TASJ 18

43 8 0
                                    

Pintu pejabat Eira terbuka sekali lagi setelah tidak lama ia tertutup

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pintu pejabat Eira terbuka sekali lagi setelah tidak lama ia tertutup. Kelihatan Dante berdiri di muka pintu sambil tersenyum. Eira membetulkan duduknya. Dia turut membalas senyuman itu bagi menyembunyikan hatinya yang keruh.

"Hai, sorry ganggu. You okay tak ni?"

"Masuk la." ujar Eira perlahan.

"You okay tak ni?" tanya Dante serba tak kena.

Sebelum itu, beberapa minit kemudian Dante datang ke situ sebenarnya. Dia mahu menemui Eira untuk meminta maklumat tentang kos projek Blue Lagoon mereka. Namun apabila dia tiba di hadapan pejabat itu, Dante menyaksikan kejadian tegang yang terjadi di antara Aeron dan teman wanita lelaki itu kerana bilik Eira hanya dipisahkan oleh dinding cermin jernih di situ. Jadi Dante dengar dan lihat segalanya yang terjadi dari awal hingga Hannah keluar dari situ.

"You nampak apa yang berlaku tengah hari tadi ke?" tanya Eira ingin tahu. Walaupun dia memang perasan NingNing dan Andrea tidak keluar makan tengah hari tadi. Dia dah tak perasan apa yang berlaku di  kanan dan kirinya bila Hannah naik angin tadi. Kejadian pun berlaku secara tiba-tiba dan mengejut. Dia pun tak ingat siapa lagi yang ada semasa Hannah menamparnya tadi.

Dante mengangguk. Eira terus mendiamkan diri.

"Don't worry. I tak cakap apa-apa."

Eira menarik senyuman nipis. Hatinya sedikit tenang kerana mempunyai rakan yang prihatin seperti Dante.

Lelaki itu mengambil tempat di kerusi hadapan meja Eira. "I risau kalau-kalau you belum okay lagi. You dah okay kan?"

"Tak ada hal la. Apa yang berlaku tadi tu cuma salah faham aje. I dah okay pun. You janganlah risau."

"I bukan apa tau, walaupun I tak ada kaitan dalam hal you, still apa yang perempuan tadi buat memang dah melampaui batas."

"Betul tu. Saya pun tak suka dengan Cik Hannah tu, Cik Eira. Entah apa la yang Encik Aeron hadapkan sangat dekat perempuan tak betul macam tu." tiba-tiba Andrea muncul di biliknya. NingNing ikut turut serta.

"Hei, dah la tu. Jangan cerita pasal tu lagi. Benda nak jadi..." beritahu Eira enggan memburukkan lagi imej Hannah yang sudah sedia memburuk.

"Lagipun, apa masalah Cik Hannah tu. Ikut suka keluar masuk kawasan syarikat macam tempat ni dia yang punya? Lepas tu tak reti ke nak bezakan apa itu profesionalism dan urusan peribadi. Dia tu patutnya faham. Encik Aeron dan Cik Eira ni bekerja dalam satu syarikat. Di bawah satu bumbung. Dah jelas-jelas la kalian akan bertembung dan berkomunikasi antara satu sama lain. Itupun tak boleh nak fikir ke? "Andrea menyampaikan pendapatnya. Nampak sungguh tak puas hatinya.

"Saya setuju kata Andrea tu, Cik Eira."sokong NingNing.

Eira hanya mampu tersenyum. Dante pun begitu.

" Yang kamu berdua ni, dah nak balik ke sampai berdua ke sini? "Eira pandang NingNing dan Andrea.

Dengan serentak kedua-dua itu menggeleng kepala.

56. Takdir Seindah JanjiWhere stories live. Discover now