Prolog

22 4 0
                                    

"Maafkan saya,Hana humaira

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Maafkan saya,Hana humaira...."

Ian Harriz menatap sayu wajah Hana Humaira.Dia kecewa dengan dirinya kerana telah melukakan perasaan seorang yang tulus mencintainya.
Akan tetapi hatinya hanya milik Kaseh Qaisara seorang sahaja.

"Tak apa,saya faham.Dari dahulu lagi awak memang milik Kaseh Qaisara. Saya hanya penganggu rumah tangga awak berdua.Saya memang tak layak untuk mendapat cinta daripada awak,Ian Harriz."

Kaseh Qaisara menatap tajam wajah Hana Humaira.Sungguh dia agak kecewa kerana Hana Humaira mengkhianatinya.

"Bukan ke ni yang kau nak Hana Humaira?Rampas suami kawan baik sendiri?Kau tak payah berlagak kau yang paling suci la kat sini!Aku benci kau!"

Kaseh Qaisara menghamburkan rasa amarah dan kecewanya kepada sahabat baiknya itu.

"Maafkan aku Kaseh ...."

Belum habis Hana Humaira menghabiskan kata-katanya,Kaseh Qaisara memotong percakapannya.

"Hehh...pergi mampus la dengan maaf kau tu Hana Humaira!Aku nak kau pergi dari sini!Aku benci tengok muka kau!Mulai hari ini kau dengan aku bukan lagi sahabat!"

Kaseh  Qaisara menolak kasar Hana Humaira sehingga wanita itu jatuh terduduk.Terkedu Hana Humaira dengan kata-kata Kaseh Qaisara sebentar tadi.Sungguh dia terkejut dengan panggilan Kaseh Qaisara terhadapnya itu telah mula berubah.

"Hana Humaira!!"

Tengku Khaizel terus mendapatkan Hana Humaira yang jatuh terduduk itu.Dia membantu wanita itu untuk bangun.

Air mata Hana Humaira yang dari tadi setia mengalir itu segera dihapus dengan kasar.Dia mengumpulkan kekuatan untuk bertentang mata dengan dua orang dihadapannya itu.

"Kalau itu yang awak mahu,Kaseh. Saya redha.Saya minta maaf sekali lagi andai selama perkenalan kita ni saya banyak menyakitkan hati awak,saya minta maaf.Jangan risau saya dah lama maafkan awak.Saya halalkan segala makan minum yang pernah saya belanja kat awak.Saya doakan semoga awak dan Ian Harriz bahagia sehingga ke jannah.Ian harriz,awak dah boleh ceraikan saya sekarang.Tak apa saya akan terima dengan hati terbuka.Maafkan saya.Saya sedar yang saya dan awak tak ada jodoh dan disebabkan ketamakkan saya saya hancurkan hubungan dengan kawan baik saya sendiri."

Ujar Hana Humaira dengan panjang lebar.Dia mengetapkan bibirnya untuk menahan tangisan.Tangannya memegang erat sisi baju blousenya.

Selepas itu lafaz talak cerai meniti di bibir Ian Harriz.Air mata Hana Humaira kembali mengalir.Tengku Khaizel yang tidak tahan melihat gadis pujaan hatinya bersedih terus menarik lengannya untuk pergi dari rumah Ian Harriz.

Sehingga di hadapan kereta Tengku Khaizel,Tengku Khaizel melepaskan lengan Hana Humaira itu.

"Saya dah hilang sahabat baik saya..."

Hana Humaira meluah kepada Tengku Khaizel dengan nada sayu.Tengku Khaizel hanya diam.Dia menghulurkan sapu tangannya kepada Hana Humaira.Hana Humaira hanya menyambut tanpa berkata apa-apa.

"Sebab ketamakkan dan kerakusan saya,saya hilang segala-galanya.Hanya disebabkan seorang lelaki saya berubah jadi orang lain.Saya kecewa dengan diri sendiri,Khaizel."

Air mata Hana Humaira semakin deras mengalir mengenangkan dirinya.Dia sudah membuat orang di sekelilingnya kecewa.Tengku Khaizel masih setia memandangnya tanpa berkata apa-apa.

Hatinya rasa sakit apabila terdengar ucapan Hana Humaira sebentar tadi.Ingin sahaja dia memeluk wanita itu untuk menyalurkan kekuatan.

"Di saat kau hilang segala-galanya,
ingatlah ada seseorang yang akan sentiasa bersama dengan kau iaitu aku.Aku tak kisah macam mana dengan kisah silam kau.Yang aku nak adalah kau.Aku nak kau jadi milik aku.Tapi aku akan tunggu hati kau buka untuk aku.Berapa lama pun aku tak kisah.Asalkan masa tu hati kau hanya ada aku sorang je."

Ucap Tengku Khaizel.Kemudian dia menghantar wanita itu pulang ke rumahnya.

CINTA TERAKHIR BUAT HANA HUMAIRA | OGWhere stories live. Discover now