BAB 1

26 4 0
                                    

"Hana

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Hana.Kenalkan ni Ian Harriz.Crush aku yang aku selalu cerita kat kau tu.Kitaorang dan declare harini jadi couple.Erm,Ian,ni Hana Humaira.Kawan baik saya."

Kaseh Qaisara memperkenalkan Ian Harriz kepada rakan baiknya iaitu Hana Humaira.Terkejut sedikit apabila Ian Harriz berada di situ.
Crush Hana Humaira kini menjadi milik Kaseh Qaisara,rakan baiknya sendiri.Hana Humaira menarik senyuman hambar.

"Hai,saya Hana Humaira.Panggil Hana je."

Ucap Hana dengan lembut lalu menayangkan senyuman tipis.Hatinya berdebar apabila melihat wajah kacak milik Ian Harriz.Dia agak sedikit cemburu kerana Kaseh Qaisara telah mula menyatakan perasaan kepada Ian Harriz.

Mengingatkan Ian Harriz itu kini milik Kaseh Qaisara dia segera beristighfar dalam hati.Dia takkan membiarkan nafsunya mendominasi untuk merebut Ian Harriz daripada Kaseh Qaisara.

"Erm,Kaseh.Aku minta diri dulu eh.Aku baru teringat nak sambung sikit assigntment yang madam Haliza bagi haritu."

Hana Humaira segera bangkit meninggalkan tempat itu.Dia risau cemburunya tidak dapat disembunyikan lagi.Air matanya yang sedikit mengalir segera dihapuskan.
Apabila dia telah jauh daripada mereka,dia duduk mencangkung.

' Ya Allah.Kenapa mesti kawan baik aku sendiri yang suka dengan orang yang sama aku cintai?'

Bisik hati Hana Humaira.Tanpa dia sedari,ada seseorang menghampirinya sambil menghulurkan sapu tangan.

"Ehem.Perempuan tak baik nangis sorang-sorang kat sini.Bahaya.Nanti ada orang ingat aku buli kau pulak."

Ujar seseorang itu dengan nada mendatar.Hana mendongak ke arah lelaki itu.Tengku Khaizel.Lelaki itu adalah kawan baik Ian Harriz.Hana Humaira menatap pelik wajah Tengku Khaizel itu.

Bagaimana dia mengenali lelaki itu?
Lelaki itu selalu bersama dengan Ian Harriz.Dia selalu memerhatikan Ian Harriz bersama dengan lelaki itu.
Dan bagaimana Tengku Khaizel tahu Hana Humaira berada di situ?jawapannnya,dia mengekori Hana Humaira sehingga berada di situ tanpa pengetahuannya.

"Berapa lama lagi kau nak tengok muka aku ni?Aku tahu la aku handsome.Amik cepat sapu tangan ni.Lap segala air mata dengan cendol kau tu.Geli dah aku tengok asyik meleleh je.Lenguh ni tangan aku dari tadi hulur kat kau tapi tak sambut-sambut."

Bidas Tengku Khaizel.Selamba badak sahaja dia memberitahu aib Hana Humaira.Hana Humaira segera mengambil sapu tangan itu lalu mengelap hingusnya dan air mata.
Tengku Khaizel hanya memerhati tingkah laku Hana Humaira.Dia tersenyum kecil.

"Thanks,Khaizel.Lain kali tak perlu la nak bagitahu aib saya ni."

Hana Humaira melarikan pandangannya ke arah lain.Tengku Khaizel hanya mengangguk.Dia mula menarik senyuman tipis.Hatinya berbunga-bunga apabila gadis pujaannya itu menyebut namanya.
Kemudian senyumannya mati apabila dia teringat pandangan Hana kepada sahabatnya,Ian Harriz.

Ya.Hana Humaira cintakan Ian Harriz.Tetapi Kaseh Qaisara sudah mendapatkan cinta Ian Harriz.Dan kenyataannya,Ian Harriz juga mencintai Kaseh Qaisara.
Manakala dia cintakan Hana Humaira.

Tetapi dia faham akan perasaan Hana Humaira kerana dia pun mengalami perkara yang sama.Sakit untuk dihadapi tetapi itulah kenyataannya.

"I wish I'm that someone who you loved like you love him right now.Tapi siapakah aku untuk menentukan siapa yang patut kau cintai,Hana Humaira."

Ucap Tengku Khaizel perlahan namun tetap dapat didengari oleh Hana Humaira.Air matanya terus mengalir.Rasa bersalah menggunung di dadanya.Lelaki ini tulus mencintainya tetapi sayang hatinya telah diisi dengan nama Ian Harriz.

"Maafkan saya Khaizel."

Ujar Hana.Air matanya masih setia mengalir.Dia memandang sayu ke arah Tengku Khaizel.Rasa bersalah kian menggunung di dalam hati Hana Humaira.

"Jangan minta maaf pada aku,Hana. Aku faham.Siapakah aku untuk menentukan hatimu untuk mencintai dia? Aku minta diri dulu.Jika ada jodoh,kita akan bertemu lagi.
Namamu sentiasa aku sebut dalam doaku,Hana Humaira."

Tengku Khaizel segera meninggalkan Hana di situ.Hatinya tidak kuat melihat air mata Hana mengalir.

Ikutkan hatinya,ingin sahaja dia menyeka air mata wanita itu.Tetapi dia tahu batasnya.Selepas puas dia melepaskan rasa kecewa dia pun pergi pulang ke rumahnya.
























TBC
















Haii korangg!!!
Welcome to my new short story!!!
Ryna harap korang suka dgn karya baru Ryna and jangan lupa vote,comment and share!

P/s:Maaf jikalau ada typo...apa ii korang boleh comment je,ok?👍

CINTA TERAKHIR BUAT HANA HUMAIRA | OGWhere stories live. Discover now