ENAM

9 1 0
                                    

Prinsip yang aku pegang cuma dua.

Satu, antara aku bersama dan menikahinya. Atau dua, antara dia menikahi orang lain dan aku mengundur diri.

Namun, hari demi hari, semakin aku berdoa dan berdoa, aku sedar bahawa harapan untuk kemungkinan pertama semakin hilang kobarannya. Namun cintaku tidak pernah pudar.

Mungkin Allah mengaturkan yang lebih baik untukku? Mungkin Allah mahu aku untuk fokus dalam memperbaiki diri menjadi lebih baik? Mungkin Allah mahu aku lebih fokus kepada diri sendiri dahulu? Atau Allah telah menjawab doaku yang kedua?

Semakin hari, aku semakin merelakan. Adakah ini tanda untuk aku mengundur diri? Adakah ini tanda untuk aku berputus asa?

Tetapi aku tidak mahu berputus asa!

Akan aku perjuangkan.

Namun jika dia bukan takdirku, aku redha, Ya Allah.

Kerana rasa yang aku mula hadapi baru-baru ini, aku khawatir aku akan mula berhenti mencintaimu, wahai perwira negara.

Demi menghidupkan rasa ini, aku menulis catatan ini. Sebagai saksi aku pernah sesetia ini.

Cinta tidak semestinya memiliki.

Tetapi aku tidak mampu berbohong,

mengagumimu merupakan sebuah kurnia yang Allah SWT pinjamkan untukku tatkala aku masih menghembuskan deruan nafas ini.

Mungkin hadirmu untuk aku belajar menguyah erti manisnya sabar.

Mungkin hadirmu untuk aku belajar menelan erti merelakan.

Banyak yang aku mulai faham.

Terima kasih, perwiraku.

- TAMAT -

( short story ini akan bersambung di masa hadapan, jika takdir berkata sebaliknya )

DIRGAHAYULAH CINTAKUWhere stories live. Discover now