TIGA

8 1 0
                                    

Aneh sekali ya...

Padahal kita tidak pernah bertemu.

Tidak pernah berkomunikasi.

Tetapi entah mengapa, engkau selalu tidak pernah hilang dari ingatan. Tidak pernah lekang di bibir. Malah jauh sekali untuk aku mengabaikan hakikat bahawa aku jadi semakin jatuh suka.

Aku mencintaimu kerana Allah.

Biarpun pada ketika itu, aku masih belum mengenali siapa dirimu.

Tetapi di suatu hari, aku akhirnya mendapatkan namamu.

Sekadar nama. Hanya satu nama. Nama yang aku malah kerap menyebutnya sehingga ke hari aku menulis ini. Seganlah aku untuk menyebut namanya di sini. Biarlah ianya kekal sebagai rahsia.

Lagipula, bagaimana jika harapan yang aku taburkan sekadar angan-angan?

Angan-angan yang tidak pasti. Hidup dalam delusi. Namun hati tetap teguh mencintai.

Itulah aku. Konyol bukan?

Malah jika aku menjumpai catatan ini suatu hari, pasti aku akan ketawa kepada diri sendiri...

Itulah aku. Tetap setia mencintai walau takdir yang tidak pasti. Tetap sabar menunggu dan menunggu.

Sesekali aku mengeluh. Inilah mengapa aku jarang jatuh cinta. Kerana cinta itu sebuah penderitaan yang dahsyat namun sebuah nikmat yang tiada berbelah bahagi. Sekali aku terjatuh, susah untuk aku bangkit. Sekali aku jatuh, aku terluka dan terus terluka.

Ya Allah, jika dia bukan untukku, kau hapuskanlah rasa ini. Aku penat, Ya Allah. Namun dalam masa yang sama, aku juga mengagumi salah satu dari ciptaanMu itu. Namun aku relakan sebarang kemungkinan.

Kerana,

"Boleh jadi kamu membencikan sesuatu, padahal ia baik bagimu. Dan boleh jadi kamu sukakan sesuatu, tetapi ia tidak baik untukmu. Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui."

Surah Al- Baqarah, ayat 216.

DIRGAHAYULAH CINTAKUWhere stories live. Discover now