TASJ 9

90 7 0
                                    

"Thank you Mr. Landon. We will do our best."Zayden kemudiannya menghulurkan tangan ke Encik Landon. Lelaki yang berusia dalam lingkungan 60-an itu menyambut tangannya dengan senyuman. Kemudian tangan itu dihulurkan kepada gadis yang berdiri di samping Zayden.

"Good luck for both of you. Saya hanya akan bantu mana yang boleh."balas Encik Landon dengan sengih meleret.

Zayden dan Eira terus pamit meminta diri untuk beredar. Perbincangan ringkas dengan ketua bahagian alam sekitar itu sudahpun selesai dengan jayanya. Setelah itu  mereka akan menghadiri satu lagi meeting bersama dengan pihak pemaju pula.

Zayden melepaskan nafas lega. Mujurlah ketua bahagian alam sekitar sudi hendak membantu mereka. Itupun kerana lelaki tersebut sudah mengenali Tuan Musa dan Tuan Darren. Hubungan baik di antara mereka bertiga sedikit sebanyak mempengaruhi keputusan meeting mereka pada hari ini.

Bukan Zayden tidak mahu mengunakan kemahiran yang dia miliki untuk menyelesaikan suatu isu tu, tapi ada masanya sesetengah perkara itu perlu diselesaikan melalui pengaruh atau 'pintu belakang' agar selesai dengan cepat. Tidak dinafikan bahawa mengambil kesempatan ke kuasa dan pengaruh kedengaran ekstrem semata untuk mendapatkan kesenangan.

"Senang kerja kalau hari-hari macam ni kan?"Eira bersuara.

Zayden yang gembira terus memalingkan kepala ke sebelahnya. Sejak mereka meeting bersama Encik Landon tadi, Eira lebih banyak membisu. Tapi lain pula kisahnya selepas selesai.

"You memang kerja macam ni ya?Maksud I masa you dekat tempat kerja lama you dulu?"soal Eira pula.

Zayden berdengus kecil. "Kenapa?You tak suka ke dengan gerak kerja I ni?"tanya Zayden semula.

Eira tidak membalas. Dia tidak mahu Zadyen sedar akan rasa tidak senang di hatinya ketika itu.Sebenarnya sejak pagi tadi lagi perasaan ini bermain dalam hatinya. Mana la taknya, Eira dikejutkan dengan makluman tiba-tiba dari Zayden yang mereka akan singgah ke jabatan bahagian alam sekitar. Bila di tanya kenapa dan untuk apa mereka ke situ, Zayden langsung tidak menjawab. Lelaki itu membiarkan soalanya tergantung tanpa jawapan. Dia ingatkan Zayden hanya ingin mendapatkan sedikit informasi mengenai projek yang mereka jalankan. Rupa-rupanya Zayden berjumpa sendiri dengan ketua bahagian alam sekitar tu sendiri secara berdepan. Ini bukan perjumpaan kerja dah, ini dah dikira sebagai perjumpaan peribadi namanya!

"So betul la you tak suka ni?"Zayden menduga lagi apabila Eira buat tak endah dengan soalannya sebentar tadi.

"I tak cakap apa-apa pun." Eira menarik muncung semasa menjawab perlahan.

"Dah tu kenapa sejak kita ke sini, you langsung tak cakap apa-apa. Muka pun kelat macam tak suka dengan cara kerja I."

Kening Eira berlapis. Sinar mentari pada tengah hari itu gerah yang lain macam. Butir peluh merintik di sekitar dahi, membasahi anak rambutnya. Tempat parkir pulak jauh, memang berjalan agak jauh juga mereka.

"Kalau you bekerja dekat tempat lain especially dekat luar negara, perkara macam ni benda normal. Orang tak hairan."Zayden beritahu.

"Itu mereka, kita cara kita. Lagipun guna cara pintu belakang ni macam tak sopan tau tak. Kalau orang tuduh kita beri rasuah macam mana?You kena tahu, lakukan sesuatu pekerjaan tanpa usaha tu tak adil namanya."sindir Eira.

