bahagian 3. {solat}

6 0 0
                                    

رَبِّ ٱجْعَلْنِى مُقِيمَ ٱلصَّلَوٰةِ وَمِن ذُرِّيَّتِى ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَآءِ

Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

(surah Ibrahim, ayat 40)

Apakah yang dimaksudkan dengan solat? Solat bermaksud satu ibadah yang diperintahkan oleh Allah SWT kepada seluruh umat Islam sebagai bukti kehambaan dan kepatuhan kepada Allah SWT. Solat menurut bahasa adalah doa.

Wahai umat Islam, kita diwajibkan untuk melakukan solat kerana solat itu wajib. Azab-Nya sangatlah perih. yaallah, maafkanlah hamba-Mu ini. Yang tidak dapat menyempurnakan solat mereka.

          Rasulullah SAW bersabda: bertaqwalah  kepada Tuhanmu (Allah), tegakkanlah solat lima waktumu, berpuasa dibulanmu, (Ramadhan) tunaikanlah zakat harta-harta mu, dan taatlah pada pemimpinmu, niscaya kalian semua akan masuk ke dalam syurga tuhanmu.

(HR. TIRMIDZI (616) dan, Abu Dawud (1995)

Tidak susah untuk kamu menyempurnakan solat kamu. Ingat, dahulu kala, dizaman Rasulullah, ada 50 waktu solat. Namun Rasulullah tetap mengerjakan solatnya. Nabi musa menyuruh Nabi Muhammad (Rasulullah) untuk memohon kepada Allah supaya dikurangkan waktu solat. Pahala solat lima waktu tetap bersamaan dengan solat 50 waktu. Jika kamu masih tidak menyempurnakan solat kamu, maka sempurnakanlah. Pahalanya amat besar. Jika kamu solat selama 10 tahun secara berjemaah, maka pahala kamu ialah sebayak 429,750. Yaallah, sungguh banyak pahala yang kamu dapat.

          Sabda Nabi SAW, “Yang pertama dihisab pada hamba pada hari kiamat daripada amalnya adalah solat. Jika baik solatnya, maka baik seluruh amalnya. Jika rosak solatnya, maka rosaklah seluruh amalnya. Jika ada sesuatu yang kurang daripada solatnya, lihatlah adakah ada padanya amalan sunat.

Ada seseorang lelaki yang menunaikan solat selama 60 tahun tetapi satu pun solatnya tidak diterima Allah. Kerana dia tidak menunaikan solat dengan sempurna. Dia menyempurnakan sujud, namun tidak menyempurnakan ruku'nya.

          Itulah ciri-ciri orang yang tidak diterima solatnya. Kita juga harus melakukan tuma'ninah dalam solat. Apakah maksud tuma'ninah? Tumaninah berarti diam sejenak, yang disamakan dengan mengucapkan kalimat Subhanallah saat melakukan gerakan shalat. Tidak salah apabila kita melakukan tuma'ninah. Manakala orang yang tidak melakukan tuma'ninah ialah orang yang salah. Terdapat empat rukun sembahyang yang diwajibkan padanya thuma'ninah iaitu ruku', i'tidal, sujud dan duduk antara dua sujud. Maksudnya: “Jika engkau mendirikan sembahyang maka bertakbirlah, kemudian bacalah ayat al-Qur'an yang mudah bagimu (surah al-Fatihah).

          Azab bagi mereka yang meninggalkan solat sangatlah besar dan perih. Di akhirat kelak, Allah SWT tidak akan memandangkan dengan pandangan yang belas kasihan.

     

Sabarlah HatiWhere stories live. Discover now