"ADA LAGI KE barang awak yang tertinggal?" soal Absyar sebelum melihat ke arah isterinya yang sedang mengemas beg galas comelnya itu.
"Takde dah, saya dah masukkan dalam beg," jawab Zinnirah langsung menarik zip beg yang hanya berisikan dompet dan juga ubat-ubatannya.
"Beres!" kata Absyar lalu menyelesaikan tindakannya yang tergendala tadi. Seluruh bilik serta tandas dia periksa berulang-ulang kali sebelum mereka check out dari chalet itu.
"Jom kita check out lepas tu kita pergi lunch," ajak Absyar bersama beg yang dibimbit di tangan kanan.
"Kita nak lunch kat mana, awak?" soal Zinnirah apabila mereka berjalan beriringan ke meja penyambut tetamu.
"Awak nak makan apa?" tanya Absyar semula setelah hal penginapan mereka selesai dan dia mendapat kembali depositnya.
"Saya rasa nak makan bakar-bakar dengan ulam-ulaman. Sedapnya!" Zinnirah sudah terbayang kesedapan rasa perapan ikan yang bakal dia jamah sebentar saja lagi bersama air asam. Baru bayang sudah kecur liur!
Absyar yang tidak sengaja terpandang reaksi isterinya itu terus tertawa kecil. Beg yang dibawa sedari tadi terus dia masukkan ke tempat duduk belakang kereta yang telah dia sewa sepanjang tiga hari berada di pulau ini.
"Kenapa awak ketawa?" tanya Zinnirah dengan dahi yang berkerut sebaik saja dia sudah selesa berada di bahagian penumpang hadapan.
"Sebab awak membahagiakan saya." Laju ayat itu meluncur daripada bibir tidak merokok Absyar itu. Dan-dan Zinnirah terbenjat dan terus memakai tali pinggang keledarnya.
Absyar ini sangat tidak boleh dijangka!
Lelaki itu hanya tersenyum simpul dengan reaksi isterinya.
"Awak nak makan kat kedai mana ni, yang?" tanya Absyar sambil matanya melilau melihat deretan kedai makan sebaik saja mereka keluar dari kawasan yang berhutan.
"Mana-mana kedai yang ada bakar-bakar. Saya nak makan ikan bakar..." Zinnirah turut sama memanjangkan lehernya untuk membantu Absyar mencari restoran bagi memenuhkan perut mereka sebelum menaiki feri.
"Awak, tu! Yang ada papan kenyataan ikan besar tu!" kata Zinnirah secara tiba-tiba sambil menunjuk ke arah hadapan kanan. Absyar yang sedikit terkejut terus mengikut arahan isterinya itu walaupun hampir tertawa apabila telinganya menangkap perkataan papan kenyataan yang disebut wanita itu.
Comel betullah, macam budak sekolah!
"Okey, dah sampai!" Absyar turut mengikut vibe comel isterinya itu.
"Jom cepat awak, saya dah lapar ni!" ajak Zinnirah sebaik saja Absyar mengunci kereta mereka. Tanpa Zinnirah sedar, dia menarik lengan suaminya itu dan terus meluru masuk ke dalam restoran yang penuh dengan gerangan manusia yang menjamu selera.
Absyar hanya terkaku seketika namun kakinya turut melangkah mengikut jejak sang isteri. Bibir mula menarik senyum kecil dengan tindakan Zinnirah walaupun dia tahu wanita itu tidak sedar.
Pegangan di lengannya terasa longgar sebelum dilepaskan. Kini, Zinnirah sedang memegang dua pinggan dengan wajah yang ceria menanti giliran untuk menceduk nasi.
"Awak, cukup tak?" soal Zinnirah sambil menghulurkan pinggan nasi yang sudah dia ceduk kepada Absyar.
"Cukup. Terima kasih sayangku Zinnirah," ucap Absyar sambil tersengih. Zinnirah yang sedang menceduk nasi ke dalam pinggannya sendiri terus mengulum bibir.
"Kenapa tak ambil lauk lagi?" soal Zinnirah apabila Absyar hanya berdiri tegak di tepi dengan pinggan yang hanya terisi nasi putih sahaja.
"Tunggu awak." Pendek dan padat jawapan Absyar.

ANDA SEDANG MEMBACA
Badai Bahagia [✔]
Romance2024. SEMI;KOLON 2 (❗BACA SEMI;KOLON DULU❗) Kejadian itu menyebabkan Zinnirah hilang identiti diri. Trauma masa lalu sentiasa menghantui Zinnirah sehinggakan abangnya, Zhafran terpaksa membawanya ke wad psikatri. "Aku tak gila! Aku nak balik!" - Z...