Mereka tiba di kereta tidak lama kemudian. Zayden segera membuka pintu kereta warna hitam itu. Dan Eira mengambil tempat di seat sebelah pemandu.

"This is what we called politic in business. You ingat orang yang berniaga ni semuanya jujur ke? Ramai aje yang lagi licik dari ni."senyuman Zayden sinis.

Eira terdiam tika memikirkan sesuatu. Rasa tidak berkenan dengan kenyataan itu walaupun dia tidak menafikan kebenarannya.

"Dulu I pun fikir hal yang sama you fikir. Tapi bila dah lama berurusan dengan ramai orang ni, I belajar banyak perkara. iaitu itu, if you want to achieve something, you have do at any  cost as long as you get better result. Good or bad."

Waktu itu mereka sudah berada di atas jalan untuk menuju ke syarikat pihak pemaju. Eira di sebelah sejak tadi diam memandang ke depan dengan tangan bersilang di dada. Renungannya mencerlung. 

Dia hilang kata-kata. Bebelan Zayden membuatkan dia tidak ada kata balas untuk kenyataan lelaki tu. Dia sendiri pernah bercita-cita untuk menjadi seorang produser bersama rakan sekuliahnya tidak lama dahulu tapi terhenti di tengah jalan selepas di halang oleh daddynya. Kalau dia gunakan cara Zayden selesaikan masalah, rasanya sekarang namanya sudah ditendang keluar dari organisasi keluarganya.

"I hidup dekat negara orang hampir seumur hidup. Jadi dah macam-macam ragam dan gaya hidup yang I belajar. Tapi itu la..."Zayden mendiamkan diri seketika. Fikirannya tiba-tiba terimbas kembali akan kejadi yang membuatkan dia berakhir di tanah kelahiran keluargannya ini. Selain disebabkan permintaan papa dia yang mahukan dia berada di sini, dia juga sebenarnya enggan melalui peristiwa pahit sewaktu di luar negara semula. Kepulangannya ke sini juga bukan hal yang patut disambut.

"Tapi apa?"

Zayden tersentak. Dia segera menarik nafas dan dihela pendek. "Tak ada apa-apa la."

Eira berkerut kening. Dia berasa hairan dan ingin tahu apabila Zayden mula mengungkit akan kehidupan masa lalu lelaki itu. Sesuatu ada yang tersembunyi.

"So...apa pendapat you?" Zayden menukar perbualan begitu saja. 

Pantas Eira menoleh ke Zayden yang tiba-tiba kelihatan ceria semula.

"Pasal apa?"tanya Eira tidak faham. Sekejap aje lagi mereka akan tiba, nanti mesti tak dapat berbual panjang macam ni lagi.

"Pasal kerja I la. Apa pendapat you dengan cara I bekerja?"soal Zayden lagi dengan lebih terperinci.

Eira cuba mencari ayat untuk soalan Zayden itu. Sejenak dia buat pertimbangan.

"Aik...susah betul ha nak beritahu?You buat karangan apa?"sakat Zayden.

"Eh, sekejap la. Nak jawab soalan you tu I perlu jawapan yang betul."

"Kenapa?You tak berkenan ke dengan cara I bekerja?"

"Mana ada. Maksud I you ni jenis yang unexpected. Jadi I tak boleh beri komen tentang you macam tu aje. Lagipun I sendiri masih baru dalam bidang ni, jadi I tak boleh nak judge cara kerja you yang memang dah lama berpengalaman bekerja."jelas Eira.

Zayden tersengih. Semakin lama dia berkenalan dengan Eira semakin banyak perkara menarik mengenai Eira yang membuatkan dia tertarik untuk tahu lagi. "Hahaha....mana ada. I sendiri pun masih kena belajar lagi."tak dinafikan sikap rendah Eira ini sedikit sebanyak buatkan hatinya teringat akan Elena, kekasihnya itu.

56. Takdir Seindah JanjiWhere stories live. Discover now