LIMA

2 1 0
                                    

Terus merantau wahai sujana,
Bawa pulang ilmu sebaldi,
Biar bertahun hati merana,
Berdekad lama kasih abadi.

...

Semakin hari, semakin banyak gambar engkau yang ibu tunjukkan kepada aku.

Aku rasa dia restu. Haha.

Dalam setiap gambarmu, ada sekeping yang menjadi kegemaranku. Namun tidak pula aku simpan di dalam galeri telefon pintar. Haram!

Sekadar mengagumimu. Dalam masa yang sama, berdoa dan terus berdoa agar Allah SWT menjaga dirimu untukku.

Aku berani mengaku, aku orangnya setia. Jika aku mencintai 'bulan', aku akan abaikan 'bintang-bintang' di langit. Cinta aku terfokus kepada seorang sahaja.

Namun cepat pula aku berdamai dengan takdir jika orang yang aku cintai itu rupanya milik orang lain. Entah mengapa. Mungkin kerana aku terbiasa kecewa begini. Sehingga akhirnya semuanya mula hilang rasa.

Sakitnya mula terasa kebas.

Akhirnya hilang bagaikan di bawa arus sungai yang mengalir.

Aku merenung kosong ke arah satu akaun media sosial yang mengikuti akaunku. Diri ini sedang berkira-kira untuk menerima ataupun tidak permintaan sebagai pengikut yang dihantar olehnya.

Ternyata dia lelaki.

Tetapi dia baik.

Haruskah aku memberikan peluang?

Lama aku berfikir. Hampir seharian. Sempat aku bertanya pendapat Zulaikha.

Zulaikha kata, itu mungkin sebuah ujian ataupun permulaan baru untuk hidupku.

Boleh jadi ianya ujian untuk membuktikan kata-kataku yang hanya akan tulus setia kepada si pujaan.

Boleh jadi ianya adalah jodohku yang sebenar. Yang merupakan orang yang dituliskan untukku.

Lama aku berfikir.

Akhirnya sehingga ke hari ini, aku belum menerima permintaan menjadi pengikut yang di hantar lelaki itu.

Nah, bukankah aku sudah membuktikannya?

DIRGAHAYULAH CINTAKUWhere stories live. Discover now