah menikah. Contohnya yaitu seseorang yang sedang menjalin hubungan sebelum menikah, namun melakukan perbuatan zina.

Daripada Abu Hurairah, sabda Rasulullah SAW:

إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ حَظَّهُ مِنَ الزِّنَا، أَدْرَكَ ذَلِكَ لاَ مَحَالَةَ، فَزِنَا العَيْنِ النَّظَرُ، وَزِنَا اللِّسَانِ المَنْطِقُ، والقلب تَمَنَّى وَتَشْتَهِي، وَالفَرْجُ يُصَدِّقُ ذَلِكَ كُلَّهُ وَيُكَذِّبُهُ

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah telah menetapkan bahagian zina untuk setiap anak Adam, dia akan mendapatkannya dan tidak boleh dihindari, maka zina mata dengan melihat, zina lidah dengan ucapan, zina hati dengan membayangkan dan merasakan syahwat, sedangkan kemaluan membenarkan semua itu atau mendustakannya.”

          Jauhilah perkara Zina kerana Zina bukannya satu perkara yang wajib tetapi haram.

Sabarlah HatiWhere stories live. Discover now