TASJ 14

37 8 0
                                    

SELESAI SAHAJA makan, Eira kembali duduk di kerusi luar laman yang sama tadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


SELESAI SAHAJA makan, Eira kembali duduk di kerusi luar laman yang sama tadi. Dia meletakkan telefon di atas meja. Setelah itu barulah dia baring melunjurkan kaki di atas kerusi itu sambil menghadap langit malam. Kedinginan angin malam yang bertiup tiup tika itu menyapa manja tubuhnya yang hanya mengenakan palazzo dan t-shirt lengan pendek.

Setiap malam jika dia bosan, kerusi ini telah tempat dia berehat. Sendirian di kawasan yang sejak dulu lagi sudah menjadi tempat meluahkan rasa. Kadang-kadang di taman kecil itu juga dia akan duduk melukis. Sengaja ingin melepaskan tekanan dari kerja atau perkara yang menganggu kehidupan hariannya.

Dan di situ juga dia pernah berlarian dengan daddynya apabila daddynya mengejar dia. Dan ditempat itu jugalah dia pernah menangis disebabkan permintaan daddynya yang menginginkan dia melupakan niatnya untuk menyambung pengajian di dalam bidang muzik dan seni. Sudah bertahun semua itu berlalu. Dia pun dah selesa dengan kehidupannya yang kini.

Brit!

Brit!

Eira terkejut dengan bunyi getaran telefon di atas meja di situ. Ada pesanan ringkas yang tertera di skrin telefonnya. Dah siapa pula yang menghantar mesej pada malam begini? Jarinya menyentuh skrin itu. Pesanan WhatsApp dari Zayden.

"Jauhnya termenung. Fikirkan siapa tu?"

Kening Eira terjungkit tinggi. Lalu dia angkat mata ke rumah banglo yang terletak bertentangan dengan halaman rumahnya itu. Tiada kelibat sesiapapun di situ. Entah bagaimana Zayden boleh nampak dia di laman ni? Di mana pulak lelaki tu bersembunyi.

"You ingat I tak nampak you ke?"

Eira tersengih. Tidak semena-mena matanya terpaku pada susuk lampai seorang lelaki yang sedang berdiri di tingkat atas sambil melambai-lambaikan tangan ke arahnya. Eira tidak membalas lambaian itu lalu diikuti dengan deringan telefon kedengaran tidak lama kemudian.

Untuk seketika Eira pandang panggilan itu namun dia jawab juga beberapa saat selepas itu. Telefon itu dibawa rapat ke telinga kanan. P

"Ya, ada apa?"

"Bukan main jauh You termenung. Banyak sangat ke masalahnya tu? Ke You bosan?"tanya Zayden tanpa berbasa basi.

"Kenapa pulak you tanya macam tu?"

"Tak ada la. Dari jauh lagi I boleh tahu you tengah bosan. Sempat lagi tu berangan. Fikirkan apa?"

"Mana ada..."

"Ke fikir pasal kekasih?"

"Kekasih mana pulak ni?"

"Mana la tahu kan You dalam diam ada seseorang kan. Taknak share ke?Kalau you tak kisah la."

Eira tersenyum. Seolah-olah Zayden ada di depannya. "I tak rasa ada yang I nak beritahu dekat you. Sebab memang tak ada apa-apa yang perlu you tahu."

Suara keluhan kedengaran dalam panggilan itu. "You ni memang jenis berahsia ke apa? Takkan la story sikit tak boleh. Ke you masih belum anggap I kawan you lagi?"

"La, kenapa cakap macam tu pulak."

"Yalah...kan dari awal lagi you agak dingin dengan I kan. Even I baru kenal you beberapa bulan, still I dah anggap you kawan yang I rasa selesa bila bersama."

"Pandai la you bercakap."Eira termenung memandang ke langit malam bersama senyuman tersisa di bibir. Seandainya Zayden mengetahui hal sebenar yang dia adalah wanita yang merosakkan hubungan lelaki itu, mungkin Zayden tidak menganggap dirinya kawan apalagi berasa selesa.

" Betulkan?"

"Memangnya dah berapa lama you perhatikan I?"

"Adalah dekat setengah jam macam tu?"

"Sekejap aje pun. Cakap macam dah berjam you perhatikan I."

"Alah 30 minit tu pun kira lama apa. Kalau you boss, I lagi la bosan. Sebab ada masalah belum selesai."

"You?Ada masalah tak selesai? Staf paling happening dalam ofis?" Eira bersuara seakan tidak percaya.

"Mana ada. You aje yang rasa macam tu, Eira. Tapi I sebenarnya-"

"Masalah you dengan Elena ke?"

Memerhatikan sikap Zayden yang sentiasa ceria dan mesra membuatkan Eira sering beranggapan lelaki itu tiada masalah hingga dia terlupa akan perkara yang masih dirahsiakan dari lelaki itu. Malah dia dapati Zayden tidak pernah bercerita tentang 'perempuan' yang telah menjadi punca keretakan hubungan lelaki itu.

"Elena?" Pertanyaan Eira dibalas dengan pertanyaan daripada Zayden pula.

Kening Eira berlapis. "Yalah, Elena."

"Seingat I, tak pernah pulak I beritahu you nama girlfriend I. Macam mana you boleh tahu pulak?"

"Hah?"Eira menjungkit kening tinggi terkedu dengan soalan itu. Lehernya berasa berbahang dan dada berasa sesak tidak semena setelah menyedari  dia sudah terlepas kata. Adakah dia sudah ketahuan?

" Zayden, I-"

Untuk seketika panggilan senyap tidak berbunyi. Jantung di dalam tulang rusuk berdetak kuat hingga menyakitkan urat nadi di kepalanya. Dia teragak-agak hendak memberi kata selanjutnya.

"Eira..."

Eira memusing kan kepala. Tubuh Zayden kelihatan dihadapannya. Yang memisahkan. Mereka hanyalah pagar rumah. Pantas Eira bangun dari situ. Menghadap Zayden dengan perasaan serba salah dan malu yang teramat sangat. Mungkin sudah masanya untuk dia berterus terang.

Talian mereka berdua pun diputuskan.

"You-"Zayden mati kata sejenak. Dia sedang berkira-kira." You perempuan dekat kafe hari tu kan? "tanya Zayden lagi. Matanya tajam merenung Eira.

 Matanya tajam merenung Eira

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
56. Takdir Seindah JanjiWhere stories live. Discover now