BAB 7

5 1 0
                                    


Beberapa bulan kemudian...

"Hana."

Hana memandang Khaizel yang baru sahaja datang ke arahnya.Sebenarnya Hana yang mengajaknya untuk berjumpa kerana ada perkara yang ingin dibincangkan.

"Aku rasa....kau patut hentikan rancangan kau."

Hana merengus kasar.

"Kenapa??Kau jealous yang aku masih cintakan kawan baik kau?"

"Kawan baik aku tu pun suami kepada kawan baik kau sendiri.Lupa ke?"

Hana tersenyum sinis.

"Lupa??HAHAHAHA of course aku tak lupa.Untuk kali ni je aku minta tolong daripada kau...kalau kau tak nak tolong jugak,biar aku sendiri yang lakukannya."

"Hana..."

"Come on Khaizel...kata kau sukakan aku.Takkan benda yang aku minta pun kau tak nak tolong?"

Khaizel melepaskan keluhannya.Matanya memandang berat ke arah Hana.Wanita pujaannya kini telah berubah.

Dia merindukan Hana yang dahulu.Hana yang kini telah berubah hanya disebabkan seorang lelaki.

"A-aku tak nak kau menyesal suatu hari nanti Hana.Tolong la dengar cakap aku."

Hana bangun lalu terus pergi meninggalkan Khaizel yang terpinga-pinga.Khaizel pun mengejar Hana.

"Hana Humaira!" Panggil Khaizel tetapi panggilan itu diabaikan oleh Hana.

Khaizel melajukan langkahnya dan merentap kasar tangan Hana.Hana pun menjerit  kerana terkejut.

"Lepaskan aku la! Kau ni asal tetiba tarik tangan aku?!"

"Hana.Aku mohon sangat-sangat.Hentikan rancangan gila kau.Aku tak nak kau menyesal suatu hari nanti."

Khaizel memujuknya.Hana pun menepis kuat tangan Khaizel yang sedang memegang tangannya.

"Menyesal atau tidak aku tetap nak Ian Harriz jadi milik aku!Sepatutnya aku yang kahwin dengan Ian bukan Kaseh!"

Hana memandangnya tajam.Hatinya sakit apabila mengenangkan wajah gembira pasangan merpati sejoli itu.

Khaizel hanya menatap sayu ke arah Hana.Sungguh dia terkejut melihat penampilan Hana yang sekarang setelah beberapa bulan mereka tidak bertemu.

Hana yang dulu bertudung labuh menutupi dadanya kini bertudung singkat.

Disebabkan seorang lelaki,Hana Humaira berubah sekelip mata.Yang dulu sopan santun dan lemah lembut ketika berbicara kini berbicara dengan nada kasar dan sinis.

"Asal pandang aku macam tu?Kau rindu?Rindu Hana yang dulu?Hahahaha tapi sayang Zel,dia takkan berubah macam dulu lagi."

Kata Hana dengan nada sinis.

"Tapikan aku rindu betul nak tengok kawan baik aku ni dengan suami dia.Mesti reaksi muka diorang terkejut gila tengok perubahan aku sekarang ni."

Hana ketawa kecil.Otaknya sudah membayangkan  wajah mereka berdua yang terkejut dengan penampilan dia sekarang.

Khaizel mengeluh berat.Tiada apa yang boleh dia buat untuk menghalang Hana.Fikirannya buntu.

"Kalau itu la pilihan kau,kau buatlah.Aku tak nak terlibat.Kalau satu hari nanti terbongkar semuanya dan kau menyesal...jangan menyesal sebab aku pernah halang kau dahulu."

Hana terdiam.Hatinya terkesan seketika dengan kata-kata Khaizel.Tetapi dia hiraukan.Dia hanya lebih  menangkan egonya ketika ini.





































TBC




















Aiyooo rancangan apa pulak ni yang dirancang oleh Hana?🤔
Hmm pape pun selamat membaca gaisss😊







You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: a day ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

CINTA TERAKHIR BUAT HANA HUMAIRA | OGWhere stories live. Discover now