bahagian 4 {sedekah pt:1}

3 0 0
                                    

وَأَنفِقُوا۟ مِن مَّا رَزَقْنٰكُم مِّن قَبْلِ أَن يَأْتِىَ أَحَدَكُمُ ٱلْمَوْتُ فَيَقُولَ رَبِّ لَوْلَآ أَخَّرْتَنِىٓ إِلَىٰٓ أَجَلٍ قَرِيبٍ فَأَصَّدَّقَ وَأَكُن مِّنَ ٱلصّٰلِحِينَ

Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: "Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku - ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh.

(Surah al-munafiqun, ayat 10)

Ayat ini menunjukkan bahawa sedekah itu sunah. Tidak peduli apa yang kamu sedekahkan. Seperti senyum. Senyum adalah sedekah. Apa yang dimaksudkan dengan sedekah? Secara mudahnya, ia boleh didefinisikan sebagai pemberian oleh seseorang kepada orang lain yang memerlukan dengan tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. sama ada pemberian itu ditujukan kepada fakir miskin, sanak-saudara, mahupun untuk kepentingan fi sabilillah.

Kita haruslah bersedekah kerana Amalan bersedekah sangat berkait rapat dengan iman seorang Muslim. Setiap sedekah yang diterima di sisi Allah SWT, Dia akan balas dan 'membayarnya' di dunia lagi.

Itu janji Allah dalam al-Quran iaitu sesiapa yang bersedekah di jalan Allah, Dia akan ganti semula dengan ganjaran paling sedikit 10 kali ganda pahala manakala paling banyak adalah 700 kali ganda.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya." (Surah al-Baqarah, ayat 261)

•Umat Islam tidak kira kaya atau miskin digalakkan bersedekah mengikut kemampuannya. Bagaimanapun, orang miskin yang bermurah hati hendak bersedekah, bersedekahlah ala kadar, asalkan tidak menyusahkan diri sendiri dan orang yang menjadi tanggungannya. Selepas itu, kalau ada yang berlebih daripada yang diperlukannya, barulah boleh disedekahkan sebahagian daripadanya kepada orang lain. Hal ini diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Apabila seseorang daripada kamu dalam keadaan miskin (dan dia hendak bersedekah), maka hendaklah dia terlebih dahulu mengutamakan keperluan dirinya sendiri. Kalau ada yang berlebih, hendaklah disedekahkan kepada anak isteri dan orang yang ditanggung nafkahnya. Kalau ada juga yang berlebih, hendaklah disedekahkan kepada kerabatnya (atau kepada orang yang ada pertalian kerabat dengannya). Kalau ada juga yang berlebih, maka hendaklah disedekahkan kepada orang lain yang memerlukan bantuan, yang ada di sana sini." (Riwayat Ahmad)

Contoh sedekah:

1.kalimat tasbih (subhanallah)

-Sesungguhnya dengan tiap-tiap tasbih (Subhanallah) itu sedekah, tiap-tiap takbir (Allahuakbar) itu sedekah, tiap-tiap tahlil (Lailahaillallah)itu sedekah, menyuruh orang melakukan kebaikan itu sedekah dan melarang orang daripada melakukan kemungkaran itu sedekah. '"

2. Senyum

-"Senyummu di depan saudaramu, adalah sedekah bagimu", H.R. Tirmidzi, 1956.

Ramai sudah sedia maklum bahawa senyum itu merupakan sedekah. Pernahkah kita terfikir hanya dengan mengukir satu senyuman, ia mampu memberikan ketenangan serta kebahagiaan yang bukan sahaja untuk diri kita, tetapi juga untuk orang lain selain dapat menyalurkan aura yang positif. Jika kita mempunyai masalah, senyumlah agar kita tidak terlalu merasa terbeban dengan masalah yang terjadi di dalam hidup ini.

Senyum itu membahagiakan. Bahkan juga dengan senyuman kita akan menyenangkan hati orang lain. Bukankah patut kita sesama makhluk perlulah saling menghormati dan memudahkan beban orang lain? Inilah antara solusinya. Apabila seseorang memulakan harinya dengan senyuman, pasti hari itu akan dijalani dengan bahagia.

Sudah terang lagi bersuluh, perkara-perkara kebaikan yang dilakukan ini kesemuanya didapati dalam diri pesuruh Allah, Rasulullah saw. Benarlah akhlak Nabi Muhammad saw adalah akhlak Al-Quran. Begitu indah sosok tubuh seorang manusia yang bernama Muhammad ini, Rasulullah saw. Sebagaimana yang disebutkan oleh sahabat yang mulia, Jarir bin Abdullah r.a, "Rasulullah saw tidak pernah melarangku untuk menemui beliau sejak aku masuk Islam, dan beliau saw tidak pernah memandangku kecuali dalam keadaan tersenyum di hadapanku", al-Bukhari, 5739.

Di samping itu, senyuman sudah pasti dapat mengeratkan sillaturarahim. Ketahuilah bahawasanya orang yang tidak murah dengan senyuman, akan dijauhi oleh orang lain. Murah dengan senyuman, sudah pasti dikelilingi orang yang baik. Persis sabda Rasulullah saw, "Barang siapa yang tidak menyayangi, maka dia tidak akan disayangi", HR. Muslim, 2318.

Tuntasnya, marilah kita menjadi seorang hamba Allah swt yang tidak memandang remeh akan salah satu perkara sunnah Rasulullah saw ini. Zahirkan bukti kecintaan kita terhadap Rasulullah saw secara praktikal. MasyaAllah, betapa syumulnya dan indahnya agama Islam ini yang mengambil berat akan sekecil-kecil perkara seperti senyum yang mempunyai seribu satu kebaikannya. Semoga Allah swt sentiasa merahmati kita semua dan hiduplah di atas muka bumi Allah swt ini kerana hanya semata-mata untuk mengejar redhaNya.

3.makanan/minuman

-Nabi Muhammad SAW bersabda, "Apa yang kamu makan sendiri adalah sedekah untukmu. Apa yang anda berikan kepada anak anda adalah sedekah untuk anda. Apa yang anda memberi makan isteri anda adalah Sedekah adalah untuk anda. Apa yang kamu berikan kepada hambamu adalah sedekah untukmu." [Bukhari]

Oleh itu, ketika memasak, sentiasa niat untuk makan dan berkongsi makanan dengan nama Allah SWT dengan semua orang di sekeliling anda.

Sabarlah HatiWhere stories live. Discover now