DUA

9 1 0
                                    

Lelaki itu,

Pandangannya seredup pohonan rendang yang menaungi lantai rimba. Senyumannya segemilang samudera yang di simbah cahaya senja yang menjingga.

Bagi aku, dia sempurna. Baik agamanya, baik juga akhlaknya. Setidaknya itu yang aku rasakan.

Aku pada asalnya tidak mengenalinya.

Namun kerana suatu ketika, di bulan Mei yang aku tidak sangka, ibu kenalkan engkau kepadaku melalui video di sebuah akaun media sosial. Segak menyarungkan beret hijau, engkau mendakap wanita yang engkau sangat cintai, yakni ibumu.

Awalnya, ibu aku berkata, "Tengok ni, adik kawan mama. Dia tentera laut."

Aku terkekeh saat mendengar ulahnya sambil menggeleng.

Beret hijau bukanlah beret untuk seorang tentera laut, ibu.

Dia adalah seorang komando dari angkatan tentera darat.

Aku tidak nampak wajahmu kerana celoreng hijau dan hitam, Aku tidak kenal siapa dirimu dan aku tidak tahu siapa namamu.

Namun bagi seorang yang hatinya jarang dihadiri rasa ini, entah mengapa aku jadi tertarik.

Aku mengagumi engkau, wahai si pejuang negara.

Mungkin kerana aku tahu dan faham latihan-latihan serta perit derita yang perlu ditempuhi. Aku jadi kagum. Engkau berjaya melepasi setiap satu saringan dengan gagah.

Kini kacak dan megah menyarungkan beret berlambang harimau.

Tatkala itu, sebuah kobaran api baru telah meliuk di dalam hati. Ada cetusan rasa yang sukar aku tafsir untuk menjelaskan sebuah anjakan paradigma yang aku alami.

Aku tanpa sedar menarik senyum melihat engkau melalui kaca telefon pintar.

Aku bangga dengan orang sepertimu.

DIRGAHAYULAH CINTAKUWhere stories live. Discover now