Bab 3

19 2 0
                                    

"Ya aku dah makan ubat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Ya aku dah makan ubat.Kau jangan risau la.Aku okey je ni.Aku kan bukan budak kecik lagi."

Hana mencebik manja.Kaseh membuat muka pasrah.

"Ye lahh.Apa-apa bagitau aku tau.Ingat jangan pendam.Kita kan dah lama kawan.Aku tak nak la kawan aku ni pendam sorang-sorang."

Kaseh berkata dengan nada sayu.

"Yelah...aku bagitau kau." Hana menarik senyum hambar.Bagaimana reaksi sahabatnya itu apabila dia mengetahui orang yang selama ini yang dia sukai dan cintai adalah kekasih kawan baiknya sendiri.

'Jangan pernah maafkan aku Kaseh Qaisara.Walaupun satu hari nanti aku sendiri yang menagih maaf daripada kau.'

Bisik hati Hana Humaira dengan maksud tersirat.

Skip

"Hana.Sorry tau hari ni tak boleh lepak sama-sama.Ian ajak aku dating harini hehehe "

Hana tersenyum tawar apabila nama Ian Harriz meniti di bibir Kaseh Qaisara.

"Tak apa la.Aku okey je ni.Lagipun kejap lagi aku terus balik rumah.Nak rehat."

Kaseh mengangguk.Kemudian Ian Harriz dan Tengku Khaizel pun tiba.

"Qai,jom." Ajak Ian Harriz.Kaseh mengangguk kemudian mereka berdua meninggalkan Hana dan Khaizel.

Hana hanya menatap sayu pemergian rakannnya itu.Khaizel pula hanya memandang wajah Hana yang nampak mendung itu.

"Ehem...Hana.Kau apa khabar harini?Sihat?"

Kerana suasana bertukar canggung tadi,Khaizel pun memulakan perbualannya.

"Alhamdulillah.Sihat." jawab Hana dengan nada acuh tidak acuh.

"Aku harap kau boleh move on la lepas ni."

Hana hanya diam tanpa berkata apa-apa.Dia tidak tahu mahu buat apa lagi.

Nampaknya Hana akan kerap berjumpa dengan mereka kerana Ian Harriz adalah kekasih kepada kawan baiknya dan Tengku Khaizel adalah kawan baik Ian Harriz.

Hana melepaskan keluhannya.

"Saya minta diri dulu.Rasanya saya tak ada apa-apa hal lagi dengan awak kan."

Belum sempat Khaizel bersuara,Hana pun segera pergi meninggalkan Tengku Khaizel di situ tanpa menunggu Khaizel berkata apa-apa.

Skip

"Hoi,Hana!"

Sergah Kaseh Qaisara.Hana menjeling Kaseh kerana terkejut.Sempat dia menepuk paha Kaseh.

"Kau asal sergah aku macam tu?Nasib takde penyakit jantung eyy kau ni."

Bebel Hana.Kaseh hanya memekakkan telinganya.

"Kau tu asyik termenung macam orang baru lepas putus cinta je.Panggil banyak kali pun tk jawab."

Kaseh sudah lama memerhatikan sahabatnya itu.Hatinya kuat mengatakan Hana ada menyorokkan sesuatu daripadanya.

"Tak ada apa lah.Aku cuma terfikir pasal assignment ni je.Entah la.Latety ni aku rasa serabut sangat otak aku ni."

"Betul ni?Please la kalau ada masalah jangan pendam,Hana.Aku sayang sangat kat kau.Okey,kalau kau ada masalah cerita kat aku tau."

Hana hanya diam tanpa berkata apa-apa.Sungguh dia takut perkataan yang bakal dia keluarkan akan punca menjadi pergaduhan antara mereka.

"Betul.Kau jangan risau la.Sekarang ni memang rasa tak ada mood mana la.Dah okey nanti aku cerita kat kau pastu aku belanja kau makan okey?"

Pujuk Hana sambil tersenyum tawar.Dia masih tidak boleh terima hakikat yang Kaseh dan Ian menjalinkan hubungan sebagai kekasih.

'Aku harap rasa sakit ni pergi menghilang sendiri.Ya Allah tolong hapuskan perasaan sakit ini.Kau buangkanlah rasa sukaku kepada Ian Harriz.'

Getus hati Hana.Sungguh dia tidak kuat untuk menghadapi semua itu.

























TBC





















Hai korangg!!!
Sorry kalau chapter ni macam hambar sikit.Sesungguhnya saya sudah kurang idea dah.Banyak sngt fikir ni.Stress betul rasa😔

CINTA TERAKHIR BUAT HANA HUMAIRA | OGWhere stories live. Discover now