TASJ 3

84 6 0
                                    

Pagi itu indah dengan cuaca yang cerah dan menenangkan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pagi itu indah dengan cuaca yang cerah dan menenangkan. Matahari seakan ikut tersenyum terang di dada langit. Eira berjalan masuk ke lobi King Venture Development dengan senyuman lebar di bibir. Gerak tingkahnya dipandang oleh beberapa pasang mata sambil membalas senyumannya yang berbeza dari kebiasannya.

"Good morning Miss Eira."sapa pembantunya Andrea yang ikut turut tersenyum mesra.

"Morning. Ada apa-apa pesanan untuk saya?"

Gadis berumur 22 tahun itu dengan spontan tunduk memandang note book. Kemudian dia mengangguk. "Hari ni cik ada meeting dengan Tuan Dennis."

"Mesyuarat?"

"Ya. Bersama dengan Tuan Dennis, Tuan Musa dan Encik Aeron."

"Meeting mengejut tentang apa?"Kening Eira sedikit terjungkit.

"Tentang staf baru."

Terus mencerlung kening Aeron. Ya tak ya, daddy dia ada beritahu soal staf baru awal semalam. Tapi tak ada pula daddynya menyebut tentang mesyuarat ni. Matanya terarah pada donat glaze di atas meja Andrea.

"Miss Eira dah sarapan?Mari la sarapan sekali."

"Eh tak apa la. Kamu makan aje la. Saya dah sarapan tadi dekat rumah."beritahu Eira dengan ramah.

Andrea sekadar tersenyum.

Tadi dia sempat bersarapan bersama Eirina, mommy dan daddy. Melihat kakaknya itu makan dengan berselera dia tumpang senang. Mungkin kerana sudah lama tidak makan masakan mommy atau dek kerana berbadan dua.

"Giselle dimana?Tak nampak pun?"tanya Eira lagi teringatkan pekerja yang rapat dengan dia selain Andrea.

"Mungkin pergi breakfast. Sebab awal tadi lagi dia dah masuk kerja."

Eira mengangguk.

"Kalau macam tu saya masuk ofis dulu. Nanti tak lama kemudian, ingatkan saya semula tentang mesyuarat nanti tu ya."

Andrea mengangguk. "Baik Miss Eira."dia faham benar akan sikap pelupa Eira yang sering terjadi kerana sibuk menghadap kerja-kerjanya itu nanti.

"Terima kasih."balas Eira dan mula beredar pergi.

Andrea sekadang memerhatikan langkah Eira. Buatnya mempunyai seorang pengurus yang baik dan bertimbang rasa seperti Eira, cukup menyenangkan. Hanya itu la, dia tumpang simpati dengan kenyataan yang Eira terpaksa menurut akan kemahuan Tuan Musa untuk bekerja di syarikat itu.

Sudah la begitu, hubungan kerja antara Eira dan Aeron sering disalahfahamkan sehingga menimbulkan gosip di King Ventur Development yang katanya mereka berdua itu pasangan kekasih. Akibatnya persahabat antara Eira dan Hannah, teman wanita Aeron ikut terpengaruh. Kasihan Eira.

Talian telefon berbunyi, mengejutkan Andrea yang sedang termenung.

"Hello, King Ventur Development, selamat pagi. Apa yang saya boleh bantu?"

56. Takdir Seindah JanjiWhere stories live. Discover now